Dipetik dari website:
http://www.sabah.gov.my/madfi/press/11-Jan-2011/TeksUcapan.htm
UCAPAN
YB. DATUK SERI PANGLIMA HAJI YAHYA HUSSIN
TIMBALAN KETUA MENTERI MERANGKAP MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN NEGERI SABAH
SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MKANAN NEGERI SABAH
PADA 11 JANUARI 2011 (SELASA) JAM 8.55 PAGI
DI DEWAN SERBAGUNA, ARAS 1,
WISMA PERTANIAN SABAH, KOTA KINABALU
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
.
Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Y.B. Datuk Bobbey A.Suan dan Y.B. Datuk Haji Musbah Haji Jamli, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah. Y.Bhg. Datuk Haji Ujang Sulani, Setiausaha Tetap Kementerian.
Yang Berhormat Pengerusi-Pengerusi Agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.Y.Bhg. Pengarah-Pengarah dan Pengurus Besar Jabatan dan Agensi dibawah KPIM dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi KPIM, Wakil-wakil Media. Tuan-tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Pertama sekali saya merafakkan rasa syukur kepada Allah SWT kerna dengan limpah kurnia dan izinnya, maka kita dapat sekali lagi mengadakan Perhimpunan Bulanan ini, walaupun kita tidak mengadakannya setiap bulan. Perhimpunan awal tahun ini merupakan acara yang penting bagi menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru 2011 dan memberi ruang untuk merenung kembali prestasi yang kita telah capai pada tahun-tahun sudah. Pada masa yang sama juga, kita dapat memperbaharui semangat dan iltizam bagi menghadapi cabaran yang bakal kita sama-sama tempuhi nanti. Cabaran-cabaran yang kita tempuhi pada tahun sudah akan sama-sama kita jadikan iktibar bagi menempuhi cabaran akan datang supaya perjalanan seterusnya dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada semua warga Kementerian ini akan menjadi lebih lancar.

Justeru, marilah kita sama-sama bertekad ke arah kecemerlangan kerana kita masing-masing mempunyai peranan yang penting. Setiap seorang daripada kita, baik kakitangan di peringkat bawahan mahupun pegawai atasan, mempunyai peranan masing-masing yang sama penting. Perlu ditegaskan bahawa kita semua beroperasi dalam satu sistem yang sering bergantung satu sama lain dengan peranan dan fungsi tersendiri. Apabila satu bahagian tidak berfungsi, maka keseluruhan sistem akan lumpuh dan tidak akan dapat berfungsi sepertimana yang dikehendaki. Program Transformasi KerajaanSelepas kepimpinan Negara diambil alih oleh Perdana Menteri yang ada sekarang, Y.A.B. Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Razak, banyak inisiatif kerajaan yang teleh diperkenalkan bagi memacu negara ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Pada masa yang sama slogan “SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dalam konteks Negeri Sabah, sangatlah bertepatan berdasarkan kepada kepelbagaian suku kaum, anutan fahaman dan agama penduduk negeri ini. Walau bagaimanapun kita di Sabah sebenarnya amat berbangga dengan kedudukan kepelbagaian ini di mana kita dapat hidup dalam keadaan harmoni dan penuh dengan sikap setiakawan. Kekuatan semangat bersatupadu ini, sebenarnya lahir daripada sikap toleransi yang bukan sahaja ditunjukkan oleh rakyat jelata, malah oleh para pemimpin politik dan peneraju Kerajaan. Pada hemat saya, semua inisiatif yang diperkenalkan itu sangat realistik dan relevan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan oleh kepimpinan Negara, malah amat bertepatan kearah penterjemahan Halatuju Pembangunan Negeri Sabah yang telahpun ditetapkan oleh kepimpinan di peringkat Negara. Justeru, saya menyeru agar kita semua menghayati dan melaksanakan apa juga inisiatif yang terkandung dalam Program Transformasi Kerajaan.
Program Transformasi Ekonomi (ETP)Sehubungan dengan ini, saya ingin menyentuh sedikit mengenai dengan Program Transformasi Kerajaan khususnya Program Transformasi Ekonomi yang berhubung kait dengan sektor pertanian. Matlamat utama kita adalah untuk mengikis tanggapan yang sering mengaitkan aktiviti pertanian sebagai sektor orang miskin, walaupun pada hakikatnya sektor ini pada tahun sudah berjaya menyumbangkan kira-kira 4% daripada Pendapatan Negara Kasar yang dianggarkan sebanyak RM 20 billion. Jumlah ini tidak mengambil kira pendapatan daripada tanaman komoditi kelapa sawit dan getah.
Walaupun ETP ini akan diterajui oleh sektor swasta bagi melonjakkan sektor pertanian sebagai penjana pendapatan negara menjelang tahun 2020, dengan anggaran sumbangan RM 49 billion terhadap Pendapatan Negara Kasar, kita di sektor awam harus juga memainkan peranan sebagai pemudahcara dengan menyediakan perkhidmatan sokongan dan infrastruktur-infrastruktur asas, agar sektor swasta dapat beroperasi dengan lebih selesa dan teratur. Jika semuanya berjalan lancar, Pertanian sebagai salah satu Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) akan dapat menyediakan pekerjaan tambahan kepada seramai 75,000 penduduk luar bandar dan mensasarkan pendapatan sebanyak dua sehingga empat kali ganda berbanding dengan pendapatan para petani masa kini. Berpendapatan tinggi dengan pendapatan kasar per kapita RM 48,000.00 menjelang tahun 2020 akan kita sokong sepenuhnya, termasuklah penglibatan tuan/puan, para petani, penternak dan nelayan. Melalui Pelan Transformasi ini, sektor pertanian sebagai sektor yang menyediakan pekerjaan dan sumber pendapatan kepada penduduk luar bandar serta sektor yang mengeluarkan makanan negara akan digerakkan menjadi sektor berprestasi tinggi, di mana menjelang tahun 2020, Sektor Pertanian dijangka akan berupaya meningkatkan Pendapatan Negara Kasar sebanyak RM49 bilion. Matlamat Kerajaan Persekutuan ini sebenarnya hanya dapat dicapai apabila semua Kerajaan Negeri melahirkan aspirasi yang sama. Bagi kita di Sabah, kita tidak akan menoleh ke belakang dan akan bergerak bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan untuk mencapai apa juga matlamat yang telahpun ditetapkan kerana harapan Kerajaan Persekutuan ini akan hanya tinggal harapan, jika tidak disokong oleh Sistem Penyampaian Kerajaan Negeri yang cekap dan berkesan. Transformasi sektor pertanian menjadi sektor perniagaan tani berskala besar dengan penglibatan usahawan secara inklusif berasaskan keperluan pasaran, ekonomi mengikut bidangan dan integrasi rantaian nilai hanya dapat direalisasikan apabila aktiviti-aktiviti baru berimpak tinggi diperkenalkan.

Bagi Negeri Sabah, program-program yang disarankan oleh PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan) sebenarnya bukanlah perkara baru. Apa yang perlu kita laksanakan ialah komitmen yang serius ke arah penghasilan produk yang lebih besar dan memenuhi kehendak pasaran, terutamanya dari segi kualiti dan piawaian. Di antara program yang sudahpun dipersetujui ialah pengeluaran produk perikanan melalui Sistem Bersepadu Akuakultur Bersangkar, Pengeluaran Udang Yang Memenuhi Piawaian Untuk Dieksport, Penternakan Lembu Secara Integrasi Dengan Ladang Kelapa Sawit, Meningkatkan pengeluaran susu segar melalui pewujudan kluster penternak tempatan, Memperluaskan pengeluaran sarang burung layang-layang, Meneroka nilai biodiversiti yang kaya dengan herba premium, Pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran bergred premium, Pengeluaran padi wangi bergred tinggi di kawasan yang kurang air dan Pengeluaran padi berskala besar. Bagi membolehkan program ini menjadi realiti, kita selaku pembuat dasar sektor pertanian di negeri ini hendaklah memberikan tumpuan sepenuhnya, khususnya dalam usaha mendapatkan peruntukan dalam RMKe-10. Dalam usaha tersebut, kita perlu fokus dan jangan sekali-kali tersasar daripada matlamat ini agar selari dengan kehendak nasional. Dalam konteks mendapatkan pembiayaan modal, jabatan dan agensi di bawah kementerian ini hendaklah memberikan penekanan keatas program-program menaiktaraf sistem pengairan pertanian khususnya di kawasan yang berupaya mengeluarkan padi, tetapi kekurangan air, pembinaan ampangan pengairan, pembinaan jalan-jalan ladang dan juga pembinaan jeti-jeti pendaratan hasil perikanan.
Perkara lain yang perlu diberikan tumpuan ialah usaha mengukuhkan penerimaan amalan pertanian yang baik, membuat perubahan regulatori, mengukuhkan logistik dan menyediakan modal insan terlatih yang mencukupi dalam semua bidang pertanian. Sektor Tanaman Dalam Rancangan Malaysia ke 9, Jabatan Pertanian telah berjaya memulihkan seluas 2,770 hektar tanah sawah padi terbiar dengan penglibatan seramai 2,243 orang petani. Melalui teknologi perataan sawah, seluas 1,815.43 hektar sawah padi telah berjaya diratakan. Melalui usaha-usaha bersepadu ini, keluasan fizikal 35,600 hektar ditanam setiap tahun telah dapat dikekalkan. Pada masa yang sama juga, dua varieti baru padi berproduktiviti tinggi dan tahan terhadap serangan penyakit merah dan karah iaitu TQR2 dan TR8 berjaya dikeluarkan. Untuk menjamin kualiti dan kuantiti benih terjamin, pengeluaran tiga Pusat Pemprosesan Benih di Papar, Kota Belud dan Tenom telah juga berjaya ditingkatkan keupayaan pengeluaran kepada 4,500 tan setahun.

Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) pertama di Sabah dengan keluasan 96 hektar dan melibatkan 51 orang pengusaha yang terletak di Bata 15, Jalan Apas Tawau berjaya dibangunkan. TKPM ini memberi tumpuan kepada pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan jangka pendek bermutu tinggi seperti betik dan pisang. Sejumlah 39 lot dengan keluasan 41.78 hektar telah mengeluarkan hasil sebanyak 130.135 mt. Usaha mempelbagaikan tanaman sayuran dan buah-buahan juga giat dilaksanakan dan berjaya menghasilkan varieti-varieti baru seperti kacang soya sayuran, kacang tanah varieti Raja dan bamboo rebung serta buah-buahan eksotik canistel, abiu, mamey sapote dan limau Tahiti. Skim Kualiti seperti Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan Skim Organik Malaysia (SOM) juga giat dilaksanakan kerana produk keluaran yang dipersijilkan diterima oleh pengguna tanpa ragu-ragu. Semenjak dilancarkan pada 22 Julai 2003, sebanyak 11 buah ladang telah berjaya mendapat pengiktirafan SALM. Bagi memulihara sumber tanah, edisi pertama ‘Soil Monograph of Sabah’ telahpun dilancarkan pada Oktober, 2009. Dokumen ini dapat memberi maklumat komprehensif berhubung jenis-jenis dan kesesuaian tanah dan membantu usaha mengurus penggunaan sumber tanah yang ada mengikut keperluan semasa dan keperluan generasi akan datang. Bagi pembangunan modal insan, seramai 510 orang graduan bidang pertanian telahpun dikeluarkan oleh Institut Pertanian Timbang Menggaris, 436 orang graduan pekerja sub-operatif dikeluarkan oleh Pusat Latihan Vokasional Pertanian dan 201 orang graduan yang berkemahiran dalam pertanian bersepadu dan komersil. Selain itu, seramai 46 orang Usahawan Tani telah berjaya dibangunkan dan meraih pendapatan RM5,000 sebulan ke atas. Dalam bidang bioteknologi, usaha sedang giat dijalankan bagi meningkatkan kualiti kelapa sawit. Melalui kerjasama dengan Asiatic Centre for Genome Technology (ACGT), penggunaan teknologi terkini ‘marker assisted selection’(MAS) dapat memendekkan pusingan pembiakbakaan (breeding cycle) sehingga 50% dan mempercepatkan pengenalpastian varieti baru sawit serta berupaya meningkatkan pengeluaran hasil sawit. Usaha dengan kerjasama pihak MOSTI dan Syarikat Pure Circle sedang giat berjalan bagi menilai potensi penanaman stevia di negeri Sabah.
Dalam RMK-9, Jabatan Pertanian menerima peruntukan berjumlah RM299 juta. Daripada jumlah itu, RM197 juta adalah daripada Kerajaan Negeri manakala RM102 juta adalah daripada Kerajaan Persekutuan. Peruntukan Persekutuan telah dibelanjakan sebanyak RM 83 juta bersamaan 81% daripada jumlah peruntukan, manakala peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM 173 juta atau bersamaan 87.7% telah berjaya dibelanjakan. Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Sektor pertanian akan dibangunkan dengan berteraskan kepada Dasar Agro Makanan (2011-2020). Dasar ini akan memastikan pembangunan sektor pertanian yang moden, progresif, komersil, dinamik dan berdaya saing di pasaran tempatan mahupun global dapat diwujudkan di Sabah. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi tempoh 2010-2011, Jabatan Pertanian Sabah menerima kelulusan peruntukan berjumlah RM92,450,000 iaitu RM79,000,000 daripada Kerajaan Negeri dan RM13,450,000 daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai 7 buah program yang melibatkan 18 buah projek biayaan Kerajaan Negeri dan 11 buah projek biayaan Kerajaan Persekutuan.
Sektor TernakanKita amat bangga kerana Y.A.B. Perdana Menteri telah memilih Negeri ini untuk menerajui Program Susu 1Malaysia. Oleh yang demikian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak perlu merangka perancangan jangka pendek dan panjang untuk memenuhi keperluan susu segar negara yang dijangka akan mencapai 56 juta liter setahun menjelang 2012. Keperluan ini akan dapat dipenuhi melalui pendekatan yang agresif bagi melibatkan semua penternak untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran. Selain daripada itu. Usaha akan dilaksanakan bagi melibatkan penternak lain seperti SDC, Desa Cattle, dan lain-lain pengusaha. Usaha juga sedang diambil bagi mewujudkan lebih ramai pengusaha tempatan melalui pewujudan penternak berkelompok secara ‘communal’ atau ‘clustering’. Usaha bersepadu juga akan diteruskan bagi memastikan negeri ini terus bebas daripada semua penyakit yang boleh menjejaskan sektor penternakan di Sabah. Usaha-usaha bagi memperkukuh status bebas penyakit seperti yang diiktiraf oleh OIE terhadap penyakit Foot and Mouth Disease harus terus dipertingkatkan. Langkah-langkah proaktif pencegahan penyakit dan biosekuriti harus diamalkan oleh semua ladang terutama terhadap ancaman ‘new, emerging and re-emerging diseases’ seperti H5N1 (avian influenza), selesma babi (Pan A H1N1 (2009)), leptospirosis, anthrax, rabies, dan sebagainya.
Usaha pemindahan teknologi (transfer of technology) kepada para pelanggan dan stake holders dalam industri akan terus dilaksanakan secara berterusan bagi membolehkan peningkatan tahap produktiviti dan keberkesanan (efficiency) dalam pengeluaran penternakan supaya dapat bersaing bukan sahaja di peringkat nasional malah diperingkat global. Kebergantungan kepada insentif dan subsidi kerajaan akan terus dikurangkan secara berperingkat bermula daripada RMKe-10, sesuai dengan kehendak Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang memberikan keutamaan peranan sektor swasta dalam usaha peningkatan Pendapatan Negara Kasar (GNI) dan penyediaan peluang pekerjaan. Sesuai dengan matlamat ini, usaha lebih agresif akan dilaksanakan bagi mengenalpasti skop dan peneraju untuk melaksanakan projek-projek yang dikenal pasti dalam Entry Point Project (EPP). Usaha lebih gigih haruslah diambil bagi memperkasakan nilai tambah sektor penternakan dalam RMKe-10. Diantaranya ialah menambah aktiviti pemprosesan produk ternakan atau mewujudkan aktiviti industri asas ternakan (IAT) yang berupaya menebusi jalinan pasaran yang lebih luas serta meningkatkan syer ‘import substitution’ dalam negeri. Dalam pada itu, semua aktiviti peningkatan keselamatan dan kualiti pengeluaran ternakan akan diberi penekanan dalam program pengembangan veterinar bagi memastikan semua produk keluaran negeri ini memenuhi piawaian yang dikehendaki.

Disamping itu, para pengeluar produk ternakan akan diberikan galakan dan bimbingan kearah mendapatkan pensijilan jaminan kualiti seperti VHM Logo (Verterinary Health Mark), HACCP (Hazard Analysis and Centre of Critical Point), GAHP (Good Animal Husbandry Practices), GMP (Good Manufacturing Practices) dan SCEP (Salmonella Control and Eradiction Programme), VIL (Veterinary Inspection Legend) dan SALT (Skim Amalan Ladang Ternakan). Penggunaan ‘online services’ melibatkan ‘E-gate payment’, perkhidmatan pesanan ringkas [SMS], dan sebagainya akan diperluas bagi mempercepat proses transaksi perkhidmatan ternakan. Penambahan modul-modul kepada portal DaVetSa Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak akan dilaksanakan secara berterusan dalam RMKe-10 bagi memudahkan perkhidmatan, cepat dan memuaskan hati pelanggan. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) telah menerima peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM 139 Juta, dan daripada jumlah itu sebanyak RM 101 juta bersamaan 73% telah dibelanjakan. Kerajaan Persekutuan pula telah memberikan peruntukan sebanyak RM 138 juta, dan daripada jumlah itu RM119 juta berjaya dibelanjakan iaitu bersamaan 86%. Kita berharap agar jumlah perbelanjaan akan bertambah selepas tanggungan yang masih ada dibayar. Dalam tempoh RMKe10, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, dan Perusahaan Ternak, telah diperuntukkan sebanyak RM 14,817,400, bagi membiayai pelaksanaan 27 projek, yang kesemuanya merupakan projek baru.
Sektor Perikanan Sektor perikanan telahpun mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Walau bagaimanapun ia masih boleh ditingkatkan berdasarkan kepada sumber-sumber pengeluaran masih belum lagi dieksploitasikan sepenuhnya. Keperluan perikanan di Sabah berada dalam tahap sara diri 100%, malah dapat pula mengeksport produk-produk perikanan ke pasaran antarabangsa seperti di Negara EU, China dan Jepun. Nilai borong penangkapan ikan meningkat RM 607 juta pada tahun 2009 dan dianggarkan melebihi RM 650 juta pada tahun 2010. Begitu juga perikanan akuakultur dimana nilai borong pada tahun 2009 bernilai RM 309 juta dan 2010 dianggarkan meningkat ke RM 320 juta. Sebagai usaha untuk memperkasakan industri perikanan, Usaha-usaha untuk mempersijilkan Ladang Perikanan melalui skim akreditasi SPLAM (Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia) akan ditingkatkan. Melalui skim ini, produk perikanan yang dikeluarkan di Sabah dapat mematuhi syarat-syarat GMP (Good Manufacturing Practices) dan HACCP (Hazard Analysis and Centre of Critical Point) bagi memudahkan kemasukan produk tersebut ke pasaran dunia. Selaras dengan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), dua projek NKEA dalam bidang ternak air akan dilaksanakan di Sabah. Projek tersebut ialah pembangunan 4000 hektar estet rumpai laut dan 1000 hektar ternakan udang laut di pesisiran Pantai Timur Sabah.
Sehubungan dengan ini, sokongan yang padu akan diberikan supaya dua projek NKEA ini akan menjadi realiti dan dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi perikanan setempat. Walaupun demikian, kita maklum bahawa masih ramai nelayan kecil kita tergolong dalam kategori termiskin atau miskin seperti terdaftar dalam E-KASIH. Bagi maksud pembasmian kemiskinan ini, Kementerian melalui Jabatan Perikanan dan Ko-Nelayan telah memberikan bantuan kepada lebih daripada 1,500 orang nelayan melalui program dan bantuan khusus bertujuan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka. Kita juga mengiktiraf usaha Jabatan Perikanan Sabah menaiktaraf ladang-ladang ternak air dan vesel-vesel menangkap ikan tempatan.
Atas daya usaha mereka, tahap kualiti dan keselamatan keluaran mereka berasaskan perikanan telah mencapai standard yang diperlukan oleh pasaran Kesatuan Eropah atau EU. Dalam konteks ini, Negeri Sabah adalah salah satu daripada hanya 5 negeri di Malaysia yang berjaya mendapat pengiktirafan daripada EU bagi tahap kualiti hasil perikanan. Dalam tempoh RMKe9, Jabatan Perikanan membelanjakan 94% daripada peruntukannya yang berjumlah RM 85 juta. Dalam Rancangan Malaysia Ke 10, pada tahun 2011 Jabatan Perikanan menerima peruntukan sebanyak RM 7.01 juta bagi membiayai 21 projek.
Program Saliran dan Pengairan Program saliran dan pengairan merupakan elemen penting yang dapat menentukan sama ada kegiatan pertanian, penternakan dan ternak air di daratan berjaya. Atas kesedaran ini, Kementerian akan memberikan sokongan dan pengiktirafan terhadap usaha-usaha pemuliharaan sumber air. Dalam pada itu, usaha untuk mengatasi kekangan kekurangan air akan diberikan penekanan agar sumber air baru bagi membolehkan kegiatan pertanian, penternakan ataupun perikanan dapat berjalan dengan lancar. Sehubungan dengan usaha ini juga, penggunaan sumber air sedia ada akan dioptimumkan melalui pendekatan bersepadu ke semua jabatan dan agensi dibawah Kementerian ini. Saliran-saliran dan sistem perparitan sedia ada akan dinaiktaraf, agar sumber air dapat digunakan sepenuhnya. Bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh akibat air, usaha menaiktaraf saliran di kawasan perbandaran akan dilaksanakan secara berterusan. Dalam tahun 2010, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM 85 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan yang telah diluluskan. JPS Sabah telah membelanjakan RM 72 juta iaitu 84% daripada jumlah peruntukan yang diluluskan. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah juga meluluskan sejumlah RM 66 juta, dan sebanyak RM 62 juta atau 94% berjaya dibelanjakan. Selain dari itu, Kerajaan Persekutuan telah juga memperuntukkan sejumlah RM 36 juta kepada JPS Sabah untuk tujuan pelaksanaan Program Dasar Jaminan Bekalan Makanan dalam tahun 2010 dimana RM 35 juta atau 98% telah dibelanjakan.

Dalam tempoh RMK-9 (2006-2010), setakat penghujung tahun 2010, perbelanjaan Negeri mencapai RM 232 juta atau 92% manakala perbelanjaan Persekutuan (NRE dan MOA) mencapai RM 268 juta atau 98%. Kawasan seluas lebih kurang 5,600 hektar telah mendapat faedah dari kemudahan pengairan yang disediakan melalui peruntukan Persekutuan dan Negeri dalam tempoh 5 tahun (2006-2010). Selain dari itu, kawasan takungan air seluas lebih kurang 3,400 hektar mendapat faedah dari kemudahan saliran, manakala lebih kurang 2,780 hektar kawasan tanah mendapat faedah dari kerja-kerja mencegah banjir yang dilaksanakan. Dalam tahun ini (2011), iaitu tahun pertama dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan pembangunan sejumlah RM 37.2 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah untuk pelaksanaan 12 program yang telah dirancang. Antara jumlah itu, RM 26.7 juta adalah untuk menyiapkan kerja-kerja sambungan dari tempoh RMK-9. Kerajaan Persekutuan pula meluluskan sejumlah RM 10.8 juta melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) untuk pelaksanaan 4 projek di bawah Program Rancangan Tebatan Banjir Sabah.

Agensi-Agensi Agensi-agensi di bawah Kementerian ini akan terus diberikan sokongan dalam usaha mencapai objektifnya. Masalah utama yang dihadapi oleh agensi ialah bebanan kewangan yang harus ditanggung semasa melaksanakan obligasi sosialnya. Oleh itu, setiap agensi di bawah Kementerian ini hendaklah bersikap lebih inovatif dalam usaha mencari dana tambahan. Kita mesti bersikap positif kerana banyak agensi kerajaan masa kini yang juga terlibat dengan obligasi sosial tetapi masih berupaya menjana keuntungan. Justeru, pendekatan baru yang menggunakan strategi 'Blue Ocean' untuk meningkatkan keuntungan perlu diberikan perhatian sepenuhnya.
Dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP), banyak program dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mendapat sokongan penuh kerajaan boleh dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan. Melalui ETP ini, diharapkan agensi-agensi di bawah Kementerian ini akan merebut peluang terutamanya program yang tersenarai dalam Entry Point Project (EPP). Agensi dan badan berkanun kerajaan seperti Korporasi Pembangunan Desa (KPD), KO-NELAYAN atau Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) boleh memainkan peranan yang sama dengan sektor swasta dengan membuat pelaburan secara usaha sama ataupun pelaburan secara terus tanpa halangan birokrasi yang ketat. Dalam tempoh RMKe10 ini, Korporasi Pembangunan Desa (KPD) akan melaksanakan sebanyak 23 projek, 17 daripadanya adalah projek sambungan manakala 6 adalah projek baru. Bagi membiayai kesemua projek ini KPD telah diperuntukkan dana berjumlah RM 14 juta di mana sejumlah RM7 juta akan diagihkan dalam tahun 2011 dan tahun 2012. Di antara projek baru yang dikenalpasti ialah Projek Ternakan Lebah Madu, Sipitang; Projek Lebah Madu, Talupid; Projek Ternakan Lebah Madu, Pantai Barat; Projek Lebah Madu, Pedalaman; Projek Penternakan Burung Walit dan Projek Tanaman Cendawan, Pantai Barat.Bagi LIGS, dalam tempoh RMKe10, ianya akan meneruskan 2 projek sambungan, iaitu Tanam Semula Getah Tua dengan Klon Latek Balak, dan Tanam Baru Getah dengan Klon Latek Balak, berjumlah RM16 juta, di mana sejumlah RM8 juta akan diagihkan dalam tahun 2011. LIGS juga terlibat dengan Projek Mini Estet Sejehtera (MESEJ) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Skim Penempatan Getah LIGS pada tahun 2010 telah berjaya melonjakkan pendapatan para peneroka kepada RM 1,600 sehingga RM 2,600 sebulan, kepada 916 keluarga peneroka. Setakat ini, LIGS telahpun memberikan bantuan kepada seramai 23,014 pekebun kecil getah dengan keluasan 80,115 hektar tanaman getah. Kita mengiktiraf pencapaian obligasi sosial LIGS ini walaupun pada akhir-akhir ini menghadapi kekangan peruntukan. Bagi KO-NELAYAN, 7 projek sambungan akan diteruskan dalam RMKe-10 dengan peruntukan berjumlah RM5.6 juta, di mana sejumlah RM2.8 juta akan diagihkan dalam tahun 2011.

Dalam tempoh RMKe-9, KPD telahpun membelanjakan kesemua peruntukan yang diperuntukkan berjumlah RM 33 juta. LIGS juga telahpun membelanjakan kesemua peruntukan dalam RMKe9, yang berjumlah RM 50 juta. Bagi Ko-Nelayan, agensi ini telahpun membelanjakan 93% daripada jumlah siling peruntukan berjumlah RM 25 juta. Bagi memperkasakan agensi, saya rasa amat perlu karenah birokrasi yang menyekat produktiviti dikurangkan demi kepentingan awam, selaras dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sehubungan dengan ini juga, Tadbir Urus Korporat yang baik perlulah diamalkan untuk memastikan urusan organisasi dapat dilaksanakan mengikut garis panduan bagi mencapai matlamat. Bidang kuasa ahli-ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan perlulah jelas dan dapat dibezakan bagi melicinkan urusan pentadbiran organisasi.

Harapan dan Aspirasi Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan ingin melihat peningkatan sektor pertanian selaras dengan enam (6) Bidang Keberhasilan Utama (KRA) yang telahpun ditetapkan iaitu Meningkatkan Daya Saing Sektor Pertanian; Menambahkan Sumbangan daripada Sumber Pertumbuhan Baru Sektor Pertanian dengan Nilai Ditambah yang Tinggi; Penggunaan Teknologi Moden Secara Meluas dan Galakan Inovasi dalam Pertanian; Menggalakkan Penyertaan Sektor Swasta yang lebih Giat dalam Sektor Pertanian; Membangunkan Lebih Ramai Usahawan Tani; dan Meningkatkan Pendapatan Golongan Sasar dari Kumpulan Miskin Tegar dan Berpendapatan Rendah. Bidang-Bidang Keberhasilan Utama ini akan menjadi indikator terhadap keberkesanan Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawahnya dalam melaksanakan tugasnya. Justeru, apa juga program atau projek pembangunan yang akan dilaksanakan hendaklah menjurus kearah pencapaian KRA-KRA tersebut. Saya juga amat berharap agar kesemua jabatan dan agensi di bawah kementerian ini dan juga agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Persekutuan yang ada di negeri ini mengambil berat terhadap pelaksanaan program-program yang dapat memenuhi tuntutan National Key Economic Area (NKEA) terutamanya 16 Entry Point Project (EPP) bagi Sektor Pertanian yang diberikan keutamaan oleh Kerajaan. Di antara EPP yang perlu diberikan tumpuan ialah Pengeluaran Herba Bermutu Tinggi; Pengeluaran Sarang Burung Layang-Layang; Konsep Estate Mini bagi Meningkatkan Pengeluaran di kalangan Pekebun Kecil Industri Rumpai Laut; Ternakan Ikan dalam Sangkar secara Integrasi; Integrasi Ternakan dengan Ladang Kelapa Sawit; Pengeluaran Beras Wangi di Kawasan yang tidak mempunyai Pengairan; Pengembangan Penternakan secara Fidlot; Penternakan Lembu Tenusu secara Klustur dan lain-lain lagi. Di samping itu, pelaksanaan program Satu Azam Tani yang sebahagiannya telah dipertanggungkan kepada Jabatan dan agensi di bawah Kementerian ini hendaklah sentiasa dipantau bagi mempastikan kumpulan sasar akan menikmati impak positif yang maksimum. Dalam usaha Jabatan dan Agensi menyampaikan projek dan program kepada kumpulan sasaran, saya sangat-sangatlah berharap supaya tidak akan berlaku pertindihan dengan adanya senarai E-KASIH. Perkara ini sangatlah perlu diberikan perhatian agar lebih ramai kumpulan sasar yang dapat menikmati bantuan seperti bantuan subsidi, bantuan input pertanian, bantuan pembajakan sawah, bantuan-bantuan di bawah skim PPRT dan lain-lain kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Pada masa lampau terdapat pemberian bantuan yang sering bertindihan kerana kurangnya kerjasama dan penyelarasan, menyebabkan bantuan tersebut disalahguna atau dijual oleh penerima bantuan bagi mendapatkan keuntungan segera. Saya amat berpuas hati dengan semangat kerjasama yang wujud di kalangan agensi-agensi Negeri dan Persekutuan. Ini terbukti dengan kerjasama yang ditunjukkan semasa menyertai program-program seperti, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan; MAHA; Program Juara Rakyat; Program Dialog dengan Kumpulan Sasar; Pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan lain-lain. Semangat kerjasama ini telah menonjolkan satu semangat berpasukan yang sangat kuat. Terima Kasih! Justeru, saya berharap agar semangat kerjasama dan semangat kekitaan di kalangan semua jabatan dan agensi di bawah kementerian ini ataupun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bukan sahaja dapat dipupuk dan dikekalkan sepertimana yang kita amalkan selama ini, bahkan dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih mantap dan saya juga berharap agar ikatan kekeluargaan yang begitu kukuh akan terus terjalin.

Penutup
Sebelum menutup ucapan ini, saya menyeru sekali lagi agar kita semua fokus terhadap aspirasi kita menjadikan Pertanian adalah Perniagaan dengan memberi penekanan khusus Menambah kawasan pengeluaran agro makanan dan memajukan sumber pertumbuhan baru, Meningkatkan produk Industri Asas Tani, Mempelbagaikan sumber pendapatan golongan sasar, Meningkatkan keupayaan pemasaran, dan Pematuhan piawaian dan kualiti antarabangsa. Pada masa yang sama juga kita perlu Meningkatkat Intergriti kita semua agar setiap program/projek yang dilaksanakan berkualti dan tidak berlaku salah guna kuasa. Modal Insan sedia ada di jabatan dan agensi perlu diberikan latihan dan bimbingan berterusan bagi mempertingkatkan kualiti peribadi masing-masing agar usaha membentuk anggota perkhidmatan kelas pertama dapat direalisasikan. Namun demikian kita juga perlu Mengawal Perbelanjaan secara berhemah dan telus bagi mengurangkan pembaziran dan seterusnya setiap Jabatan/Agensi perlu mengamalkan Budaya Kerja Cemerlang melalui aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti seperti Pensijilan ISO, Anugerah Kualiti, Bengkel/latihan dan Anugerah kreativiti agar dapat memberikan sistem penyampaian yang cekap dan efisien. Akhir sekali saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua dan “Gong Xi Fatt Chai” kepada warga kementerian ini dari keturunan Tion Hua. Semoga tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang akan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada kita semua dan kementerian ini. Sekian dan terima kasi
sila layari:

No comments:
Post a Comment