Tuesday, May 10, 2011

Azama Tani HEBAT



PROGRAM 1 AZAM (AZAM TANI) 2010
BIMBINGAN JABATAN PERTANIAN SABAH

1. PENDAHULUAN

Program 1 AZAM digubal bertujuan untuk menghapuskan kadar kemiskinan tegar sepenuhnya menjelang tahun 2010 dan Kerajaan Negeri Sabah telah menerima peruntukan sejumlah RM40 juta dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluargan dan Masyarakat untuk melaksanakan program ini. Jabatan Pertanian Negeri Sabah merupakan salah satu daripada agensi pembimbing dalam program ini.

Jabatan Pertanian Sabah telah mengenal pasti dua jenis projek iaitu, pertama projek bidang pemprosesan makanan dan kedua, projek bidang pengeluaran tanaman. Seramai 150 orang peserta terdiri dari Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai dalam e-Kasih telah dikenalpasti. Daripada jumlah itu seramai 110 orang KIR terlibat dalam bidang Pemprosesan Makanan dan 40 orang KIR dalam bidang pengeluaran tanaman meliputi 21 daerah di seluruh Sabah. Mereka ini akan menerima bantuan peralatan pemprosesan makanan atau peralatan kecil ladang mengikut kesesuian bidang usaha masing-masing selain diberi Kursus Asas dan Kursus Kemahiran.

2. OBJEKTIF PROGRAM 1 AZAM (AZAM TANI)

Objektif pelaksanaan Program 1 AZAM adalah untuk meningkatkan pendapatan golongan Miskin Tegar dan Miskin yang berdaftar dalam e-kasih melalui penglibatan mereka di dalam projek-projek ekonomi khususnya pengeluaran tanaman dan pemprosesan makanan yang berupaya meningkatkan pendapatan, taraf hidup dan kualiti hidup mereka.

3. KUMPULAN SASAR 1 AZAM (AZAM TANI)

Kumpulan sasar 1 AZAM (Azam Tani) terdiri dari Suri Rumah, Ahli Isi Rumah dan Ketua Isi Rumah keluarga tani yang mengusahakan pemprosesan makanan atau pengeluaran makanan yang berdaftar dalam senarai e-kasih.

4. SKOP DAN BANTUAN

Program ini tebahagi kepada dua skop: Pertama, skop bidang Pemprosesan Makanan dan kedua, skop bidang Pengeluaran Tanaman. Bidang Pemprosesan makanan mempunyai enam (6) pakej iaitu, Perusahaan Bakeri; Pemprosesan Kuih Muih Tradisional dan Makanan Ringan; Pemprosesan Mi Basah; Pemprosesan Minuman Kacang Soya dan Tauhu; Perusahaan Makanan Gerai dan Pemprosesan Air Tebu. Bidang pengeluaran Tanaman pula mempunyai lima (5) pakej iaitu, Pengeluaran Tanaman Sayur-sayuran (jenis daun dan buah); Pengeluaran Cili Padi; Pengeluaran Keladi; Pengeluaran Pisang dan Pengeluaran Tebu.





AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR

PENASIHAT

Tuan M.C Ismail Salam
Pengarah Jabatan Pertanian Sabah

PENGERUSI

Encik Idrus Shafie
Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan)

TIMBALAN PENGERUSI

Puan Hjh. Dg. Rayanih Hj. Ag. Hamit
Penolong Pengarah (Seksyen Industri Asas Tani)

Encik Noelle Bachi
Penolong Pengarah (Pengembangan Pertanian)

SETIAUSAHA

Puan Noor Hasnizah Ali Hassan

URUSETIA

Ketua
Encik Alidin Hj. Abd. Mohid

Ahli-ahli
Puan Janet Grace Asing
Puan Jainah Makajin
Puan Lily Sibining
Encik Harry Anthony
Encik Ahmed Kamal Bin Amir (Konsultan)
Puan Jainah Dahan
Puan Lailah Abd. Ghani

PENYEDIAAN TEKS UCAPAN

Ketua
Encik Abd. Fattah Awg. Yaakub

Ahli
Puan Hjh. Dg. Rayanih Hj. Ag Hamit


PUBLISITI DAN PERCETAKAN

Ketua
Encik Nasip Amat (Publisiti)
Puan Rita Chang Lan Moi (Percetakan)
Cik Herniezeiana Binti Tumijoh
Encik Ahmed Bin Kamal Amir

PENGURUSAN DAN HIASAN PENTAS

Ketua
Encik Ahmed Bin Kamal Amir

Ahli
Encik Turmudzi C. Purnomo
Encik Jumaat Ibrahim
Cik Masni Mustamin
Cik Deza Redzuanie Rasmadin

PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK

Ketua
Encik Bakar Jaludin

Ahli
Puan Sufiana Koh
Puan Dg. Rosliah Ag. Ahmadi
Encik Constantine Ian Francis

PENGINAPAN DAN JAMUAN

Ketua
Encik Alidin Hj. Abd. Mohid

Ahli
Puan Lily Sibining
Puan Deza Redzuanie Rasmadin

KONSULTAN (PELAKSANA KURSUS / FASILITATOR)

Ketua
Encik Zaharuddin Yahya

Ahli
Encik Ahmed Kamal Amir
Puan Deza Redzuanie Rasmadin

No comments:

Post a Comment