Friday, February 24, 2012

SBPA


SBPA 2012: CUEPACS Tuntut Naik RM700-RM2500 Untuk G1-54

SBPA 2012: CUEPACS Tuntut Naik RM700-RM2500 Untuk G1-54
Hari 22 Februari 2012 ini telah dijalankan sessi perbincangan ketiga untuk task force mengenai Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam 2012 ini.  Cuepacs telah menuntut akan kenaikan dari RM700 sehingga RM2500 untuk penjawat awam Gred 1 sehingga Gred 54.


Dato’ Omar Osman berkata, sifir terbaru untuk SBPA adalah seperti berikut, seperti yang dituntut oleh pihak Cuepacs:-
Gred 1 hingga Gred 16 (RM700)
Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000)
Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500)
Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800)
Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500)
Contoh Cadangan Pengiraan Untuk SBPA
* Gaji kakitangan awam gred 17 semasa dalam SSM : RM820
* Selepas kenaikan gaji sebanyak RM1,000 : RM1800
Gaji SBPA bagi Golongan Premium dan Jusa C
* Premier 1 : gaji RM60,000 sebulan tanpa elaun
* Premier 2 : gaji RM40,000 sebulan tanpa elaun
* Premier 3 : gaji RM40,000 sebulan tanpa elaun
* Premier 4 : gaji RM35,000 sebulan tanpa elaun
* JUSA C : Kenaikan melebihi RM5,000
Itu la, seperti apa yang disarankan sebelum ini dimana Cuepacs beranggapan, golongan penjawat awam bawan Gred 54 tidak dapat banyak manfaat dari apa yang diperoleh oleh golongan atasan perkhidmatan awam. Antara cadangan lain Cuepacs adalah:
1. mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred
2. mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji
3. Menuntut jurang di antara golongan atasan dan golongan bawahan di rapatkan sebagaimana yang di sarankan oleh pihak Kerajaan.
4. Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan
5. Kalau itu pun tak boleh juga, Cuepacs minta apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru

No comments:

Post a Comment