Tuesday, January 24, 2012

PERUTUSAN PENGARAH - 27 JANUARI 2012


Pada jumaat ini, saat yang kita tunggu-tunggu, pasti menjelma.  Kita ingin mendengar perutusan dari Tuan Pengarah kita.  Sudah tentu pelbagai isu/agenda/topik mungkin diperkatakan.  Mungkin berkaitan dengan Dasar Agromakanan Negara, SBPA, INTEGRITI, halatuju, KSR, pencapaian 2011 dll. Mungkin.

Kalau disorot perutusan Datuk Pengarah pada laman web Jabatan, banyak perkara yang harus diteruskan. Mari kita menelaah beberapa petikan dari perutusan tersebut:

  • Negeri Sabah merupakan negeri pengimport makanan dimana bil imbangan dagangan makanan negeri tidak pernah menunjukan nilai lebihan. 
  • Menyedari akan hakikat ini dan potensi membangunkan sektor agro-makanan, Jabatan Pertanian Sabah telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk membangunkan sektor pengeluaran tanaman makanan atau sektor agro-makanan agar dapat memenuhi keperluan makanan untuk rakyat, berdaya saing, menguntungkan dan boleh menyumbang kepada pendapatan negeri.
  • Sektor agro-makanan akan terus diperkasakan terutamanya dalam pengeluaran tanaman makanan iaitu padi, buah-buahan dan sayur-sayuran. 
  • Walau bagaimanapun pembangunan sektor agro-makanan ini bukan hanya terletak di bahu kerajaan semata-mata tetapi ianya memerlukan penglibatan aktif sektor swasta disamping pekebun-pekebun kecil yang tidak dinafikan akan sumbangan mereka.
DIAMBIL DARI WEB:

Mungkin juga perutusan Datuk Pengarah berlegar pada DAN (Dasar Agromakanan Negara) yang antara lain:


  • Dasar itu yang merupakan kesinambungan kepada Dasar Pertanian Negara ketiga (DPN3) yang tamat pada 2010. 
  • Dasar itu yang diluluskan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Sept lepas, adalah sumber rujukan dan panduan kepada jabatan dan agensi dalam pelaksanaan program projek kementerian itu.
  • Antara idea utama yang turut diketengahkan dalam dasar itu adalah pembangunan pertanian bernilai tinggi, pembangunan pertanian mampan, pelaburan swasta pemangkin transformasi pertanian moden, modal insan pertanian bestari dan berinformasi.
  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (Malaysia) menggariskan strategi-strategi khusus bagi mencapai objektif dasar itu iaitu melibatkan pembangunan industri agromakanan merangkumi industri padi dan beras, perikanan tangkapan, ternakan, sayur-sayuran dan buah-buahan serta kelapa, pertanian bernilai tinggi, industri asas tani dan agropelancongan.
  • Objektif DAN adalah untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan, menjadikan agromakanan sebagai industri yang berdaya saing dan mampan serta meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani.
bah apa lagi. jumaat ini pastikan kita fit dari segi mental & fizikal untuk mencerna perutusan tersebut.  jumpa di sanaaaaa....





No comments:

Post a Comment