Pn. Janet Grace Asing menyampaikan sijil penyertaan. Sambil disaksikan oleh En. Donald Masudal dan Pn. Norizan Shafee.
Bossku... Tuan Cosmas Mojulat sedang membuat method Demo
Photo dgn ihsan fb sthepen alip
Natural Farming (Perladangan Organik)
Natural farming (Perladangan Organik) adalah satu kaedah pengeluaran bagi menghasilkan tanaman makanan organik. Ia menggunakan sumber semulajadi termasuk mikroorganisma setempat (indigenous microorganism), baja berasaskan tumbuhan dan haiwan serta faktor persekitaran (air, udara, cahaya matahari dan tanah).
Faktor-faktor tersebut dapat membantu meningkatkan populasi dan aktiviti hidupan (indigenous). Hanya mikroorganisma setempat sahaja digunakan kerana ianya sesuai dengan keadaan tempat tersebut. Mikroorganisma yang dibawa dari luar berkemungkinan tidak sesuai dan mungkin mengganggu sistem hidupan yang sedia ada.
Secara amnya, kehidupan boleh dibahagikan kepada 3 peringkat, iaitu:-
Tempoh pertumbuhan tampang (vegetative period)
Tempoh peralihan (cross-over period)
Tempoh pertumbuhan produktir (productive period)
Setiap tempoh pertumbuhan memerlukan rawatan yang khusus untuk membolehkannya mencapai pertumbuhan yang maksima.
Kebajikan:
Meningkatan keuntungan melalui
Pengurangan kos pengeluaran sehingga 30 peratus
Menggunakan bahan input tempatan yang lebih murah dan mudah diperolehi
Meningkatkan pengeluaran hasil 4-6 kali ganda
Hasil selamat dimakan kerana bahan-bahan input yang digunakan terdiri dari produk fermentasi dan ekstrak dari tumbuhan dan haiwan dan tidak menggunakan input kimia sintetik.
Elemen-elemen pengeluaran
Pengeluaran produk secara Natural Farming (perladangan organik) menekankan kepada lima perkara, iaitu:-
Penyediaan baja (baja asas dan membuat formulasi baja)
Pengurusan tanah (penggunaan indigenous microorganism, sungkupan, kelembapan tanah, penyediaan dan penggunaan kos dan pembajakan minimum).
Pengurusan tanaman (penggunaan fomulasi baja mengikut peringkat tanaman dan amalan kultura).
Pengurusan perosak dan penyakit (kawalan secara kultura, fizikal, biologi dan menggunakan biopesticide)
Pengurusan rumpai (kawalan secara kultura, fizikal, biologi dan menggunakan biopesticide)
Natural farming menitikkan peranan indigenous microorganism dan baja-baja Natural farming dalam sistem perladangannya. Mikroorganisma ini boleh dibiakkan melalui berbagai peringkat antaranya adalah proses penyediaan IMO 1 hingga IMO 5. Ia boleh digunakan dalam penyediaan kompos untuk mempercepatkan proses pereputannya. Sila ikuti penyediaan di bawah:-
Penyediaan Indigenous microorganism (IMO)- klik
Penyediaan kompos - klik
Baja-baja Natural Farming
Baja Natural Farming disediakan melalui proses osmosis dengan menggunakan bahan-bahan di sekeliling ladang seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sisa tanaman bersama gula merah. Selain daripada aitu, baja natural farming diperbuat daripada tulang dan kulit telur yang dicampur dengan cuka asli.
Pembuatan FFJ, Gambarajah FFJ
Pembuatan Fermented Fruit Juices (FPJ)
Pembuatan Fish Amino Acid (FAA)
Pembuatan Oriental Herbal Nutrient (OHN)
Pembuatan Calcium Phosphate dari tulang (P Ca) dari Kulit Teliur (Ca P)
Penyediaan Lactic Acid Bacteria Serum (LAS)
Artikel diambil dari: http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/ladang_organik.htm
No comments:
Post a Comment