Tuesday, February 7, 2012

Perarakan Maulidur
























Tahniah kepada bapa R.O Nurdiana Yusoff kerana dianugerahi Tokoh Maulidur Rasul 2012!!.

KOTA KINABALU 5 Feb. - Tokoh Maulidur Rasul peringkat negeri menyifatkan anugerah yang diterima mereka hari ini bukanlah noktah terhadap usaha keras untuk terus menabur bakti kepada masyarakat.

Malah mereka menyifatkan anugerah berkenaan menjadi pembakar semangat untuk terus mengorbankan masa dan kudrat bagi membantu masyarakat.

Penerima Anugerah Maulidur Rasul kategori lelaki, Datuk Yusof Kasim berkata, meskipun sibuk dengan skop tugas seharian, ia tidak pernah menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.

Beliau yang juga Pengerusi Sabah Air Aviation dan Pengerusi Yayasan Usahasama akan sentiasa memastikan skop tugasnya dipelbagaikan bagi membantu masyarakat.

"Saya bersyukur dengan anugerah yang diterima ini dan akan terus berusaha membantu masyarakat meskipun terpaksa mengorbankan masa dan tenaga," katanya pada majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di pekarangan Masjid Negeri, di sini hari ini.

Sambutan yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin itu turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan menteri-menteri kabinet negeri.

Dalam pada itu, Yusof memberitahu, sebagai Pengerusi Sabah Air, beliau akan berusaha keras memastikan syarikat tersebut memberi sumbangan signifikan kepada masyarakat.

Beliau berkata, antaranya ialah seperti berusaha menyediakan perkhidmatan udara yang baik untuk masyarakat dan bantuan pengangkutan udara kepada mereka yang memerlukan.

Sementara itu, Penerima Anugerah Maulidur Rasul kategori wanita, Datuk Noraini Salleh menyifatkan anugerah yang diterima sebagai satu tanggungjawab berat yang perlu digalas olehnya.

"Apa yang diterima hari ini adalah ketentuan Allah dan saya menganggap anugerah berkaitan Maulidur Rasul itu amat bermakna sekali dalam hidup saya.

"Jadi saya bukan sahaja perlu terus membantu masyarakat tetapi menunjukkan contoh baik dari segi akhlak dan penampilan," katanya yang juga Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa), Sabah.

Yusof dan Noraini masing-masing menerima wang RM5,000, sijil penghargaan dan sepasang persalinan yang disampaikan oleh Juhar.

Sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_04.htm

No comments:

Post a Comment