Thursday, November 18, 2010

Facebook laman web paling popular


Facebook laman web paling popular di Malaysia2010/11/18KUALA LUMPUR: Laman web sosial, Facebook, adalah laman web paling popular di Malaysia pada Oktober dengan lebih lapan juta rakyat Malaysia menggunakannya sebulan, menurut Persatuan Digital Malaysia (MDA). MDA, dalam mengukur laporan kedudukan laman web Malaysia untuk bulan lalu, menyatakan blog tempatan dan forum seperti Lowyat, Cari dan Fooyoh adalah antara yang paling tinggi dilawati.


"Purata mereka yang melawat laman komuniti ialah dua kali sehari. Anggota komuniti adalah yang paling popular adalah antara 15 hingga 30 tahun," katanya. MDA berkata, laman web berita adalah kategori pertama yang menarik lebih separuh pengunjung sehari dengan rakyat Malaysia melawat laman web berita tempatan untuk purata empat kali sehari. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment