Jumpa lagi.
Tahun baru. 2011!. Apa azam baru kaurang?. Saya pasti setiap kitaurang ada azam baru yang hendak dilangsaikan pada tahun ini. Sebagai Warga Kelab Pertanian, sudah tentu kita mempunyai MISI besar, azam besar!. Rasanya kita tidak berhenti setakat memperkasakan kelab, malahan setiap dari kita ingin memperkasakan jabatan. Memperkasakan industri pertanian. Bukan setakat di Sabah, malahan kita in gin menjadi pemain utama dalam industry pertanian di Malaysia. Bahkan global sekalipun. Ya... kalau bukan kita siapa lagi?.
Saya ingin membawa pembaca budiman untuk bersama-sama melihat pendapat Hasliza Hasan pada rencananya di Berita Harian (3 Januari 2010), yang juga boleh dilayarai pada web di bawah berikut:
16 EPP bakal transformasikan sektor pertanian negara hingga 2020
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani beri pengkhususan pertingkatkan pengeluaran makanan CAKAP-CAKAP mengenai krisis makanan dunia bukan perkara baru kerana ketika berlaku krisis kenaikan harga makanan global secara mendadak pada 2007-2008, punca serta kesannya sudah dibangkitkan serta dibincangkan.
Persoalannya, apakah tindakan diambil negara seluruh dunia bagi menangani masalah kekurangan makanan yang dijangka berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk pertambahan penduduk dunia dan perubahan iklim mengakibatkan bencana alam tidak terduga.
Malaysia sendiri pastinya tidak terkecuali berdepan masalah kekurangan makanan apabila analisis menjangkakan bumi bakal berdepan masalah kekurangan makanan menjelang 2050, malah ada negara sudah berdepan masalah itu hingga menyebabkan berlakunya rusuhan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata Dasar Pertanian Negara Keempat bagi tempoh 2011-2020 menetapkan transformasi pertanian memberi pengkhususan kepada pengeluaran makanan seperti ditetapkan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pertanian. Katanya, melalui 16 projek permulaan (EPP) yang sudah dikenal pasti, kementerian akan mentransformasikan sektor pertanian untuk lebih responsif ke arah Program Transformasi Ekonomi (ETP) antaranya dengan meningkatkan hasil pengeluaran bagi memastikan keterjaminan makanan. “Dijangkakan dunia berhadapan krisis makanan pada 2050 jika negara pengeluar makanan hari ini tidak boleh menambah pengeluaran pertanian mereka sekurang-kurangnya 70 peratus.
Bagi tujuan itu, kementerian melalui 16 EPP berusaha meningkatkan sektor pertanian di bawah ETP. “Sasaran NKEA Pertanian adalah untuk mempertingkatkan pengeluaran domestik supaya Malaysia mampu menghasilkan makanan yang mencukupi atau memenuhi peratusan sara diri negara untuk memenuhi keperluan rakyat,” katanya pada pertemuan dengan Berita Harian, baru-baru ini. Beliau berkata, atas sebab keselamatan pemakanan juga, negara perlu memastikan paras tertentu supaya berkemampuan dalam pembekalan beras dan sektor makanan utama lain seperti ternakan sebagai persediaan menangani krisis makanan pada masa depan. Justeru, selain memperkukuh dan menambah baik produktiviti padi di kawasan jelapang, EPP turut merangka perancangan memajukan tanah terbiar bagi meluaskan kawasan tanaman padi sedia ada seterusnya meningkatkan hasil padi negara. Selain penanaman padi di kawasan jelapang seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan IADA Barat Laut Selangor, tumpuan bakal diberi kepada penanaman luar kawasan jelapang. Noh berkata, kementerian dengan kerjasama kerajaan negeri akan mengenal pasti kawasan yang sudah diwartakan sebagai tanah tanaman padi untuk dibangunkan sebagai sawah padi menggunakan konsep pengurusan ladang.
Sebagai permulaan, konsep itu bakal diperkenalkan di MADA dan petani akan dipanggil berdialog bagi mendapat penjelasan bagaimana konsep pengurusan ladang dikendalikan yang pastinya menguntungkan mereka yang menerima skim itu. “Kita nak uruskan sawah dalam bentuk pengurusan ladang bagi menjana ekonomi berskala besar. Jadi kita boleh gunakan teknologi baru dan dapat pulangan besar. Tuan tanah diberi pilihan kerja dengan syarikat dan kita jamin pendapatan tidak kurang daripada yang diterima sekarang,” katanya. Pada masa sama katanya, usaha menambah musim tanaman daripada dua kali setahun kepada lima kali dua tahun akan diperkenalkan menggunakan penemuan varieti padi baru yang tahan serangan serangga serta penggunaan baja baru dengan matlamat meningkatkan hasil padi. “Sasarannya ialah menambah hasil tuaian purata 4.5 tan sehektar kini kepada 10 tan.
Jika perancangan menambah musim tanaman lima kali dua tahun berjaya, kita yakin hasil padi dapat ditingkatkan dengan meningkatkan juga sistem pengairan dan penggunaan teknologi moden. “Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) sedang buat percubaan tanam lima kali dua tahun. Musim ketiga sekarang ini hasilnya nampak lumayan dengan purata enam tan, lebih tinggi daripada purata nasional,” katanya. Setakat ini, sara diri padi negara ialah sebanyak 70 peratus dan selebihnya, 30 peratus atau 900,000 tan diimport. Sementara stok padi dan beras masih mencukupi untuk bertahan selama tiga bulan jika berlaku masalah kekurangan makanan.
Penambahan hasil tanaman, pusingan tanaman padi dan tanaman luar kawasan jelapang yang dirancang di bawah NKEA Pertanian diharap mampu memberi hasil diharapkan dan menjadikan Malaysia mencapai sara diri padi 100 peratus. Selain beras, ternakan juga diberi perhatian dan kini negara sudah mencapai 27 peratus daripada keperluan negara, peningkatan sebanyak enam peratus dalam tempoh empat tahun hasil adanya sistem pemeliharaan feedlot. Melalui NKEA Pertanian, salah satu matlamat kementerian ialah menambahkan hasil daging yang bukan saja mencukupi malah dapat menjadikan Malaysia sebagai pengeluar daging halal terbesar dunia. Cabarannya ialah untuk memperbanyakkan baka lembu yang kini diimport. Noh berkata, Kabinet juga sudah meluluskan dasar pelaburan kebalikan (reverse investment) untuk meningkatkan penyertaan dalam sektor pertanian serantau melalui pemerolehan ladang asing atau menjalankan aktiviti perladangan kontrak di luar negara. Katanya, proses penyelidikan dan penerokaan pelaburan luar dilakukan pihak swasta atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berminat sementara peranan kementerian adalah mengadakan perbincangan antara kerajaan membabitkan dasar serta peraturan ditetapkan negara berkenaan.
Hingga kini, sudah ada beberapa syarikat menunjukkan minat untuk membuat pelaburan tanaman padi dan sektor ternakan di luar negara, difahamkan sedang dalam proses membuat perancangan terperinci bagi dikemukakan kepada kementerian. Menyentuh cabaran untuk menterjemahkan pelan perancangan dalam bentuk tindakan, faktor alam sekitar disebabkan perubahan cuaca dunia yang di luar kawasan menduduki tangga teratas diikuti hakikat pertambahan penduduk dunia dijangka seramai 9 bilion pada 2050. Bagi Malaysia, walaupun berlaku penambahan dari segi jumlah hasil makanan negara dijangka sebanyak 30 peratus, perubahan itu sukar dilihat kerana pada masa sama berlaku pertambahan penduduk serta faktor lain. Faktor kekurangan tenaga buruh yang turut menjadi isu membimbangkan, penyelesaian alternatif yang perlu diberi penekanan ialah penggunaan teknologi moden serta penemuan varieti benih serta baka lebih tahan lasak.
Cabaran lain, mengurangkan import terbesar bidang pertanian iaitu makanan ternakan dan baja yang mencecah RM1 bilion dalam tempoh empat bulan serta memberi perhatian kepada makanan import seperti bawang dan ubi kentang. Noh berkata, kebimbangan terhadap krisis makanan yang dirasai semua mencetuskan kepada penubuhan tabung perjanjian dipersetujui negara ASEAN termasuk Jepun, China dan Korea untuk menyumbang makanan kepada negara yang mengalami kekurangan makanan akibat bencana alam.
No comments:
Post a Comment