Thursday, June 10, 2010

Saya Rasa Ria, Tau?

Dah 2:02 pagi...

Saya belum lagi teringin melelapkan mataku kerana masih ada hal belum disiapkan.

Ni, pasal menyediakan imej untuk poster bagi Pameran Juara Rakyat. Tapi, nda'pa, demi Seksyen Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Tanah saya sanggup tidak tidur malam ni...

...jikalau laratlah. Minda saya sudah naik lembap bila memikirkan apa lagi yang hendak ditambahkan lagi kepada paparan tersebut. Mau rujuk perangkaan bagi kawasan yang sesuai untuk pertanian lagi. Mesti ada kualiti kepada paparan poster, tau? Baru rasa puas hati, nikmat tidak terhingga~!

Bila bercakap mengenai hal "rasa" ini, saya rasa saya buat sekadar apa yang saya mampu pada masa kinilah. Siang nanti ada bengkel SAP (Species Action Plan) bagi Orang Utan, Badak Sumbu dan Gajah Kenit-aih, silap...Gajah Pygmy di Rasa Ria, Dalit. Seronoknya! Bagus tidur sekarang daripada tidur meleleh semasa bengkel berjalan. Kang Datuk Masidi nampak, adalah dia kata: "Nah, lagi hebat lelehan dia daripada air terjun tujuh tingkat di Maliau Basin!"

Bah, saya sambung buat kerja saya sekarang, pastu set alarm 5 a.m., akhirnya menjelajah ke alam mimpi...

Salam.
~Cucu DangSuria

*Blog pertamaku di WartaKelab! Yaay~!!!*

1 comment:

  1. sioklah ko pigi rasa Ria, kami di opis saja. katak dalam tempurung!!!

    ReplyDelete