Monday, February 13, 2012
DARAH ANDA DIPERLUKAN!!!!
Gaman, kita orang kelab memang prihatin. Darah bukan saja untuk 'mikorot', tapi lebih genting lagi, sangat diperlukan di hospital.
Menderma darah ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, malah ia juga sangat penting dalam menjaga kesihatan penderma sendiri. Melalui pembacaan peribadi, pendermaan darah boleh meransang badan menghasilkan lebih banyak sel baru. Penderma akan lebih berasa segar kerana sel baru berkeupayaan membawa oksigen lebih baik berbanding sel lama.
Antara kepentingan menderma adalah dapat menyelamatkan nyawa seseorang tertutamanya mangsa kemalangan, pesakit yang menjalani pembedahan, ibu yang mengalami banyak pendarahan dan lain - lain perkara yang memerlukan darah.
"Selain kemalangan, bekalan darah juga diperlukan ibu bersalin, penghidap penyakit darah, pesakit yang menjalani pembedahan dan bermacam masalah kesihatan lain," tegas Koordinator Nasional Kempen Derma Darah PraRamadhan ANSARA (Persatuan Bekas Pelajar2 Maktab Rendah Sains MARA, MRSM), Dr. Halim Abubakar.
bah, jumpa besok di ARC Tuaran....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment