Monday, May 9, 2011

Hadiah paling bermakna buat Dayang Salamah








Tahniah kepada Tuan Pengarah dan Cik Fariza Ismail atas penganugerahan 'IBU RATU HATIKU' kepada bonda dan nenda mereka. Hebat!


Hadiah paling bermakna buat Dayang Salmah.

.
Faridah Tussin (kiri) diiringi Azizah Mohd. Dun (dua dari kiri) menyampaikan anugerah Ibu Ratu Hatiku kepada Dayang Salmah Tamin (dua dari kanan) di Kota Kinabalu, semalam.

.
KOTA KINABALU 8 Mei - Seorang bekas wartawan, Dayang Salmah Tamin, 81, menyifatkan anugerah Ibu Ratu Hatiku yang diterimanya hari ini sebagai hadiah paling bermakna sepanjang hidupnya.
Beliau yang juga bekas wartawan wanita pertama di negeri ini berkata, anugerah daripada kerajaan negeri sempena Hari Ibu menunjukkan penghargaan besar kerajaan terhadap jasa para ibu.
"Saya amat terharu sekali apabila dinobatkan anugerah ini dan saya merasakan segala perjuangan saya selama ini dihargai," katanya ketika ditemui pada majlis jamuan teh meraikan para ibu sempena Hari Ibu di sini hari ini.
Turut hadir isteri Ketua Menteri, Datin Seri Faridah Tussin dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun.
Pada majlis itu, turut menerima anugerah 'Ibu Ratu Hatiku' ialah Yu Choi Lan, 76, yang berasal dari Kudat.
Penerima anugerah berkenaan menerima piala, sijil pengiktirafan, jambangan bunga dan wang tunai RM3,000 yang disampaikan oleh Faridah.
Dayang Salmah yang berasal dari Kota Kinabalu aktif dalam penulisan pembangunan wanita dan telah berjaya menubuhkan taman bimbingan kanak-kanak, Sabah Kindergarten di Sembulan.
Menurut Dayang Salmah, meskipun berasal daripada keluarga yang miskin dia tetap meletakkan pendidikan sebagai keutamaan kepada semua anaknya dan ia dapat dilihat apabila kesemuanya berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara.
"Jadi saya menasihatkan kepada semua ibu yang mahu mengejar apa sahaja cita-cita supaya mengutamakan urusan rumah tangga dan anak-anak daripada perkara lain," katanya.

.
Sementara itu anak beliau yang juga Pengarah Jabatan Pertanian negeri, M.C Ismail Salam berkata, pengorbanan ibunya amat besar kerana dapat mengubah hidup mereka menjadi insan yang berguna.
Katanya, sehingga ke hari ini semua adik beradiknya sentiasa mendapat nasihat dan pandangan ibunya dalam menjalani kehidupan seharian.

*Rencana diambil dari web:


No comments:

Post a Comment