Thursday, October 7, 2010

Mc Gewor


Mc Gewor dengan pengalaman di Dunia Manusia

Salam satu Bumi… satu Dunia kepada semua piminat-peminat Mc Gewor…. Setelah dihitung jumlah rambutku dah satu dekad… sepuluh tahun kita tidak bertemu dalam ruang warta kelab, maklumlah saya terpaksa merantau keseluruh dunia bagi menambahkan pengalaman dan mengisi ruangan yang masih kosong di dalam otak saya. Bukan mudah kita nak penuhkan ruangan kosang itu… bukan sekadar maklumat yang kita dapat disini tetapi ia perlu diperluaskan ke serantau dunia.. jangan biarkan kita digelar “Katak Dibawah Mangkuk Sulug” sebab itu berbekalkan harga jualan tin alluminium RM85.00 saya menyediakan Rakit @ Bangkar berukuran 5’ x 12’ dan berbekalan nasi linopot (nasi bungkus) saya memulakan perjalanan dari Teluk Mengkabung menuju ke destinasi yang sememangnya saya tidak tahu. Perjalanan yang baik pada sesuatu ketika telah meyakinkan saya untuk berjuang demi keadilan dan perhitungan yang dilaburkan demi kejayaan hidup amat menyoronokkan… di pertengahan perjalanan saya melihat beberapa ekor ikan lumba-lumba mengiringi saya, mereka sedar saya mempunyai matlamat untuk merantau…yang mana ingin mengetahui rupa paras manusia-manusia yang tidur, duduk dan berdiri dalam muka bumi ini… ragam-ragam manusia yang masih tidak tahu yang mereka itu sebenarnya adalah manusia. Manusia yang telah dicipta.. ada yang cantik, lawa, hodoh, OKU, kurus , gemuk, palui-palui dan sebagairupa adalah bertujuan untuk menghias keindahan wajah dunia.

Tengah saya dan sang lumba-lumba sedang mengalamun… tiba-tiba biji mata saya terkejut hingga terkeluar 6inci dihadapan, apatak..nya tengah mengoudit sifat manusia, sebujur mayat bayi terapong-apong ditengah laut, mata dan hatiku berpeluk sedih melihat akan kekejaman manusia yang terlalu ghairah melakukan keseronokkan dan hasil sistem percantuman benih keseronokkan dihumban dan dibunuh ke laut… layakkah orang ini menumpang gelaran yang dinamakan manusia?… untuk mendapat gelaran binatang pun orang ini tidak selayaknya kerana binatang pun tahu berseronok tetapi anak tetap anaknya… saya tidak dapat melakukan apa-apa untuk menyelamatkan anak malang ini.. kuserahkan sang lumba-lumba membawanya kesuatu tempat yang aman dan tenang… inilah kita..dan orang kita tidak pernah insaf akan segala perbuatan yang hina ini.. tidak takutkah kita akan stor simpan roh-roh di Neraka.. walaupun tidak ada ahli sains yang balik dari sana untuk maklumkan kita akan situasi ngeri disana tetapi hukum agama kita masing-masing ada menyatakan,…. jadi kenapa masih kita tidak percaya.???

Pelayaran saya menjadi amat menakutkan, cuaca tengahari itu berubah menjadi kucar-kacir… air laut bergelora seolah-olah mengijik pelayaran saya, angin dan taufan berpakat menghemtam rakitku.. tak cukup dengan itu kedua-dua saudara ini menhantar sms kepada sepupunya siputing beliung… saya berpaut sekuat hati pada rakitku yang sedang berputar-putar dilangit dan akhirnya saya terdampar jatuh ke sebuah tempat yang saya tidak tahu.. manusia-manusia disana semuanya hitam dan saya tidak pasti adakah tempat ini neraka kerana manusia ini seperti hangus terbakar. Saya cuba mendekati salah seorang dari mereka…kesentuh dan ku pegang tanganya.. ternyata mereka juga manusia yang lahir hidup di tanah ketandusan dan kesombongan sang hujan.. kenapa mereka dibiarkan sedemikian..anak-anak manusia ini kelihatan kenyang tapi sebenarnya perut kembung tak tahu apa didalamnya…ratusan sang lalat menumpang kasih dan duduk di wajah-wajah mereka… dimanakah keadilan untuk mereka?.. fikiran saya melayang kekampung halaman seketika..anak-anak dikampung tidak menderita seperti mereka disini.. cukup makan, belanja sekolah..tempat tinggal yang selesa….semuanya cukup selesa bagi mereka…. Namun ada yang sangat meyedihkan anak-anak sekarang, kerana terlalu hidup mewah, ada yang dah buat hal.. jadi ketua samseng, tunjuk perangai macam,. tak tahu nak cakap apa… wajah yang elok dicucuk dan dipasang gelang, lawan oang tua.. dan yang paling saya tak nak lihat ialah pembaziran makanan… anak-anak disini tak ada satu pun yang mereka bazirkan,..kayu-kayu kering sebahagian daripada makan mereka.. hatiku mengarahkan saya beredar dari situ..dan dengan hanya melambaikan tangan kepada mereka, saya melangkah menuju kesuatu destinasi yang sememangnya dah sesat arah tuju.

Siang berganti malam…malam berganti siang akhirnya saya telah sampai kesuatu tempat,… tempat dimana manusia disini tidak tahu akan kedudukanya.. penuh dengan persaingan dan masing-masing inginkan kuasa.. yang dah naik diturunkan.. yang kaya dipapahkedanakan.. tak cukup dengan itu manusia disini sanggup berbunuhan..orang tua, wanita dan kanak-kanak kebanyaknya jadi sasaran kerakusan kuasa yang sememangpun gilakan kuasa. Apakah manusia disini tidak sedarkan diri bahawa segala kuasa, wang kekayaan.. kemewahan hanyalah pelengkap hidup bagi duniawi?…tak cukup dengan itu manusia disini berebut-rebut nak memperbaiki kecanggihan senjata untuk ditonton dan diuji kepada manusia-manusia yang lemah.. apakah faedahnya?..saya tak layak untuk merungkai segalanya..apatak lagi untuk menasihatkan manusia-manusia ini.. kerana mereka lebih tahu, tapi berpura-pura tahu dan tak ingin tahu apa itu kehidupan yang harmoni…saya terkenangkan dikampung manusia-manusianya boleh hidup rukun-harmoni walaupun berbilang bangsa dan agama…disini tidak,… manusia dicipta berfikiran canggih namun perisian otaknya masih kuno dan tidak bernilai…bilakah keganasan dan penindasan ini akan tamat?….

Hatiku mula merasakan....akan berlakunya satu malapetaka.. bunyi seakan peluru sedang menuju ke bumi ini… berdentum kuat bergema…manusia-manusia bertempiaran lari..rupanya bom dilepaskan, ada mayat manusia terbujur kaku, jeritan tangisan seiringan dengan jeritan meminta tolong, kanak-kanak menjadi yatim…siibu kehilangan anaknya.. saya menjadi takut yang teramat sangat….saya berlari sekuat hati, tiga malam..tiga hari tak henti-henti saya berlari..tanpa saya sedar saya telah berada disuatu tempat yang punya bentuk mukabumi yang cantik dihiasi dangan bunga-bunga sakura dan manusia-manusia disini cukup baik hati..punya nilai sifat kemanusian.. saya masih tak tahu tempatnya sihinggalah saya bertemu dengan manusia ganjil dan saya mengenalinya… Dorimon ya itu namanya…dan saya pasti saya berada dimana…

Saya amat rindukan kampung… saya mohon bantuan Dorimon dengan kuasa poket ajaibnya menghantar saya kembali ke duniaku…dengan pintu serbaguna saya masuk dan keluar di Kota Marudu.. saya amat gembira, sehingga terlompat-lompat…saya melihat wajah-wajah manusia disini penuh dengan kepuasan dan kesyukuran… namun masih ada sifat manusia yang masih mengejar kekayaan ..banyak pokok kelapa ditumbangkan, sulap-sulap rumah dibongkar semata-mata nak dapatkan sang Tokek… yang dianggarkan bernilai puluhan ribu.. untuk apa semua itu..?? saya tak tahu.??

Apapun itulah sebahagian daripada pengalaman dan perjalanan saya… yang saya sendiri tidak dapat jelaskan kedudukan sebenar saya dalam babak-babak persinggahan di dunia manusia.. kerana apa yang jelas saya sebenarnya hanya direka sebagai KARTUN di dunia MANUSIA.

SEKIAN

No comments:

Post a Comment