Tuesday, November 9, 2010

KEPEMIMPINAN KELAB PERTANIAN TUARAN SESI 2010/12.... LONJAKAN MEGA???

Yg. Bgh. Tuan MC Ismai Salam
& Yg. Berusaha Tuan Idrus Shafie
................... mahukan yang terbaik untuk
kepimpinan baru KSR Tuaran...............

mengharapkan yang terbaik


Donatian dan Nain.... percaya kepada kepimpinan baru


















semua mengharapkan yang terbaik......













usaikan masalah si Jerome Wong


........ keahlian bukan paksaan.....?


...... tapi loyalty kpd club.... boleh bah kalau ko





Dina ,,,,, s/u baru ...... gagah dan handal

walaupun Bosku di KK, tapi hatinya di Tuaran!!!!


Badhin ....hero baru!!!!






King of the King

....... dream team v. balll.... in the making






ayuh bosss.... bawa kelab terbang... mengelilingi dunia

kami tidak mau dlm tempurung lagi








Bosku.... memancing kita..... pantai tak main

Mangalum, Layang Layang, deep sea!!!!










Tahniah kpd yang menang

yang Kalah.... lain kali kita gotong royong











dulu 'gang' pada Seminar Kecergasan

lain kali .... kapal lain


but, Bosku, terimakasih diatas dorongan selama ini!!

net ball.... Tuaran Vs KK... siapa juara ????











katalistik....













superwomen.... harapan bangsa

Tahniah diatas kejayaan kepimpinan baru KSR Tuaran!

Harapan dan ekspektasi dari ahli pasti melangit.


Bebanan pasti dirasai.

Banyak muka baru, muka lama hanyalah Shahrin, Valerie dan Agnes Bosi, yang lain adalah baru.

Jasli, Dina Yussof, Badhrin (Popoi), Ag Rosli Said, Zubirkhan, Samzhan adalah muka baru.


Baru dan bertenaga. green pasture.

Pasti ada target!. Menang kelab terbaik pada Malam Pertanian, juara Seminar Kecergasan 2011.

adu banyak pengharapan.

Harapan setinggi gunung.... jangan berderai menjadi debu.


Kami ahli KSR yang mengundi Anda, pasti mahu yang terbaik:

- mau naik gunung Kinabalu

- majlis kerayaan -: Aidilftri, Kaamatan, birthday party, majlis perpisahan, pertandingan karaoke, lawatan luar negeri, ukhuwah... dan macam2 lagi.


Bolehkah kamu buat semua itu. kami yakin kamu boleh.

jangan awal2 buang towel!!!.


Kita mau rampas kejuaraan kelab terbaik dari Sandakan.

We are the BEST!!!!!


Walaupun Bos Julia Lamdin sudah join KK, tapi itu tidak bermaksud, KK juara net ball. come on peneraju baru. kita boleh.


Kita ada Jasli Dingle, Kita ada Noele Bachi, .

Zubir pasti tunjuk taring... kita wujudkan superman 'dreamteam' bolatampar . kita gasak diurang sampai meluku!!! hidup Zubir.


Kita ada Ag Rosli Said.... kita pergi Mengalum...memancing deep sea!.

kombura, bokulan, baracuda, titir... wahima paus, jaws pun kita tibai.

macam siok kita ini tahun Bosku!! malahan buka wallstreet..upppp!!


Cik Nur Diana Yussof... wou ...superwomen baru. baru dan bertenaga. lincah dan handal!!

kami yakin semua keraja kesetiausahawan berjalan beres. Pastikan senarai ahli update. siap dengan tarikh birthday. Sumandak baru ini pasti mencanangkan idea untuk lawatan ke luar negeri. makan singkong. kami mau ke USA, eropah, China, .... Gold Cost Australia, tengok universitimu disana....bubut kanggaru.... wou best..... mengujakan. pasti semua rajin attend mesyuarat. ada amoi.


Samjan pasti menerajui bolasepak dan takrew. kita takluki MAKSAK Tuaran. kita gulung gelanggang takrew. kita kembalikan zaman keagungan Sudin Idris!!


Kepada Bosku Shahrin:


Teruskan perjuangan

speed of the Boss

is the speed of the team.


think the unthinkable

failure means delay, not defeat.



dan yang penting

kita kembali kepada yang ASAS

iaitu kepemimpinan....


Kepimpinan atau ‘leadership’ boleh di finasi sebagai; satu seni untuk menyusun, menyelaras dan memberi perangsang kepada individu atau kumpulan untuk mencapai cita-cita satu-satu pertubuhan. Kepimpinan boleh juga diberi pengertian sebagai alat perhubungan di mana seseorang pemimpin itu mempengaruhi pengikutnya agar bekerjasama dengan sukarela untuk mencapai sesuatuobjektif yang ditentukan.

Istilah kepimpinan selalu dikaitkan dengan perintah atau ‘command’ dan menggambarkan pemikiran yang benar dan sihat, sedangkan perintah ialah menggunakan kuasa bagi mendapatkan persetujuan dengan menggunakan ‘power’ dan pengaruh yang lain. Untuk mengetahui sifat-sifat pemimpin yang dianggap unggul itu pada asalnya ahli-ahli saikologi telah bersetuju membahagi tiga gaya kepimpinan yang umumnya terdapat pada pemimpin-pemimpin itu.

Pertama, gaya kepimpinan Autokratik; seorang ketua (pemimpin) membuat semua keputusan sendiri tanpa berunding dengan kakitangan di bawahnya disebabkan pemimpin menyangka dirinya berkebolehan dalam semua hal ataupun kerana tidak berapa yakin dan percaya kepada orang-orang bawahannya. Kesan-kesan kepimpinan Autokratik ialah pada permulaannya, pekerja suka pada peringkat awal pekerjaan tetapi akhirnya kecewa di mana, mungkin ketua meletakkan kesalahan kepada kakitangan bawahannya dan mungkin akan berlaku penindasan. Sekiranya ada penyelia yang negatif, pekerja tidak menjalankan tugas, keperluan dan kepuasan bekerja tidak dipenuhi kerana tidak ada kepercayaan. Sifat kelemahan kepimpinan Autokratik ialah dalam jangka panjang, tanpa ketua, organisasi akan menjadi lumpuh. Kakitangan bawahan tidak akan dapat bertindak sendirian. Ketua merupakan satu unit yang terasing, iaitu ketua hanya pandai mengarah tetapi tidak langsung terlibat dalam sebarang aktiviti. Kadangkala ketua seperti ini bukan disegani tatapi ditakuti oleh kakitangan.

Kedua, gaya kepimpinan Laissez – faire; seorang ketua (pemimpin) memberi kebebasan sepenuhnya kepada pengikut-pengikutnya menentukan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Pemimpin mengarah orang-orangnya buat kerja sendiri. Kakitangan berhak membuat keputusan, menentukan arah dan memastikan tugas tercapai. Ketua tidak langsung menyediakan senarai tugas dan langkah-langkah perlu kepada kakitangan dalam menjalankan tugas. Maklumat hanya diberi apabila diminta oleh kakitangan. Ini berlaku dalam keadaan di mana pekerja dibiarkan sendirian. Mereka akan bekerja sendirian. Penyelia atau pekerja ada keyakinan diri. Ia tidak suka mencampuri kumpulan bekerja. Kesan-kesan kelimlinan Laissez faire adalah bermoral rendah, daya pengeluaran rendah, pekerja tidak bekerjasama dan sentiasa gelisah, selalu timbul pemimpin informal iaitu masing-masing menjadi ketua dan masalah pentadbiran dan penyalarasan berlipat ganda. Justeru kadangkala kumpulan menjadi terumbang ambing dan tiada siapa yang mahu bertanggungjawab.

Ketiga, gaya kepimpinan Demokratik; seorang ketua memberi peluang menyuarakan pendapat masing-masing dan lazimnya pemimpin itu akan mengambil satu tindakan. Ia melibatkan semua ahli kumpulan, keputusan dan perancangan dibuat bersama ahli kumpulan dan menggalakkan pekerja bertanggungjawab. Seorang penyelia memahami masalah pekerja dan hubungan ‘infra-personal’ berlaku. Seseorang ketua mempercayai setipa orang bawahannya dan membahagikan tugas sama rata. Ketua bertindak sebagai rujukan dan menjadi pembimbing dalam sebarang tindakan. Segala beban dan masalah bukan ditanggung seorang tetapi seluruh ahli. Dalam masa yang sama, ketua akan menjadi penghubung atau penyelesai sebarang masalah dan menegur tindak tanduk kakitangan yang boleh menggugat kelicinan pengurusan. Kesan-kesan kepimpinan Demokratik ialah, kerja yang lebih diperolehi dan bermutu tinggi, moral individu dan kumpulan bertambah, semangat kumpulan meningkat, keperluan dan kepuasan dipenuhi, kekacauan jarang berlaku dan kurang penyeliaan diperlukan. Sifat baik kepimpinan Demokratik adalah memberi arahan yang lebih jelas, menjadi teladan yang baik kepada pekerja, membuat keputusan berasaskan kenyataan, menepati janji, membuat keputusan bijak, baik dalam menilai manusia, memberi jadual kerja dengan sempurna, membuat perancangan dengan teliti dan menyimpan rekod dengan kemas. Sifat kelemahan kepimpinan Demokratik adalah “Yes No”, berlagak seperti boss, cepat marah, tidak menberitahu para pekerja mengenai tugas dan tidak pernah memuji, tidak mahu menerima teguran, tidak menepati janji dan merendahkan pekerja yang rajin.

Gaya kepimpinan Autokratik dan Laissez-faire menampakkan gaya yang ekstrim dan kebanyakan pakar saikologi dan pentadbiran bersetuju bahawa gaya Demokratik itu adalah paling sesuai diamalkan. Bentuk kepimpinan Demokratik lebih sesuai diamalkan apabila keupayaan ahli atau kumpulan meningkat. Bagi kepimpinan Autokratik ia lebih sesuai jika ahli atau kumpulan yang dipimpin bersifat pasif dan kurang kreatif. Walaupun bentuk Laissez-faire kurang sesuai tetapi boleh juga dipraktikkan dalam keadaan ahli kumpulan yang sudah mantap dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas. Tujuannya semata-mata memberikan penghormatan kepada ahli kumpulan itu. Oleh itu kepimpinan yang baik sangatlah mustahak untuk keselamatan dan kemajuan satu pertubuhan atau sebuah negara.

Kadangkala kita terfikir mengapa seseorang pemimpin atau ketua itu diberi gaji yang lebih tinggi daripada seorang pekerja biasa. Tentulah seorang ketua atau pemimpin itu mempunyai kelebihan atau kebolehan yang tidak ada pada orang lain. Untuk memahami lebih lanjut kelebihan seseorang pemimpin itu eloklah dianalisa satu persatu sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang pemimpin. Sebelum itu kita jelaskan dahulu tentang jenis-jenis pemimpin. Pertama ialah pemimpin semulajadi. Pemimpin semulajadi ialah mereka yang mempunyai bakat pemimpin semenjak dari kecil lagi. Jenis kedua ialah pemimpin yang mendapat kuasa. Kuasa yang dimaksudkan di sini ialah diperolehi melalui keturunan atau kedudukan keluarga mereka. Ketiga pemimpin belajar dari pengalaman hidup mereka dan jenis pemimpin inilah selalunya terdapat dewasa ini.

Membicarakan tentang kualiti yang patut ada pada seorang pemimpin, yang mustahak sekali ialah personality. Seseorang pemimpin hendaklah mempunyai kebolehan mempengaruhi orang lain. Ia hendaklah mempengaruhi orang, bukan memerintahnya. Untuk melakukan ini, ia mestilah mempunyai sifat-sifat yang boleh diterima dan dihormati oleh orang. Ia mestilah amanah iaitu merangkumi sifat-sifat seperti jujur, ikhlas, yakin kepada diri sendiri, bertanggungjawab dan berkebolehan untuk meyakinkan orang lain. Sifat yang lain perlu ada pada pemimpin ialah keberanian terutama dalam moral yang merangkumi sifat-sifat menjalankan tugas tanpa niat jahat, tidak terlibat dalam kegiatan jenayah, berdisiplin, tidak korupsi, tidak sombong dan tidak mementingkan diri; bertenaga dan cenderung kepada perkara yang membina; simpati-bukan berhati lembut; kepercayaan-bukan optimisme yang palsu; unsure-unsur lucu atau ‘sense of humour’; berpengalaman dan berkebolehan untuk memilih pengikut atau orang di bawahannya.

Elok juga ditinjau pimpinan ini dari sudut lain sebagai cabang seni untuk berkuasa. Kuasa di sini dimaksudkan ialah memikul tanggungjawab untuk mengarah orang lain. Ini termasuk juga pemimpin yang menggunakan kuasa sebagai alat untuk menaikkan taraf dirinya sendiri dan mahukan penghormatan daripada pengikutnya. Seseorang pemimpin itu hendaklah menunjukkan teladan yang baik bukan hanya pandai mengarahkan orang lain untuk bekerja. Dia mestilah menjalankan tugas dengan cepat dan sanggup bekerja keras. Pemimpin hendaklah menjadi seorang yang betanggungjawab dan berani menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Ia sepatutnya tidak menyalahkan orang lain jika kesalahan itu berpunca darinya. Jika kesalahan dibuat dan gagal membuat sesuatu, orang yang patut memikul tanggungjawab ialah pemimpinnya dan bukan orang dibawahannya. Ia mestilah menerima tanggungjawab tersebut.

Kecekapan seseorang pemimpin pula haruslah ditunjukkan lebik lanjut. Untuk menjadi seorang yang cekap tidak semestinya seorang pemimpin mempunyai kepakaran dalam semua segi kerja di bawah jagaannya.. ia hendaklah mengetahui dengan jelas bagaimana tugas itu dijalankan. Dengan lain perkataan seseorang pemimpin itu hendaklah mengetahui samada pengikutnya seorang yang pakar atau tidak dapat menjalankan kerja dengan cekap ataupunsebaliknya. Satu factor yang penting bagi kejayaan seseorang pemimpin ialah ia hendaklah menjadi dirinya ahli dari golongan yang dipimpinnya. Ertinya janganlah mengasingkan diri dari golongan yang dipimpinnya. Pemimpin seharusnya menerima pandangan atau nasihat daripada pengikut-pengikutnya yang mungkin mempunyai pengalaman yang lebih daripada dirinya sendiri. Perhubungan dengan pengikut adalah penting sebab perkara ini akan memberi peluang seorang pemimpin itu mendapat simpati daripada pengikutnya dan ia boleh memperbaiki kelemahan yang ada.

Kajian telah menunjukkan bahawa gaya kepimpinan haruslah mengandungi dua perkara asas iaitu keutamaan kepada tugas dan keutamaan kepada komunikasi. Keutamaan kepada tugas membolehkan seseorang ketua menentukan peranan pekerjaannya disamping mengarah mereka menjalankan tugas mengikut keperluan masa dan objektif pertubuhan. Manakala keutamaan komunikasi pula menentukan had seseorang ketua dalam menjalankan perhubungan dua hala, kemudian menyediakan sokongan emosi serta memahami emosi ahli-ahlinya.

Kesimpulannya, ke arah meningkatkan perkhidmatan selaras dengan wawasan 2020 terpulanglah kepada barisan kepimpinan KSR TUARAN sesi 2010-12 untuk memilih salah satu daripada jenis kepimpinan yang tertera di atas bagi dicontohi dan dihayati.
GO KELAB......
selamat mlm BOSKUUUUU...

No comments:

Post a Comment