Wednesday, August 15, 2012

Majlis Tertinggi Kelab Pertanian Sabah



Peneraju kepada kedinamikan Warga Pertanian.

Seminar Pengeluaran Benih Padi Bermutu



Penanam padi yg hebat.... petani dari Kg.Pimping Membakut dan daerah Papar bergambar dg Tmbalan Pengarah Pertanian Tn.Idrus Shafie dan Pegawai Pertanian Beaufort dan Papar....petani2 ini menunjukkan prestasi tinggi dalam pengurusan dan penghasilan padi bermutu.Tahniah....bukan saja kaum lelaki hebat tetapi wanita kini jg hebat dlm byk bidang,bukan sja di pejabat dan koprat tetapi jg di ladang dan bendang....tahniah kaum ibu....

dengan ishan fb ag maslee

Ukhuwah








Prihatin


Toh Puan menghadiri Majlis Sumbangan ke Pertubuhan SAHABAT










Terima kasih atas keprihatinan...


Thursday, August 2, 2012

Majlis Berbuka Jabatan Pertanian Sabah
















KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.”

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.

Wednesday, August 1, 2012

kamu teka siapa ini?

Bro... basar sudah anak koo...

Persidangan Agro-Bio fokus kebimbangan baru sektor pertanian


04 Julai 2012
Persidangan Agro-Bio fokus kebimbangan
baru sektor pertanian

KUALA LUMPUR 4 Julai - Persidangan Antarabangsa Agro-Bio Kelapan yang akan diadakan
bersempena Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia (MIFB) Ke-
13 pada 12 hingga 14 Julai ini akan memberi fokus kepada kebimbangan terbaru dalam sektor
biopertanian.
Pengurus Kanan Unit Pengkomersialan Teknologi Marditech Corporation Sdn. Bhd., Jamaludin
Abu Bakar berkata, selain mendedahkan kebimbangan terbaru sektor berkenaan, persidangan itu
juga akan meneroka cara menjana sumber makanan baru termasuk peluang ke arah pertumbuhan
dalam sektor pertanian.

SUMBER:
http://www.mardi.my/

CRAETIVE

HILANG!!


untuk perhatian semua
DUA BERADIK HILANG SECARA MISTERI DI MENGGATALKota Kinabalu, 28 Julai 2012 – Dua beradik hilang secara misteri di Kampung Kirurau Pulutan Menggatal tengahari Kh...



Yesterday via Mobile
near Mengatal 

Kereta yg hilang..dipercayai berada di sekitar tuaran, tamparuli...sila sebar2kan.
 — withTamparuli Tuaran.


ORANG LAMA

LOYALTI

ex UPM

ada harapan!!!


29 Julai 2012

TINDAKAN TEGAS TERHADAP PENJAWAT AWAM BELI IJAZAH PALSU - KSN

Bernama
29/7/2012
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Tindakan tegas akan dikenakan terhadap penjawat awam yang didapati membeli ijazah palsu, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata polis masih menyiasat perkara itu dan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang memilih jalan mudah tanpa perlu menghadiri kuliah, mengambil ujian dan menghantar kertas kerja untuk memperolehi ijazah.

"Setakat ini tiada kes melibatkan penjawat awam yang terlibat di dalam pembelian ijazah palsu. Jika hasil siasatan mendapati ada di antara penjawat awam yang terlibat, tindakan tegas akan diambil serta merta," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Program Transformasi Pegawai ke Luar Negara di sini.

Sebelum ini, media melaporkan ijazah itu dikeluarkan atas nama lima universiti luar negara termasuk tiga yang disahkan tidak wujud.

Lima universiti itu ialah University Of Rockhampton (tidak wujud), Harvey International University (tidak wujud), Cannington Brook University (tidak wujud), Glastonbury University (United Kingdom) dan Charles Molnar University (Hungary).

-- BERNAMA

27 Julai 2012

PENGUMUMAN BONUS TIDAK SEHARUSNYA PENGARUHI HARGA BARANG - ISMAIL SABRI

Bernama
27/7/2012

PETALING JAYA, 26 Julai (Bernama) -- Pengumuman bonus kepada penjawat awam tidak seharusnya mempengaruhi sebarang kenaikan harga barang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Khamis.

Beliau berkata isu kenaikan harga yang biasanya timbul apabila kerajaan membuat pengumuman berkaitan kenaikan gaji dan bonus untuk penjawat awam hanyalah satu spekulasi orang awam.

"Ia juga tidak seharusnya dijadikan sandaran kepada peniaga untuk menaikkan harga barang kerana harga barang harian akan dinaikkan atas sebab-sebab munasabah yang lain," katanya kepada media ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran Giant di sini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Ismail juga berharap pengguna terus menjadi mata dan telinga kementerian itu dan membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang menaikkan harga barang tanpa alasan munasabah.

"Kami juga meminta kerjasama daripada peniaga untuk tidak menyorokkan barang kawalan dan sekiranya mereka tertangkap, pihak berkuasa akan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat," katanya sambil memberi jaminan bahawa setakat ini bekalan mencukupi dan harga barangan keperluan masih dalam kawalan.

Beliau turut menyatakan bahawa pihak kementerian juga telah melipat-gandakan usaha dalam memantau harga barangan kawalan itu sempena Ramadan dan musim perayaan yang bakal tiba.

Sementara itu, seramai 340 kanak-kanak daripada lapan rumah kebajikan sekitar Lembah Klang diraikan dalam acara membeli belah dan majlis berbuka puasa tajaan sepenuhnya syarikat pasar raya besar itu.

Pada majlis sama, Giant turut menyumbang sejumlah RM58,000 bagi membantu kanak-kanak dan rumah-rumah kebajikan itu menyiapkan persediaan untuk hari raya yang bakal tiba.

Sumbangan terdiri daripada RM100 duit membeli belah untuk setiap kanak-kanak, manakala setiap rumah kebajikan menerima sumbangan wang tunai RM3,000.

26 Julai 2012

PM: BONUS RAYA SETENGAH BULAN

Sinar Harian
25/7/2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. - Bernama