Tuesday, November 9, 2010

Pencapaian KSR TUARAN


1. TUJUAN LAPORAN

Laporan ini disediakan untuk melaporkan hal-hal yang berkaitan dengan keanggotaan jawatankuasa, kedudukan keahlian, pencapaian mesyuarat jawatankuasa, kedudukan kewangan kelab cawangan, cabaran dan perancangan masa hadapan untuk tujuan semakan, perbincangan dan perakuan daripada peserta-peserta Mesyuarat Agung Tahunan Ke – 22.

2. LATARBELAKANG ORGANISASI

2.1. Senarai Ahli Jawatankuasa Bagi Sesi 2008/2010

Penasihat : Pn. Julia Lamdin
Pengerusi : En. Shahrin Usidi
Tim. Pengerusi : En. Jutom Ongkosing
Setiausaha : En. Dena Maxmillan Edmund
Penolong Setiausaha : Pn. Virinti Binti Tukimin
Bendahari : Pn. Valerie Kilus

Ahli Jawatankuasa :

1. Penyelaras Unit Kebajikan : En. Danny Tambakau
2. Penyelaras Unit Penerangan & Publisiti : En. Micheal Gubudan
3. Penyelaras Unit Sukan : En. Eku Hubung
4. Penyelaras Unit Tabung Kewangan : En. Peter Anthony Pipin
5. Penyelaras Unit Pengurusan Sumber : En. Bahtiar Loyar
6. Penyelaras Unit Sosial dan Rekreasi : Pn. Agnes Bosi

Juruaudit : Pn. Alinah Abdul Rahman
: En. Roslan Mahali

2.2. Kedudukan Keahlian

Jumlah ahli setakat Oktober 2010 adalah seramai 135 orang. Bilangan ahli baru yang mendaftar pada sesi ini adalah seramai 19 orang.

2.3. Bilangan Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Cawangan

Jawatankuasa kelab telah berjaya menganjur Mesyuarat Jawatankuasa biasa sebanyak empat (4) kali dan Mesyuarat Khas sebanyak duabelas (12) kali sepanjang tahun 2010.
3. LAPORAN PENCAPAIAN AKTIVITI ANJURAN UNIT-UNIT
(Sila rujuk laporan terperinci daripada Unit-unit)

3.1 UNIT SOSIAL & REKREASI

3.1.1 Objektif
1. Menyediakan ruang untuk ahli bersosial dan berinteraksi di samping mewujudkan hubungan yang baik, mesra dan berkerjasama.
2. Menyediakan ruang kepada ahli-ahlinya berekreasi dengan mengadakan lawatan, kunjungan dan majlis keraian khusus buat ahli-ahli kelab.
3. Memberi peluang kepada ahli-ahli kelab untuk melapangkan fikiran, merehatkan minda dan mengurangkan rasa tekanan kerja di pejabat dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh unit ini.

3.2 UNIT SUKAN

3.2.1 Objektif
Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental serta memupuk semangat kerjasama antara ahli.

3.2.2 Cadangan Aktiviti

No
Jenis Sukan
Perlaksanaan
1
Dart
Februari
2
Ping Pong
Mac
3
Bola Tampar
April
4
Tarik Tali
April
5
Bola Sepak / Futsal
Jun
6.
Lontar Peluru
Jun
7.
Gusti Lengan
Jun

3.2.3 Pencapaian Aktiviti

No
Jenis Sukan
Senarai Aktiviti
Tarikh Perlaksanaan
Bilangan Penyertaan
1.
Bola sepak
Persahabatan dengan pasukan dalam daerah
Setiap selasa dan khamis

2.
Futsal
Perlawanan Persahabatan dengan Pasukan Veteran Unit Pengembangan


Pertandingan antara kumpulan ARC Tuaran
04 July 2010
26 July 2010
30 July 2010
15 orang (3 pasukan x 5 orang)
3.
Ping Pong
Melakukan aktiviti setiap waktu rehat.
Setiap hari waktu rehat tengahari.

Menyertai pemilihan untuk Sukan Seminar Kecergasan Kebangsaan
09 April 2010
Sehingga
11 April 2010
2 Lelaki
4.
Bola Tampar
Persahabatan dengan pasukan Polis Daerah Tuaran
Ogos 2010
6 Wanita
5.
Tarik Tali
Pertandingan antara kumpulan ARC Tuaran
April 2010
32 orang (4 pasukan x 8 orang)
6.
Lontar Peluru
Pertandingan terbuka kepada keluarga ahli.
Jun 2010
12 Lelaki
8 Wanita
7.
Gusti Lengan
Pertandingan terbuka kepada ahli kelab dan keluarga ahli (lelaki/wanita)
Jun 2010
4 Wanita

8 Lelaki



3.3 UNIT KEBAJIKAN

3.3.1 Objektif
Menjaga kebajikan semua ahli disamping melaksanakan program sosial kepada masyarakat melalui aktiviti-aktiviti utama seperti berikut;
Menyalurkan sumbangan dan derma ikhlas kepada ahli Kelab yang mengalami musibah.
Melaksanakan Skim Pinjaman Sukan dan Kebajikan.
Membuat Lawatan Amal
Melaksanakan Program Kebajikan Masyarakat.

3.3.3 Cadangan Aktiviti

Bil.
Aktiviti
Tarikh
1.
Mengadakan gotong-royong sebagai kerja amal di Rumah Perlindungan Orang Buta, Tuaran.
Feb. 2010
2.
Mengadakan Lawatan Sambil Menderma ke pusat-pusat atau Rumah Kebajikan
Mac 2010
3.
Membuat pungutan derma sebanyak RM0.50 untuk menubuhkan satu kawasan kebun di Rumah Perlindungan Orang Buta, Tuaran.
Jan. 2010
4.
Mengadakan taklimat dan demonstrasi mengawal kebakaran
May 2010
5.
Menganjurkan Kursus PTK untuk Sokongan 1, 2 & 3.
Feb. 2010
6.
Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan tekanan darah pada setiap hari
Jan. 2010
7.
Mengadakan pungutan wang bagi persediaan Malam Pertanian akan datang untuk memudahkan para ahli atau bukan ahli kelab dapat mengikuti acara Malam Pertanian.
Jan. 2010

3.3.2 Pencapaian Aktiviti

Bil.
Aktiviti
Pelaksanaan Aktiviti
1.

Menderma kepada ahli Kelab yang mengalami musibah (Kematian ibu/bapa)
Setakat ini 5 derma ikhlas telah diberikan kepada ahli kelab sepanjang sesi 2009/2010 iaitu:

1. Pn. Lily Solumbi (Bapa meninggal dunia)
2. Pn. Saikah Bedan (Ibu meninggal dunia)
3. En. Rosli Ayub (Bapa meninggal dunia)
4. En. Adin Rajion (Ibu meninggal dunia)
5. En. Amiruddin Shaiddin (Bapa meninggal dunia)



Jumlah wang telah digunakan setakat ini ialah sebanyak RM250.00 sahaja.

2.
Menganjurkan aktiviti menderma darah
Telah dilaksanakan pada 30 Jun 2010. Sebanyak 18 orang kakitangan terlibat termasuk 3 orang sukarelawan dari luar iaitu ;

En. Shahrin Usidi
En. Jutom Ongkosing
En. Danny Tambakau
En. Madrin Dulakis
En. Osman Abdulah
En. Ali Anjum
En. Mohd. Belloumi Shamzan
En. Razali Kiki
En. Larry Boy Atim
En. Amirrudin Sahidin
En. Shahryn Madrin
En. Awg. Rosli Ayub
En. Junaidi Nasrun
Pn. Malianah Malek
En. Pukak Lunsoi
En. Nasip Engkui
En. Brynn Ossally Atau
En. Molisoliano Suffri Daud


3.4 UNIT PENERANGAN DAN PUBLISITI

3.4.1 Objektif
Menyebar maklumat mengenai aktiviti-aktiviti Kelab
Membantu unit-unit lain menjalankan promosi aktiviti-aktiviti unit masing-masing.
Menerbit Majalah. Kelab.
Membantu mencetak buku Mesyuarat agung Kelab

3.4.2 Cadangan Aktiviti

Bil
Aktiviti
Pelaksanaan
1
Menyediakan Poster / Iklan
Bergantung kepada permintaan dari unit lain
2
Mengemaskini papan kenyataan kelab
4 kali setahun
3.
Menerbitkan Warta Kelab
4 kali setahun
4
Mencetak Buku Mesyuarat Agung Kelab
Sekali setahun

3.4.3 Pencapaian Aktiviti

1. Iklan Hari Keluarga ARC 2010 (Pertama)
2. Iklan Penangguhan Hari Keluarga ARC 2010
3. Iklan Tarikh Tali Hari Keluarga antara kumpulan
4. Iklan Pertandingan Sukan Futsal Hari Keluarga antara kumpulan
5. Iklan Hari Keluarga ARC 2010 (kedua)
6. Iklan Penjualan Tiket bertuah Hari Keluarga ARC
7. Membuat Banner Hari Keluarga ARC 2010
8. Iklan Sukaneka Hari Keluarga 2010
9. Iklan Kebajikan Taman Asuhan Kanak-kanak ARC
10. Iklan Kempen Menderma Darah
11. Penerbitan Warta Kelab-1 Jan-Jun 2010
12. Iklan Penjualan Tiket Malam Pertanian Induk 2010
13. Iklan Pembayaran Yuran Kelab
14. Iklan Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2010
15. Iklan pencalonan pilihanraya KSR Tuaran 2010
16. Iklan Mesyuarat Agung Kelab Cawangan 2010
17. Mencetak Buku Aturcara Mesyuarat Agung Kelab Cawangan 2010

3.5 UNIT TABUNG KEWANGAN

3.5.1 Objektif
Menyediakan ruang untuk kelab menambah tabung kewangan.
Menyediakan ruang kepada ahli-ahlinya berekreasi dan bersuka ria melalui pendapatan dan aktiviti yang dijalankan.

3.5.2 Cadangan Aktiviti

Bil.
Aktiviti
Cadangan Perlaksanaan
1.
Penjualan sayur-sayuran.
Semasa penuaian sayur
2.
Katering/Penjualan makanan/Kantin
Sepanjang tahun
3.
Penjualan Tiket Bertuah
Sekali dalam setahun
4.
Kutipan sewa padang, kantin, kedai runcit, mesin vender, kerusi, hostel, GYM, khemah dan lain-lain.
Sepanjang tahun.
5.
Mengusahakan penanaman sayur-sayuran tanah tinggi.
Dua kali setahun

3.5.3 Pencapaian Aktiviti

Bil.
Aktiviti
Pencapaian
Jumlah Kutipan (RM)
1.
Penjualan sayur-sayuran.

Dilaksanakan

2.
Katering/Penjualan makanan/Kantin

Dilaksanakan
227.95
3.
Penjualan Tiket Bertuah

Dilaksanakan
1,960.00
4.
Kutipan sewa padang, kantin, kedai runcit, mesin vender, kerusi, hostel, GYM, khemah dan lain-lain.
Dilaksanakan
7,805.00





3.6 UNIT PENGURUSAN SUMBER

3.6.1 Objektif
1. Mengurus dan menjaga harta kelab.
2. Menjalankan pemeriksaan serta baik pulih apa juga benda-benda mahupun prasarana kelab dengan lebih efektif.

3.6.2 Cadangan Aktiviti

BIL.
AKTIVITI
TINDAKAN
1.
Menjalankan pemeriksaan dan merekod serta membuat pembaikan terhadap harta benda kelab.
Sepanjang tahun
2.
Menawarkan penyewaan harta benda kelab seperti khemah, kerusi dan lain-lain.
Bila diperlukan
3.
Membantu unit lain melaksanakan aktiviti yang dirancang berkaitan dengan pengurusan kelab.
Bila diperlukan

3.6.3 Pencapaian Aktiviti

BIL.
AKTIVITI
PERLAKSANAAN
1.
Pembinaan gelanggang Futsal di gelanggang tennis ARC Tuaran.
Mei 2010
2.
Menyediakan ruang untuk mini kantin di bangunan lama ARC Tuaran.
Mac 2010
3.
Membantu dalam menganjurkan Hari Keluarga 2010 ARC Tuaran.
Jun 2010


4. KEDUDUKAN KEWANGAN KELAB CAWANGAN

Setakat 30 Jun 2010, kedudukan kewangan kelab adalah berjumlah RM 8,367.60. sila rujuk Laporan Bendahari untuk laporan yang lebih terperinci.

5. CABARAN

Tahun 2010 adalah tahun yang amat mencabar untuk kelab pertanian cawangan Tuaran. Ini menyebabkan banyak aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan atau dirancang terpaksa ditunda ke tahun akan datang.

Walaupun menghadapi rintangan-rintangan dalam menganjurkan lawatan atau aktiviti-aktiviti, pihak pengurusan kelab tidak berputus asa untuk menyediakan aktiviti-aktiviti dalaman. Di harap aktiviti-aktiviti luaran seperti lawatan akan dapat dianjurkan oleh penyelaras pada sesi akan datang.





6. KESIMPULAN

Secara amnya aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada sesi ini banyak tertumpu kepada gotong royong serta jamuan dan juga aktiviti-aktiviti kebajikan ahli kelab. Pencapaian besar ahli-ahli adalah dalam penglibatan melalui :
a) Kejayaan menganjurkan jamuan sempena perayaan-perayaan
b) Kejayaan mengutamakan kebajikan ahli-ahli melalui sumbangan kebajikan
c) Kejayaan menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan
d) Kejayaan mendaftarkan 19 orang ahli baru
e) Kejayaan mengurus harta kelab dan dapat menjana sumber kewangaan
f) Kejayaan mengadakan mesyuarat biasa 4 kali dan khas 12 kali sepanjang tahun 2010.
g) Kejayaan dalam menganjurkan Hari Keluarga ARC Tuaran 2010.
h) Kejayaan membina gelanggang Futsal di ARC Tuaran untuk kemudahan ahli kelab dan kakitangan ARC Tuaran.
i) Kejayaan menyediakan ruang mini kantin untuk kebajikan warga kerja jabatan.

No comments:

Post a Comment