Tuesday, January 10, 2012

SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERTANIAN (Malaysia)

http://www.moha.gov.my/sbpa/docs/pp/2011/umum/lampiran/b2g.pdf

SKIM PERKHIDMATAN
PEGAWAI PERTANIAN
Perbekalan dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama dengan
perbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PERTANIAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
GRED GAJI/ JAWATAN : G1-1, G1-2, G1-4, G1-5, G1-6
TARIKH KUAT KUASA : 1 JANUARI 2012
SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-
(a) Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang kimia,
biokimia, pertanian, hortikultur, bioindustri, bioteknologi,
perniagaan tani, pengeluaran tanaman, teknologi makanan,
agroteknologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1-1: T1); atau
(b) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian
atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1-1: T1).
SYARAT KELAYAKAN
BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN
SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong
Pegawai Pertanian dan Pembantu Pertanian adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
peningkatan secara lantikan ke jawatan Pegawai Pertanian Gred
G1-1, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
SYARAT LANTIKAN
TERUS KE JAWATAN
PEGAWAI PERTANIAN
GRED G1-2, G1-4, G1-5,
G1-6 ATAU JAWATAN
DALAM KUMPULAN
PENGURUSAN TERTINGGI
4. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik yang berkenaan bagi lantikan ke jawatan Pegawai
Pertanian Gred G1-2, G1-4, G1-5, G1-6 atau jawatan dalam
Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang kosong jika memenuhi
syarat-syarat seperti berikut:-
(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2
di atas; dan142 / 489
(b) (i) memiliki tempoh pengalaman b

http://www.moha.gov.my/sbpa/docs/pp/2011/umum/lampiran/b2g.pdf

No comments:

Post a Comment