Thursday, October 14, 2010

kedai kopi punya cerita

Kedai Kopi Punya Cerita….

Kedai kopi merupakan ‘mini dewan undangan’ untuk bilis-bilis mengeluarkan idea-idea yang terandam dalam otak kepala. Kedai Kinabalu (Ahsiong), kedai sotto maupun kantin kelab adalah lokasi yang sering dikunjungi. Kau taula kalau sudah berjumpa dengan kawan-kawan terutamanya yang sudah klik, tatap saja ada topik menarik yang ‘disibukkan’. Macam-macam ceritala tu….ada mengenai politik, sabung ayam, sumandak, 4D…tapi ini hari kita serita tentang keraja kita….apa tu…tentang penyelidikan pertanian bah.

Penyelidikan perlu dijalankan supaya hasil pertanian menjadi lebih bermutu dengan daya pengeluaran yang tinggi. Menurut A. Hamid Jaafar et. al,(1996) dalam buku InstitusiPertanian : Peranan, masalah dan keberkesanan, dalam melaksanakan program penyelidikan institusi penyelidikan awam menghadapi masalah pelaksanaan yang mengakibatkan kelambatan perkembangan tanaman pertanian. Masalah yang dihadapi ialah kekurangan kewangan dan kakitangan penyelidikan, kurangnya penyelidikan yang dilaksanakan secara “tempatan”, tempoh penyelidikan yang lama, dan tempoh yang panjang untuk penyampaian pengetahuan kepada kumpulan sasaran. Ada juga hasil kajian yang dikasih ice box sana diberi. Diam-diam penggali….batagar bah itu!

Seperti institusi penyelidikan yang lain di Malaysia, institusi penyelidikan awam menghadapi masalah kekurangan peruntukan belanjawan dan kakitangan penyelidikan untuk menjalankan penyelidikan dengan cara yang lebih menyeluruh. Oleh yang demikian, tidak dapat menjalankan penyelidikan terhadap kesemua jenis tanaman dan penekanan penyelidikan lazimnya hanya tertumpu terhadap tenaman yang berpotensi dalam pasaran tempatan dan eksport tempatan, terutamanya tanaman jangka pendek yang masih belum dapat diuji dan potensinya masih tidak dieksploit dengan sepenuhnya.

Kekurangan peruntukan kewangan penyelidikan ini juga secara tidak langsung telah mengakibatkan institusi penyelidikan awam tidak mampu untuk melaksanakan penyelidikan secara “tempatan” dengan lebih tersusun. Biasanya, penyelidikan dijalankan di stesen-stesen yang dikawali daripada gangguan luar. Tetapi dalam keadaan yang sebenar, kawasan penanaman lebih luas dan dipengaruhi oleh factor-faktor sekeliling (seperti serangga perosak, penyakit, dan cuaca) yang hampir mustahil dikawal. Keadaan ini, mengakibatkan hasil sebenar sesuatu tanaman berbeza daripada yang dijangka.

Dari segi yang lain, terdapat juga keadaan apabila hasil penyelidikan yang ditemui selepas kepentingan sesuatu jenis tanaman menurun. Masalah ini menjadi lebih ketara sekiranya diambil kira masa yang panjang yang diperlukan untuk memindahkan pengetahuan tersebut kepada para petani. Segala perancangan dan kewangan akan membazir sekiranya pengetahuan dipindahkan kepada para petani atau kumpulan sasaran hanya selepas kepentingan ekonomi sesuatu tanaman menurun.

Masalah penentuan projek penyelidikan yang betul-betul relevan dengan masalah petani juga merupakan perkara yang agak kurang diperhatikan. Contohnya ialah masalah burung pipit yang telah meraggut sebahagian besar hasil tuaian padi. Contohnya di Kg. Indai Tuaran, serangan siput gondang emas bukan lagi masalah yang merunsingkan sangat petani disana. Mimpi ngeri mereka ialah SERANGAN PIPIT.

Mereka menyatakan bahawa serangan siput boleh dikawal dengan menggunakan racun. Bagaimana dengan serangan pipit, adakah ia boleh dikawal dengan racun!. Sebagai satu perbandingan, seorang petani di Kg. Labuaya iaitu En. Lindam telah mengusahakan 1.5 ekar sawah padi. Beliau telah menjaga dengan baik projeknya tersebut, dimana semasa padi masak, ia telah mengupah dua orang pekerja untuk menghalau pipit (mengikut bahasa kedaerahan = Memuhau). Hasil padinya ialah lebih kurang 1.2 tan.

Kes kedua pula ialah seorang petani (jiran sawah kepada En. Lindam) iaitu En. Bamma telah mengusahakan padi seluas lebih kurang 3 ekar. Beliau tidak menjaga serangan pipiy tersebut. Akhirnya, setelah padi dituai, beliau hanya berjaya mendapat 1.8 tan hasil padi. Sepatutnya sekiranya mengikut perkiraan matematik, Encik Bamma mendapat hasil tuaian sebanyak (lebih kurang) 2.4 tan. Dapat disimpulkan disini bahawa serangan burung pipit telah berjaya ‘melarikan’ hasil sebanyak 600 kg!. Kalau mengikut harga pasaran dimana harga sekilo padi ialah lebih kurang 95 sen (harga borong + subsidi kerajaan), maka kerugian yang disebabkan oleh serangan burung pipit ialah RM 570.00. betapa besarnya kerugian yang disebabkan oleh pipit.

Pada masa yang sama juga, En. Lindam juga mengalami kerugian yang lebih besar dari En. Bamma, apa tidaknya beliau telah mengupah dua orang pekerja dimana seorang pekerja dibayar RM 10.00 sehari. Oleh kerana itu, dalam masa sebulan menghalau burung pipit, ia memerlukan RM 600.00. Dapat disimpulkan pipit telah berjaya ‘merugikan’ petani sebanyak RM 1170.00 untuk tanah seluas 4.5 ekar!!. Kalau 1000 ekar, kerugian ialah RM 260 00.00 !. Satu lagi perkara yang menyedihkan hati saya ialah En. Bamma telah menyatakan hasratnya untuk TIDAK mengusahakan tanaman padi pada musim akan datang. Betapa hebatnya pukulan pipit tersebut!!!. Mematikan semangat petani.

Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah penanaman padi secara serentak adalah mustahil diamalkan pada masa ini. Perkara ini timbul kerana kekurangan jentera pembajak. Ngia run traktor. Masalah kekurangan combine harvester juga telah menyebabkan period yang panjang untuk serangan pipit.

Kalau kita lihat senario di atas, sememangnya menggerunkan. Cuba bayangkan, penanaman padi berhasil tinggi ‘HYV’ tiada gunanya kerana pipit tatap kasih randah itu hasil. Dapat disimpulkan bahawa penyelidikan untuk mencari teknik pengawalan serangan burung pipit adalah penting dan mendesak. Sekiranya pipit dibiarkan bermaharaja lelah, alamatnya wawasan kita untuk mengeluarkan 65% padi tempatan akan terbengkalai….Ok lah panat sudah saya, beginilah bah kalau bilis-bilis mengelentong. Bah begitu sajalah. Tau-taulah kan, kedai kopi punya cerita……..!


sumber: Warta Kelab Jun 2002

retype by Rafizan A

No comments:

Post a Comment