Saturday, September 18, 2010

Mesej Presiden , En. Idrus Shafie





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli KSR. Ini merupakan julung kali satu buletin kelab dikeluarkan sejak wujudnya KSR. KSR Jabatan Pertanian pada mulanya wujud sebagai KSR Kementerian Pertanian, namun pada lewat 1980’an Jabatan Pertanian telah mewujudkan kelabnya sendiri apabila berpisah dari KSR Kementerian.



Sejak tempoh tersebut hingga ke hari ini KSR telah berkembang dan menempuh pelbagai cabaran dalam usaha mengadakan aktiviti-aktivitinya. Sebahagian besar aktiviti KSR sebelum ini adalah dalam kegiatan sukan dan lawatan sambil belajar, khususnya Sukan dalam Jabatan, Sukan dalam Kementerian dan Sukan Peringkat Kebangsaan. Pihak Kelab juga tidak pernah gagal dalam menganjurkan majlis makan malamnya pada setiap tahun. Secara peribadi, saya telah terlibat dalam kegiatan kelab sejak di KSR Kementerian, dan pewujudan KSR Jabatan sejak tahun 1980’an.



Secara umumnya, KSR jabatan telah berjaya mengendalikan aktiviti-aktivitinya setiap tahun. Namun dari aspek kewangan, KSR tidaklah begitu kukuh. Oleh itu AJK tahun ini telah mula menggerakkan usaha drastik meningkatkan tabung kewangan sekaligus meningkatkan keahlian kelab. Kelab bagi pihak jabatan juga telah berjaya dalam penyertaannya ke Seminar Kecergasan ke 9 di Johor dan seterusnya akan mengadakan Majlis Hari keluarga Jabatan serta Malam Pertanian di hujung penggal akhir tahun ini.




Akhir sekali, pihak KSR ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada pihak pengurusan khususnya Pengarah Pertanian Encik M.C. Ismail Salam di atas sokongan dan keprihatinan beliau yang amat padu terhadap KSR Jabatan. Pihak kelab juga mengucapkan tahniah di atas perlantikan beliau selaku Pengarah Peryanian sekaligus selaku penasihat kelab. Semoga ahli-ahli terus menyokong KSR.


Idrus Shafie

Presiden


****

Mesej untuk warta kelab 2008.

No comments:

Post a Comment