Tuesday, November 30, 2010

Peningkatan gaji boleh bantu capai Wawasan 2020



Peningkatan gaji boleh bantu capai Wawasan 2020, kata Mahathir
.
30th November, 2010
.
.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata peningkatan gaji boleh membantu menjadikan Malaysia sebuah negara maju sejajar dengan Wawasan 2020.
Bekas perdana menteri yang memperkenalkan wawasan itu berkata kenaikan gaji akan menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan per kapita yang lebih pesat untuk membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju.
.
.
Beliau berkata demikian dalam syarahan bertajuk “Menghayati Semula Wawasan 2020” di sini anjuran Institut Pemasaran Malaysia.
Dr Mahathir berkata kerajaan perlu melakukan pengawasan bagi mencegah perbuatan mengaut keuntungan secara melampau dan memastikan sebarang kenaikan harga mestilah tidak sama jumlahnya dengan kadar kenaikan gaji.
Kata beliau walaupun kerajaan akan terus mengurangkan peranannya dalam ekonomi dan perniagaan, tetapi corak ekonomi yang diamalkan mestilah memiliki ciri-ciri rendah inflasi dan kehidupan berkos rendah.
“Apabila kita kata kehidupan berkos rendah, rakyat perlu menerima bahawa ia juga bererti pendapatan yang rendah jumlahnya. Kalau anda mahu mempunyai pendapatan tinggi, anda kena terima hakikat bahawa kos sara hidup juga akan meningkat.
Sesebuah syarikat tidak boleh membayar gaji lebih tinggi kepada pekerjanya tanpa menjual produknya pada harga lebih tinggi dan ini akan menyumbang kepada peningkatan inflasi dan kenaikan kos sara hidup,” kata beliau.
.
.
Dr Mahathir berkata: “Kenaikan gaji sebanyak 10 peratus tidak akan dapat membeli 10 peratus lebih tinggi daripada apa yang kita beli sebelum itu akibat kenaikan kos sara hidup. Tapi, sekiranya kenaikan gaji sebanyak 10 peratus itu boleh digunakan untuk membeli lima peratus lebih banyak daripada apa yang kita beli sebelumnya, maka rasa saya, kita mencapai beberapa kemajuan.”
Katanya perubahan perlu dilakukan terhadap strategi, termasuk menarik lebih banyak pelaburan domestik dan tidak terlalu bergantung pada pelaburan langsung asing.
.
.
Dr Mahathir berkata beliau yakin matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia negara maju, akan tercapai. “Kita ada 10 tahun lagi untuk sampai ke tahun 2020,” katanya.


dipetik dari:

No comments:

Post a Comment