Tuesday, January 24, 2012

Naga Air



Main koo.. naga.  bukan alang-alang punya naga. Dulu waktu saya kecil2, ada kepercayaan Lotud, kunun ada naga di gunung kinabalu.  Walaupun sekadar mitos, tapi siok juga didangar.

Dari sudut pandangan masyarakat Cina, tahun 2012 merupakan tahun naga air yang membawa banyak kebaikan dan rezeki. Tahun naga dianggap sebagai tahun yang paling bertuah di dalam kalendar masyarakat Cina. Naga merupakan makluk mistik yang membawa simbol kepada karisma, semangat dan juga kuasa.

Selain dari warna merah, kedatangan tahun naga ini tidak lengkap jika tidak disambut bersama dengan mei hua yang dianggap sebagai lambang kebahagiaan dan kesejahteraan. Mei membawa maksud cantik dan Hua membawa maksud bunga. Mei Hua atau juga dikenali sebagai plum blossom merupakan sejenis bunga yang amat cantik untuk dijadikan penyeri ruang tamu semasa sambutan tahun naga ini.

No comments:

Post a Comment