SEKTOR PERTANIAN UBAH MALAYSIA MENJADI NEGARA PENDAPATAN TINGGI TAHUN 2020
PUTATAN: Sektor pertanian merupakan salah satu aktiviti Ekonomi Utama Nasional untuk mengubah Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin.
Yahya berkata, kementeriannya telah dipertanggungjawabkan olih kerajaan negeri bagi membangun dan meningkatkan aktiviti ekonomi negeri Sabah dalam sektor pertanian, dan kesan pembangunan itu, daerah Putatan turut mengalami transformasi yang amat ketara.
Beliau berkata, dalam menghadapi cabaran untuk membangunkan dan mempertimbangkan daerah Putatan, perancangan yang baik dan teratur harus dapat dilaksanakan supaya ia menjadi sebuah daerah yang dinamik.
“Daerah Putatan kini telah menjadi pintu masuk ke bandaraya Kota Kinabalu dari arah Selatan, termasuk dari Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak termasuk negara jiran Brunei Darussalam.
“Kedudukan yang strategik ini membolihkan daerah Putatan menjadi hamparan yang luas terbentang dari darat ke laut untuk penduduknya yang berbilang kaum mencari peluang meningkatkan taraf ekonomi masing-masing terutamanya dalam sektor pertanian,” katanya dalam ucapannya ketika merasmikan Pejabat Pertanian, Pusat Latihan Pertanian Bersepadu Putatan dekat sini, kelamarin.
“Usaha Jabatan Pertanian bagi mewujudkan Pejabat Pertanian Putatan adalah tepat pada masanya bagi menengani keperluan pertanian di daerah ini supaya dapat disalurkan kepada sasaran dengan lebih tepat dan berkesan,” katanya.
Katanya, inisiatif Jabatan Pertanian membangunkan program memperkayakan dan konservasi hutan merupakan usaha yang baik ini kerana ia bukan sahaja dapat mengekalkan kecerunan bukit secara semula jadi tetapi dengan menanam pelbagai tumbuhan yang berpotensi tinggi juga menyumbang pendapatan yang lumayan.
Tambahnya, memnadangkan hanya lebih kurang 25,000 km persegi sahaja kawasan Putatan yang bertanah maka adalah amat terhad untuk aktiviti pertanian kerana persaingannya dengan pembangunan fizikal lain didaerah ini.
Oleh itu, pendekatan pembangunan adalah pertanian yang insentif, berteknologo tinggi dan tidak memerlukan bidang tanah yang luas dan subur.
Menurutnya pendekatan ini akan digunakan di `Taman Kekal Pengeluaran Makanan’ yang bakal diwujudkan di kompleks ini dan merupakan peluang yang disediakan bagi pengusaha pertanian Daerah Putatan untuk menceburkan diri sebagai bakal usahawan pertanian.
Di samping pengusaha menjalankan bidang projek dalam pemprosesan makanan sama ada hasil hiliran pertanian mahu pun perikanan merupakan antara aktiviti yang berpotensi besar untuk dilaksanakan di daerah Putatan.
“Dengan pengwujudan kompleks pertanian yang merangkumi Pejabat Pertanian Bersepadu dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan ini dapat menyempurnakan aktiviti pertanian di daerat Putatan, “tambah Yahya lagi.
Yahya turut percaya bahawa daerah Putatan mampu jadi salah satu hub pengeluar makanan utama bagi negeri Sabah yang bolih menyumbang kepada peningkatan ekonomi negeri ini.
Artikel Diambil dari Sabah Times.
No comments:
Post a Comment