Tuesday, November 30, 2010

Peningkatan gaji boleh bantu capai Wawasan 2020



Peningkatan gaji boleh bantu capai Wawasan 2020, kata Mahathir
.
30th November, 2010
.
.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata peningkatan gaji boleh membantu menjadikan Malaysia sebuah negara maju sejajar dengan Wawasan 2020.
Bekas perdana menteri yang memperkenalkan wawasan itu berkata kenaikan gaji akan menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan per kapita yang lebih pesat untuk membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju.
.
.
Beliau berkata demikian dalam syarahan bertajuk “Menghayati Semula Wawasan 2020” di sini anjuran Institut Pemasaran Malaysia.
Dr Mahathir berkata kerajaan perlu melakukan pengawasan bagi mencegah perbuatan mengaut keuntungan secara melampau dan memastikan sebarang kenaikan harga mestilah tidak sama jumlahnya dengan kadar kenaikan gaji.
Kata beliau walaupun kerajaan akan terus mengurangkan peranannya dalam ekonomi dan perniagaan, tetapi corak ekonomi yang diamalkan mestilah memiliki ciri-ciri rendah inflasi dan kehidupan berkos rendah.
“Apabila kita kata kehidupan berkos rendah, rakyat perlu menerima bahawa ia juga bererti pendapatan yang rendah jumlahnya. Kalau anda mahu mempunyai pendapatan tinggi, anda kena terima hakikat bahawa kos sara hidup juga akan meningkat.
Sesebuah syarikat tidak boleh membayar gaji lebih tinggi kepada pekerjanya tanpa menjual produknya pada harga lebih tinggi dan ini akan menyumbang kepada peningkatan inflasi dan kenaikan kos sara hidup,” kata beliau.
.
.
Dr Mahathir berkata: “Kenaikan gaji sebanyak 10 peratus tidak akan dapat membeli 10 peratus lebih tinggi daripada apa yang kita beli sebelum itu akibat kenaikan kos sara hidup. Tapi, sekiranya kenaikan gaji sebanyak 10 peratus itu boleh digunakan untuk membeli lima peratus lebih banyak daripada apa yang kita beli sebelumnya, maka rasa saya, kita mencapai beberapa kemajuan.”
Katanya perubahan perlu dilakukan terhadap strategi, termasuk menarik lebih banyak pelaburan domestik dan tidak terlalu bergantung pada pelaburan langsung asing.
.
.
Dr Mahathir berkata beliau yakin matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia negara maju, akan tercapai. “Kita ada 10 tahun lagi untuk sampai ke tahun 2020,” katanya.


dipetik dari:

Thursday, November 25, 2010

Suasana Ceria Warga Pertanian Sepanjang 2010

BOSKU... perjuangan & sokongan
.
.
Pembaca budiman & semuaa ahli Kelab Pertanian,
demi menceriakan kita semua, dihidangkan potret2 yang
penuh bermakna. KELUARGA CERIA & OPIS BAHAGIA.
Kami Warga Ridaksi Majalah Khabarpertanian.blogspot mengucapkan jutaan terimakasih diatas sumbangan gambar2 yang menarik. Kami juga memohon ampun sekiranya ada persembahan yg kurang memuaskan.
.
.
luv all,
Warga Blog.
(AJK terdiri dari semua Warga Pertanian & Ahli Kelab yang mp facebook - automatik).
wasalam.
.
.
*kebanyakan gambar adalah download dari facebook kakitangan DOA / ahli Kelab Pertanian Sabah).
.
.
ARIGATO
TOM ISHIKAWAJAPAN.
Bahagia

loving couple


Lakemeng & Keluarga



siap sedia berkhidmat




Bosku masuk TV.... Jasli Dingle, AO Tuaran, merangkap
Timbalan pengerusi Kelab Pertanian Tuaran








































































































aikkk....















Pemimpin
















semoga bahagia ke anak cucu
Zain @ Flavia














































































sumandak pigitan






















































































































soil survey gang


























hebat Bosku2....



























ceria




























Adriana d Jakarta




























































download fb linda cosmas






































































































































































































blooger



































muda2





































akhbar jepun tentang Satoyama Initiative


Satoyama Initiative http://videoportal.unu.edu/collection/satoyama-initiative


http://videoportal.unu.edu/collection/satoyama-initiative




http://satoyama-initiative.org/en/ Satoyama landscape, a traditional Japanese socio-ecological production system, is an example of multi-functional land use practiced in many parts of the world. Satoyama-like landscapes have sustained millions of people for thousands of years. Yet, with the various forces of modernization and urbanization, such systems are being undermined or abandoned, and many ecosystems degraded and the corresponding communities weakened. In recognition of the potential of satoyama-like land use systems to enhance human well-being and biodiversity, the Satoyama Initiative aims to promote the rebuilding of sustainable ties between humans and the natural environment through optimized use and management of land and natural resources.

Sunday, November 21, 2010

HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN... datanglah beramai-ramai


Keluarga Bahagia.... edisi sulung AJK KELAB PERTANIAN TUARAN 2010/12

Yg. Berbahagia Sdr. Shahrin Usidi,
Pengerusi Kelaba pertanian (KSR) Tuaran.
.
.
Dari meja editor,
.
Salam Budiman. Koniciwa.,
Selamat berjumpa kembali di arena KSR 2010/12!
Biro publisti pada sesi ini pasti teruja untuk memulakan tugasanya. sangat teruja!.
Banyak perancangan untuk melonjakkan KSR.
Kita gunakan ICT semaksima mungkin. Kita sudah ada blog, kita juga merancang mempunyai buku muka (facebook KSR TUARAN), INSYALLAH.. Pastinya jabatan sudah establish websitenya. kita akan memperkenalkan website tersebut setinggi mungkin...dengan mengwar-warkan maklumat yang terdapat didalamnya.
Tentang blog ini, kita akan melonjakkan lagi dari segi pengisian, ketrampilan, sudut pandang, vision, daya kritik dan capaiannya.
Tidak dinafikan, dlm mengurus blog ini, masa agak terhad. Hanya waktu malam di rumah baru dapat dioperasikan. Terlebih awal saya nyatakan, sudah pasti terdapat parameter yang akan terlepas pandang... cthnya ejaan, paragraph. susun atur, nahu dll ...agak lintang tetapi tidak pukang sanagt!!. Waktu sangan cemburuh.
Banyak perkara seperti hasil penyelidikan (bukan yg sulit) yang boleh diketengahkan, cabaran oleh AO Sandakan, contohnya , harus dilihat dari segi positifnya. Blog adalah sesuai kerana pengurusannya yang mudah dan tidak terlalu rencam pengendaliannya.
Saya juga mengaharap semua pembaca budiman dapat menghantar apa jua artikel dan hantar terus ke jutom.ongkosing@sabah.gov.my atau melalui facebook dan add ke jutom ongkosing facebook. Selagi artikel tersebut megikut lunas-lunas norma, ia pasti dpt diterbitkan.
Sebagai permulaan, pelbagai gambar di bawah dihidangkan sebagai MUKADIMAH dan juga artikel mengenai kekeluargaan.
.
.
J. Ng.
ARIGATO GONZAIMAS...
Kanazawa City Japan.
.
.
.
sajak untuk KSR
.
.
KSR...
kerana ramah dan santun
kita masih lestari
harmoni dan kebahagiaan
adalah desteni kita
kita bersukan
kita kenduri kendara
kita bermesyuarat
kita berjoging
kita meraihkan
kita dlm ruang lingkup kemeesraan
kerana...
kita tahu
1 hari kita 8 - 9 jam di opis
setahun lebih 300 hari di pejabat
kita bersuah/ carimakan di opis...
sanggupkah kita...
sekirannya pejabat seperti penjara
rimas, buntuh, gasar....
pastinya tidak mau
lantas
KSR mempunyai fungsi yang besar
...menceriakan Warga Pertanian
....luv u all. bye.
.
.

Pasukan Peneraju KSR induk

Pembakar semangat


kita akan kompailkan artikel yang berkaitan dengan pertanian



sukan ... tunjang aktiviti




hidup Dok!!














Katalis








warga pimpinan ARC









Enigma....
proud of u










sentiasa memberi semangat











penuh karisma












perjuangan belum selesai




























teruskan perjuangan















kemesraan...






































keluarga tunjang kebahagiaan
(bos jgn marah..gambar dpt d fb u)


















sentiasa melonjakkan penyelidikan pertanian









































gua caya luuuu...






















wibawa....
new broom sweep clean...

















































warga bahagia
























diharap
pencetus idea dan nafas baru
young researcher!!!
(jgn kasih tau bapa kau...
kena rompak fotomu...jutaan bilion ampun)
















































































TELADAN LEBIH BAIK DARIPADA PERATURAN


Boleh dikatakan setiap tahun kita merayakan HARI KELUARGA. Namun kita kurang menghayati apakah peranan harus dipikul oleh seseorang ketua (Ibubapa) dalam sesuatu institusi kekeluargaan. Salah satu komponen keluarga yang penting ialah ANAK. Untuk mencorak gaya hidup seseorang anak, kita sebagai orang tua seharusnya mempunyai strategi yang ampuh untuk menyuluhi perjalanan hidup mereka.

Berikut ialah beberapa petua (yang disiar oleh Berita Harian) yang boleh dicontohi oleh ibubapa. ALVIN N. EDEN dalam bukunya, POSITIVE PARENTING: HOW TO RAISE A HAPPIER CHILD menyenaraikan 12 panduan seperti berikut:

1. Cabar dan rangsang MINDA anda supaya lebik dinamik.
2. Onak dan duri dibersihkan daripada laluan perjalanan hidup anak anda.
3. Pastikan anak anda meningkatkan rasa ingin tahu dan merdeka untuk berkembang maju.
4. Memastikan ibubapa adalah teladan terbaik untuk anak.
5. Nantikan masa yang terbaik untuk MENEGUR dan mencadangkan sesuatu yang paling sesuai.
6. Akui dan bina harga diri anak.
7. DENDA dan HUKUMAN hendaklah dielakkan sewaktu anda berada dalam keadaan terlalu marah.
8. mempastikan alat, kegiatan, ruang dan peluang luas terbuka untuk anak anda membina dirinya sendiri sehingga berjaya sepenuhnya.
9. Elakkan anak anda daripada mendiamkan diri sebaliknya galakkan dia bersenam, menjaga kesihatan dan memakan makanan berzat.
10. Nampakkan kepada anak anda itu kasih sayang dan gelak ketawa.
11. Tanam rasa percaya dalam diri anak.
12. Selalu habiskan MASA BERMUTU bersam anak.

Seterusnya sedarlah cara terbaik mendidik anak menjadi insan bermutu ialah anda sebagai ‘ibubapa bekerja’ menjadi insan yang baik. Ingatlah TELADAN LEBIH BAIK DARIPADA PERATURAN. Menurut Dorothy Law Nolte, kanak-kanak belajar dari kehidupan. Ideanya dikembangkan disini supaya menjadi seperti berikut :-

1. Sekiranya seseorang anak hidup dengan kritikan, dia belajar MENGHINA orang.
2. Sekiranya seseorang anak hidup dengan pujian, dia belajar bagaimana menghargai sesuatu dan seseorang.
3. Sekiaranya seseorang anak hidup dengan permusuhan, dia belajar bergaduh dengan orang lain.
4. Sekiranya seseorang anak hidup dengan persahabatan, dia belajar betapa pentingnya MUSYAWARAH sesama sendiri.
5. Sekiranya seseorang anak hidup dengan persendaan, dia belajar menjadi NAKAL.
6. Sekiranya seseorang anak hidup dengan ketawa, dia belajar erti kegembiraan.
7. Sekiranya seseorang anak hidup dengan rasa malu, dia belajar rasa bersalah.
8. Sekiranya seseorang anak hidup dengan rasa hormat, dia belajar erti kemuliaan.
9. Sekiranya seseorang anak hidup dengan tolak ansur, dia belajar bersabar.
10. Sekiranya seseorang anak hidup dengan arahan, dia belajar menjadi gerun.
11. Sekiranya seseorang anak hidup dengan galakan, dia belajar menjadi yakin.
12. Sekiranya seseorang anak hidup dengan halangan, dia belajar menjadi bosan.
13. Sekiranya seseorang anak hidup dengan keseksamaan, dia belajar keadilan.
14. Sekiranya seseorang anak hidup dengan pilih kasih, dia belajar penindasan.
15. Sekiranya seseorang anak hidup dengan keselamatan, dia belajar mempunyai daya rasa.
16. Sekiranya seseorang anak hidup dengan ancaman, dia belajar risau.
17. Sekiranya seseorang anak hidup dengan kedamaian, dia belajar ketenangan.
18. Sekiranya seseorang anak hidup dengan keserabutan, dia belajar panik.
19. Sekiranya seseorang anak hidup dengan bentakan, dia balajar cara dendam.
20. Sekiranya seseorang anak hidup dengan restu, dia belajar menyukai diri sendiri.
21. Sekiranya seseorang anak hidup dengan penerimaan, dia belajar menjalin hubungan sesama insan.
22. Sekiranya seseorang anak hidup dengan penolakan, dia belajar membuat kemusnahan.
23. Sekiranya seseorang anak hidup dengan kebencian, dia belajar menjadi meluat dengan hidup ini.
24. Sekiranya seseorang anak hidup dengan kasih sayang, dia belajar menyintai hidup ini.
























































ditaip kembali oleh: Rafizan Adin (Koleksi Warta Kelab 1990-2000)




























Tambah Suai oleh: Biro Publisiti 20100/12