Monday, November 26, 2012

Sabah Beri Penekanan Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pertanian - Musa


Sabah Beri Penekanan Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pertanian - Musa

SANDAKAN, 22 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri memberi penekanan terhadap pembangunan ekonomi negeri berasaskan pertanian, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Belaiau berkata selari dengan usaha tersebut peruntukan besar diberikan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan termasuk dalam Belanjawan Negeri 2013, iaitu sebanyak RM300 juta.

"Saya sendiri meminati kegiatan pertanian dan sejak dilantik ke jawatan Ketua Menteri, pertanian menjadi sektor yang saya berikan tumpuan untuk dimajukan.

"Sebab itu, dalam bajet negeri Sabah setiap tahun, saya berusaha menambah peruntukan kepada kementerian itu," katanya ketika merasmikan Hari Terbuka Jubli Emas Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun di sini, Khamis.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment