pengecaman...
kuarantin lepas masuk
.
Info Kuarantin, seperti yang dipetik dari website Jabatan Pertanian Sabah di bawah:
.
.
.
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN DENGAN PERTANIAN .
1. Matlamat
· Untuk mengurangkan risiko kemasukan serangga-serangga dan penyakit-penyakit berbahaya termasuk rumpai-rumpai berbahaya ke Negeri Sabah dari luar negeri.
· Untuk mengawal pergerakan tumbuh-tumbuhan demi mencegah kemerebakan dan membasmikannya, di mana boleh, serangga dan penyakit atau rumpai-rumpai berbahaya bilamana terdapat serangan dalam sesuatu kawasan.
· Untuk menguatkuasakan Sistem Penanda bagi memantau penggunaan racun perosak oleh para petani ke atas sayur-sayuran segar dan buah-buahan agar tidak mengandungi racun sisabaki perosak yang berlebihan pada hasil-hasil pertanian untuk dimakan.
.
2. Perkhidmatan Yang Disediakan
Jabatan Pertanian Sabah melalui Seksyen Penguatkuasaan dan Perlindungan Tanaman menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti pengeluaran Permit Import, Perakuan Phytosanitary, Sijil Perihal Konsaimen dan Lesen Eksport.
.
.
3. Cara Mendapatkan Perkhidmatan
.
3.1 Permit Import
Para pembawa/pengimport yang ingin membawa masuk tumbuhan ke Sabah dari Seberang Laut, Semenanjung Malaysia, Labuan dan Sarawak;
· Permit mengimport tumbuh-tumbuhan hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Pengarah Pertanian.
· Pengimport hendaklah mengisi borang permohonan untuk pengimportan tumbuhan yang boleh didapati dari Ibu Pejabat dan Pejabat Pertanian Daerah.
· Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pertanian untuk kelulusan.
· Pengimport hendaklah menghantar satu salinan permit kepada pengeksport di negeri pengeksport dan mestilah memenuhi semua keperluan yang dicatitkan dalam permit.
· Setiap konsaimen yang diimport hendaklah disertakan dengan Permit Import yang sah, dan Perakuan Phytosanitari yang dikeluarkan tidak lebih dari 14 harisebelum menghantar konsaimen itu.
· Bahan tumbuhan yang diimport mestilah bebas dari tanah dan perosak yang berbahaya.
· Pengimportan bahan-bahan dari Afrika Barat dan Amerika Tropikal memerlukan permit tertakluk kepada syarat-syarat khas.
· Semua bahan tumbuhan yang diimport adalah tertakluk kepada pemeriksaan pada masa ketibaan.
· Sesiapa yang melanggar sebarang peruntukan peraturan-peraturan ini jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
· Bayaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan untuk setiap permit yang dikeluarkan bagi setiap konsaimen. Permit adalah sah bagi tempoh tiga bulan dari tarikh dikeluarkan
.
4. Prosedur Permohonan Untuk Mengeksport
· Pengeksport hendaklah memperolehi salinan permit dari negara pengimport dan memahami syarat-syarat fitosanitasi yang sedang dikuatkuasakan di negara tersebut.
· Pengeksport hendaklah memastikan tumbuh-tumbuhan yang dieksport memenuhi keperluan-keperluan fitosanitasi negara pengimport, dan jika perlu, membawa tumbuh-tumbuhan tersebut ke Jabatan Pertanian (Seksyen Kuarantin Tumbuhan) untuk tindakan selanjutnya.
· Sila dapatkan nasihat daripada Jabatan Pertanian (Seksyen Kuarantin Tumbuhan) samada Permit CITES (Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora) atau Lesen Eksport diperlukan.
.
5. Prosedur Permohonan Untuk Sijil Fitosanitasi
Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan untuk perakuan Phytosanitary dan dikemukakan kepada Jabatan Pertanian (Seksyen Kuarantin Tumbuhan) Ibu Pejabat untuk pertimbangan berserta Permit Import dari negara yang mengimport jika ada.
.
6. Pengeluaran Perihal Konsaimen
· Para pengeksport sayur-sayuran ke Negeri Sarawak dan Negara Brunei Darussalam termasuk Labuan boleh mendapatkan Perihal Konsaimen dari Jabatan Pertanian Ibu Pejabat, Sipitang dan Kuala Penyu.
· Jenis sayur-sayuran yang dieksport adalah tertakluk kepada kelulusan dari FAMA Sabah dan Jabatan Pertanian Sabah.
· Pembungkusan sayur-sayuran yang hendak dieksport hendaklah mengikut spesifikasi FAMA.
· Setiap kotak/bungkusan sayur-sayuran hendaklah dilekatkan dengan label/tagging yang betul dan lengkap, dengan maklumat-maklumat pengeksport dan pembekal serta beratnya.
· Bayaran sebanyak RM5.00 akan dikenakan untuk setiap Sijil Perihal Konsaimen. Sijil tersebut adalah sah pada hari yang dikeluarkan.
.
7. Penjualan Tagging / Label Sayur
· Penanda untuk mengeksport sayur-sayuran ke Negara Brunei Darussalam dan Negeri Sarawak boleh didapati dari Ibu Pejabat Pertanian Kota Kinabalu (Seksyen Kuarantin) dengan kadar RM10.00 bagi setiap satu buku (satu buku mengandungi 100 keping label) bagi petani berdaftar yang layak.
· Pengeksport hendaklah mempastikan semua sayur-sayuran yang dieksport dilekatkan dengan penanda (yang telah dilengkapkan) akan dilekatkan oleh pengusaha sayur ke atas kotak / bungkusan sayur-sayuran sebelum dieksport.
Sistem Tagging diujudkan sebagai satu usaha Jabatan Pertanian untuk mengesan para penanam / pengusaha sayur-sayuran yang mengeluarkan sayur-sayuran yang melebihi tahap MRL, supaya dapat dipantau dari segi penggunaan racun perosak.
.
.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Pertanian,
Seksyen Kuarantin, Aras 1, Ibu Pejabat Pertanian Wisma Pertanian Sabah
Tel : 088-283268
Faks: 088-239046
.
Top
http://www.sabah.gov.my/tani/s2_perkhidmatan/penguatkuasaan.html