Tuesday, May 3, 2011

RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN KUARANTIN




TEKS UCAPAN YB MENTERI
RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN KUARANTIN
DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2O1O






.
8 MAC 2011 (SELASA), JAM 8.30 MALAM
DI HOTEL SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR
YB Dato’ Wira Johari Bin Baharom dan YB Tuan Chua Tee Yong,
Timbalan-timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,
YB Dato’ Seri dan Dato’ Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara
YBhg. Dato’ Mohd Hashim Bin Abdullah,
KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
YBhg. Dato’ Dr. Baharom Bin Jani,
TKSU Pembangunan
YBrs. Tn. Hj. Raihan Bin Sharif,
TKSU Perancangan
Yang Berbahagia Dato-Dato’, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kementerian,
Setiausaha-setiausaha Bahagian dan hadirin-hadirat sekalian,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam
Satu Malaysia



.
MUKADDIMAH
1. Bersyukur saya ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan
keizinan-Nya kita dapat berkumpul bersama-sama hari ini dalam majlis taklimat
Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia
2O1O.
2. Saya mengalu-alukan kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat Ahli-Ahli
Parlimen dan Ahli Dewan Negara, pada sesi taklimat ini bagi memaklumkan
mengenai Rang Undang-undang baru di bawah Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani yang akan dibentangkan pada sesi Mesyuarat Pertama,
Penggal Keempat dalam sidang Parlimen kedua belas ini bagi bacaan kali kedua
dan ketiga untuk dibahas dan diluluskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat,
2
3. YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
telah menyatakan bahawa sektor pertanian tidak boleh dipinggirkan. Kerajaan
ingin memajukan sektor pertanian serta menggembeleng segala potensi yang
ada supaya kemajuan sektor yang amat penting lagi strategik ini adalah selaras
dengan agenda negara. Sejajar dengan usaha memajukan pertanian, maka
bidang ini mesti menjadi satu sektor yang sama menjayakan ke arah mencapai
pendapatan tinggi atau sederhana tinggi untuk rakyatnya. Oleh yang demikian,
YAB Perdana Menteri menggariskan beberapa elemen penting untuk
memajukan bidang pertanian, diantaranya mewujudkan transformasi, daripada
bidang berproduktiviti rendah kepada berproduktiviti tinggi. Selain itu,
transformasi dalam bidang pertanian perlu berlaku dari segi penggunaan
teknologi iaitu daripada menggunakan teknologi rendah kepada aplikasi
teknologi tinggi. Ini antara perubahan paradigma yang mesti dilakukan untuk
mencapai apa yang digariskan dalam Model Baru Ekonomi (MBE).
4. Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi tempoh 2011 hingga 2015
mengunjurkan sektor pertanian akan menyumbang sebanyak 6.6 peratus kepada
Keperluan Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan Model Ekonomi Baru
(MEB) mensasarkan sumbangan sebanyak 5.2 peratus kepada KDNK pada
2020. Dalam keadaan ini sektor agro makanan dianggarkan menyumbang 2.6
peratus kepada KDNK menjelang 2020. Untuk merealisasikan hasrat
berkenaan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menggubal
Dasar Pertanian Keempat/Dasar Agro Makanan dimana objektif pertama adalah
untuk meningkatkan pendapatan kumpulan sasar dan sumbangan kepada
pendapatan negara dan kedua untuk menjamin bekalan makanan yang
mencukupi dan selamat untuk dimakan. Dasar Pertanian Negara ini akan
dilancarkan tidak lama lagi pada tahun ini. Ini juga selari dengan dasar yang
digubalkan oleh kerajaan mengenai pertanian seperti NKEA bidang pertanian
yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.
5. Pelbagai isu dan cabaran yang melanda sektor ini telah dikenalpasti dan
strategi-strategi serta pendekatan baru telah digubal bagi memperkasakan sektor
ini agar sasaran yang telah ditetapkan dapat dicapai. Salah satu strategi yang
telah diberi penekanan ialah meningkatkan eksport produk pertanian, sama ada
hidup, segar atau yang diproses serta produk industri asas tani. Peningkatan
eksport bagi produk-produk berkenaan bukan hanya akan menyumbang kepada
penambahan hasil eksport negara dan peningkatan pendapatan peladang,
nelayan, penternak dan pengusaha industri asas tani, malah dapat juga
menangani isu peningkatan defisit bagi produk pertanian dan produk industri
asas tani yang kini mencecah RM6.6 bilion pada tahun 2010 (Januari-Jun).
6. Pada masa yang sama juga, bagi memastikan pembangunan sektor
pertanian dan industri asas tani terus berkembang secara progresif dan mapan,
kawalan terhadap pengimportan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran
pertanian, tanih dan mikroorganisma perlu dipertingkatkan dan diperketatkan
untuk mencegah kemasukan dan ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar
yang berbahaya dari luar negara yang boleh menjejaskan sektor pertanian
negara.
3
7. Diantara penyakit dan perosak yang berbahaya, sekiranya masuk dan
bertapak di negara ini yang akan menjejaskan industri pertanian dengan teruk
adalah Penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (South American Leaf Blight –
SALB) pada tanaman getah yang terdapat dikawasan Amerika Tropik yang
menyebabkan sehingga sekarang tanaman getah di rantau tersebut tidak dapat
dimajukan. Begitu juga penyakit Layu Fusarium yang menjangkiti tanaman
kelapa sawit di Afrika Tengah, juga merupakan sebagai faktor penghalang
utama kepada kemajuan tanaman kelapa sawit di rantau berkenaan.
8. Malaysia juga telah melalui beberapa pengalaman kesan daripada
kemasukan penyakit atau perosak dari luar yang masuk ke negara ini. Kerajaan
terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit untuk membendung dan menghapuskan
penyakit berkenaan untuk mencegah ianya daripada terus merebak ke kawasan
lain dan juga untuk memastikan industri berkenaan berdaya maju dan tidak
menjejaskan eksport. Bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi malahan ianya
mengambil masa yang lama dan sukar untuk dikawal. Diantara nya:
a) Pada tahun 2006 dan 2007, Semenanjung Malaysia telah mengalami
serangan penyakit Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) atau dikenali
sebagai penyakit Selsema Burung terhadap industri ternakan ayam.
Serangan penyakit ini berlaku di Selangor dimana sebanyak 60 ekor ayam
di Kampung Paya Jaras Hilir Hujung, Sungai Buluh mati akibat diserang
penyakit ini. Dalam usaha mencegah kemerebakan ke kawasan ternakan
ayam yang lain, selain ayam, itik, angsa dan burung merak juga telah
dimusnahkan melibatkan kerugian dianggarkan bernilai lebih RM2 juta.
b) Penyakit Swine Flu atau Selsema Babi yang melanda negara pada tahun
2009 telah menyebabkan ancaman wabak Selsema Babi. Ia merupakan
penyakit jangkitan virus Influenza A dan biasanya dari sub jenis H1N1,
H1N2 dan H3N3. Virus influenza selalu ditemui pada babi, tetapi turut
ditemui pada spesies lain seperti ayam belanda, itik dan manusia. Manusia
yang terdedah kepada babi yang telah dijangkiti , berpotensi untuk turut
dijangkiti. Sehingga 11 Ogos 2009, seramai 32 orang disahkan mati di
Malaysia akibat selesema babi ini. Ini telah menyebabkan industri ternakan
babi di Negeri Sembilan terjejas teruk.
c) Siput Gondang Emas yang berasal dari Amerika Selatan yang menyerang
tanaman padi sudah merebak di kawasan Jelapang padi negara dan ianya
sukar dikawal,
d) Penyakit Mati Rosot pada tanaman betik disebabkan oleh bakteria Erwinia
papayae telah menyebabkan industri ini terjejas. Ia mula dikesan di Batu
Pahat, Johor pada tahun 2003 dan kemudian merebak ke kawasan
penanaman betik di negeri-negeri seperti Perak, Melaka, Selangor, Negeri
Sembilan, Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang. Penyakit ini boleh
memusnahkan 100% keluasan tanaman betik dan telah diisytihar sebagai
penyakit berbahaya di bawah Akta Kuarantin tumbuhan 1976. Penyakit Mati
Rosot Betik (Papaya Dieback) telah menjejaskan industri tanaman tersebut
dan menjejaskan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar utama betik di
dunia.
4
Ahli-ahli Yang Berhormat,
9. Oleh yang demikian, kerajaan perlu mengambil langkah yang serius dan
proaktif dalam memastikan industri pertanian negara bebas perosak, penyakit
dan bahan cemar. Aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah mengenai
perlaksanaan dan pematuhan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan
serta pemerakuan dalam perdagangan import produk pertanian di pintu-pintu
masuk bagi memastikan pengimportan berkenaan menepati syarat-syarat import,
kualiti dan standard yang ditetapkan dan seterusnya terjamin dari segi
keselamatan dan kesihatan terhadap tumbuhan, haiwan, ikan dan manusia.
Kemasukannya daripada negara tertentu perlu dikawal untuk memastikan sektor
pertanian negara ini boleh berkembang dan bergerak maju. Seterusnya
kelemahan dalam penyediaan perkhidmatan tersebut boleh menjejaskan usaha
bagi mempertingkatkan perdagangan pertanian dan industri asas tani ke luar
negara.
10. Dalam melaksanakan urusan kuarantin, pemeriksaan dan
penguatkuasaan serta pemerakuan bagi tumbuhan, binatang, ikan, karkas,
keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma dan juga makanan, beberapa
masalah dan kelemahan telah dikenal pasti di peringkat pelaksanaan yang
melibatkan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani, serta kementerian/jabatan/agensi lain yang berkaitan. Pada masa
kini, urusan-urusan tersebut dikendalikan secara berasingan oleh jabatan/agensi
yang berkaitan mengikut subsektor iaitu Jabatan Pertanian, Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Kementerian Kesihatan bagi
sektor tumbuhan dan tanaman; Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM) dan Kementerian Kesihatan bagi sektor perikanan; dan Jabatan
Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan bagi sektor ternakan.
Ahli-ahli Ahli-ahli Yang Berhormat,
11. Berdasarkan bidang tugas dan tanggungjawab kementerian/jabatan/
agensi yang terlibat dalam industri pertanian dan makanan seperti yang
disenaraikan di atas, dapat dirumuskan bahawa kekerapan serta pertindihan
aktiviti pemeriksaan ke atas dokumen dan konsainmen, kekurangan
penyelarasan dalam urusan pengeluaran lesen atau permit import dan eksport,
sementara pengambilan sampel untuk ujian dijalankan secara berasingan,
seringkali berlaku. Perkara ini telah menimbulkan rungutan di kalangan
pengimport dan pengeksport kerana tatacara ini memerlukan mereka berurusan
dengan lebih daripada satu agensi dan tempoh masa yang diambil boleh
merosakkan dan menjejaskan kualiti produk pertanian dan makanan. Proses
pemeriksaan yang bertindih dan berulang-ulang juga secara langsung
meningkatkan kos pengurusan, pengendalian serta kos-kos yang berkaitan yang
sudah tentunya tidak menguntungkan para pengeksport/pengimport. Situasi ini
juga jelas tidak kondusif kepada usaha Kerajaan untuk menjamin kelancaran
proses sistem dan penyampaian bagi pengimportan serta pengeksportan produk
pertanian dan produk industri asas tani. Di samping itu juga, penggunaan
infrastruktur, peralatan dan sumber manusia yang terdapat di jabatan/agensi
tidak digunakan pada tahap optimum. Maka adalah wajar perkara ini diberi
5
perhatian agar fungsi antara kementerian, jabatan dan agensi dapat
diperkemaskan untuk memudahkan pengimport-pengimport dan pengeksportpengeksport
mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan dan ikan
dan keselamatan makanan.
Ahli-ahli Yang Berhormat,
12. Berdasarkan isu-isu yang telah dinyatakan tadi, sudah tiba masanya
pengendalian urusan kuarantin, pemeriksaan, pemerakuan dan pengeluaran
permit, lesen dan perakuan yang diperlukan dalam import atau eksport
tumbuhan, binatang, ikan, karkas, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma
dan juga makanan dilaksanakan dengan lebih bersepadu, cepat, cekap dan
berkualiti oleh satu badan tunggal di pintu masuk negara. Untuk itu, Jemaah
Menteri telah membuat keputusan pada 29 Mac 2006 untuk menubuhkan satu
badan tunggal di Malaysia yang dinamakan sebagai Perkhidmatan Kuarantin
dan Pemeriksaan Malaysia atau dalam bahasa Inggeris (dengan izin)
Malaysian Quarantine and Inspection Services atau nama singkatannya
"MAQIS”. Pewujudan agensi penguatkuasaan sebagai one-stop centre di pintu
masuk adalah satu trend yang sedang berlaku di seluruh dunia, sebagai contoh
di Republik Rakyat China badan tunggal agensi penguatkuasaan tersebut
dinamakan Administration of Quality Supervision, Inspection and Quarantine
(AQSIQ), di Taiwan pula ia dinamakan Bureau of Animal and Plant Health
Inspection and Quarantine manakala di Australia dinamakan Biosecurity Group.
Ahli-ahli Yang Berhormat,
13. Objektif penubuhan MAQIS adalah untuk-
(i) memastikan industri pertanian negara bebas daripada ancaman
perosak dan penyakit tumbuhan, binatang dan ikan melalui aktiviti
pemeriksaan dan kuarantin yang lebih berkesan;
(ii) memastikan produk pertanian dan makanan yang diimport
mematuhi aspek keselamatan makanan dan kesihatan manusia,
binatang, ikan dan juga tumbuhan melalui penguatkuasaan semua
Akta dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan;
(iii) membantu pengeksport dalam segala isu berkaitan dengan laluan
pasaran dan pematuhan syarat-syarat negara pengimport melalui
perkhidmatan yang bersepadu;
(iv) menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada
pelanggan melalui penggunaan sumber yang lebih cekap dan
bersepadu.
Ahli-ahli Yang Berhormat,
14. MAQIS telah mula beroperasi secara pentadbiran sebagai badan tunggal
bagi menjalankan aktiviti kuarantin dan pemeriksaan di pintu masuk dan stesen
kuarantin di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan
6
pada 1 Ogos 2008. Ini melibatkan 53 pusat pemeriksaan di pintu masuk negara
dan 7 stesen kuarantin binatang. MAQIS telah menyediakan perkhidmatan
sehenti di setiap pintu masuk untuk aktiviti-aktiviti pemeriksaan dan pelepasan
import dan eksport konsainan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, tanih,
mikroorganisma, keluaran pertanian; pemeriksaan bagasi penumpang dan mel,
pengambilan sampel, pengeluaran permit import dan eksport ikan hidup,
penyeliaan rawatan kuarantin, dan perkhidmatan kuarantin untuk binatang yang
diimport.
15. Operasi MAQIS pada masa ini hanya melibatkan lima (5) Akta di bawah
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sahaja iaitu Akta Kuarantin
Tumbuhan 1976 [Akta 167], Akta Perikanan 1985 [Akta 317], Akta Binatang 1953
[Akta 647], Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971[Akta 49] dan Akta
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 141]. Sejumlah 443
pegawai penguat kuasa/pemeriksa dan kakitangan sokongan dari Jabatan
Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, FAMA dan LKIM
yang bertugas di pintu masuk dan stesen kuarantin telah dipindahkan secara
pentadbiran ke MAQIS dan diturunkan kuasa di bawah Akta-Akta berkaitan.
Ahli-ahli Yang Berhormat,
16. Penggubalan Rang Undang-Undang MAQIS yang dicadangkan ini akan
mewujudkan MAQIS sebagai sebuah Jabatan untuk menjalankan
penguatkuasaan dan melaksanakan perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan di
pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin. bagi import dan eksport
tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma
dan termasuk pemeriksaan dan penguatkuasaan yang berhubungan dengan
makanan di negara ini. Walaubagaimana pun, dari segi kawalan pengimportan
makanan, YB Menteri Kesihatan akan melantik pegawai MAQIS sebagai
pegawai diberi kuasa dibawah Akta Makanan 1983 untuk menjalankan
pemeriksaan makanan di pintu-pintu masuk negara.
17. Pewujudan MAQIS ini juga adalah dicita-citakan supaya menjadi sebuah
Jabatan yang berwibawa dengan kepakaran profesional yang membolehkan
penguatkuasaan dijalankan dengan teratur dan selaras dengan perundangan
negara. Di antara aktiviti-aktivit utama yang dijalankan adalah pemeriksaan
dokumen dan fizikal konsaimen, pemeriksaan bagasi, pengeluaran permit dan
lesen, persampelan, mengkuarantinkan, penyeliaan rawatan kuarantin di pintu
masuk dan pendakwaan. Namun begitu, dasar, arahan dan syarat-syarat import
dan eksport masih di tentukan oleh jabatan dan agensi. MAQIS hanya bertindak
sebagai jabatan pelaksana dan penguatkuasaan.
Ahli-ahli Yang Berhormat,
18. Dengan adanya Jabatan seumpama ini, segala urusan dapat
dilaksanakan dengan lebih bersepadu, teratur, cekap dan cepat di bawah satu
bumbung sahaja. Ini boleh mengelakkan pertindihan aktiviti yang dijalankan oleh
lebih daripada satu agensi, penggunaan dokumentasi yang merumitkan, proses
7
pemeriksaan yang berulang, penggunaan infrastruktur dan tenaga kerja yang
tidak optimum serta pengurusan pusat kawalan pintu masuk/keluar yang kurang
berkesan. Penguatkuasaan yang lebih berkesan ini boleh mengurangkan
kebanjiran produk pertanian yang diimport di pintu masuk.
19. Kawalan di pintu masuk merupakan tanggungjawab dan urusan Kerajaan
Persekutuan Malaysia. Oleh itu, sewajarnya MAQIS bertanggungjawab
menguruskan penguatkuasaan pemeriksaan dan kuarantin terhadap tumbuhan,
haiwan, ikan, keluaran pertanian dan makanan di Malaysia. Saya
mencadangkan supaya RUU MAQIS akan berkuat kuasa sepenuhnya sebagai
permulaan di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi negeri
Sabah dan Sarawak pula saya ingin mencadangkan supaya MAQIS beroperasi
di kedua-dua negeri berkenaan hanya yang melibatkan fungsi pemeriksaan dan
penguatkuasaan di pintu di bawah Akta LKIM, Akta FAMA dan Akta Makanan
kerana Akta-Akta berkenaan telah pun berkuat kuasa di negeri tersebut. MAQIS
akan beroperasi sepenuhnya di Sabah dan Sarawak, setelah kedua-dua negeri
tersebut bersedia untuk menyerahkan fungsi pemeriksaan dan kuarantin di pintu
masuk.
20. Pada masa ini, terdapat jabatan/agensi yang mengenakan fi/caj dimana
kutipannya dimasukkan kedalam akaun negeri atau persekutuan atau tabung
amanah agensi. Saya amat prihatin dengan perkara ini. Oleh yang demikian,
satu peruntukan dalam RUU MAQIS telah diadakan supaya fi dan caj yang
dikutip oleh MAQIS boleh disalurkan kepada negeri atau jabatan/agensi
berkaitan seperti mana yang terdapat dalam Undang-undang bertulis. Oleh yang
demikian, pewujudan MAQIS ini di pintu-pintu masuk tidak akan menjejaskan
hasil pendapatan negeri atau agensi yang terlibat seperti LKIM dan FAMA.
21. Dari segi perundangan pula, hal perkara di dalam RUU MAQIS ini adalah
diperuntukkan di dalam Senarai I – Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan di
butiran 20 iaitu Pengawalan makhluk perosak pertanian; perlindungan daripada
makhluk perosak itu; pencegahan penyakit tumbuhan; Senarai III – Senarai
Bersama di Butiran 4 iaitu penternakan; pencegahan perbuatan menganiaya
binatang; perkhidmatan veterinar; kuarantin binatang; dan Senarai IIIA – Senarai
Tambahan kepada Senarai Bersama bagi Negeri Sabah dan Sarawak di butiran
14 iaitu Penyelidikan pertanian dan perhutanan, pengawalan makhluk perosak
pertanian; dan perlindungan daripada makhluk perosak itu; pencegahan penyakit
tumbuhan, dan tidak melibatkan sebarang hal perkara di dalam Senarai II –
Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Butiran 3 (a) iaitu Pertanian dan pinjaman
pertanian. Pertanian yang dimaksudkan di bawah Senarai II – Senarai Negeri
adalah merujuk kepada pertanian per se. Dalam hal ini juga, kementerian telah
mengadakan mesyuarat rundingan dengan wakil-wakil PUU negeri mengenai
RUU MAQIS. Dari segi perlembagaan persetujuan dari negeri adalah tidak
diperlukan tetapi hanya memadai dengan mengadakan rundingan sahaja.
22. Selain itu, pewartaan RUU MAQIS ini apabila diluluskan oleh Parlimen
kelak akan menimbulkan beberapa implikasi perundangan dari segi pertindihan
kuasa terhadap beberapa Akta sedia ada iaitu Akta Kuarantin Tumbuhan 1976
[Akta 167], Akta Perikanan 1985 [Akta 317], Akta Binatang 1953 [Akta 647], Akta
8






ucapan di download dari:



No comments:

Post a Comment