LAPORAN PENYERTAAN KONTIGEN JABATAN PERTANIAN SABAH KE SEMINAR KECERGASAN JABATAN PERTANIAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-9 DI UTM, SEKUDAI, JOHOR DARUL TAKZIM PADA 15 – 20 JUN 2008.
1. PENDAHULUAN
Seminar Kecergasan Jabatan Pertanian Peringkat Kebangsaan sebenarnya telah mula diadakan sejak 1989 bertempat di Serdang, Selangor. Seterusnya seminar ini telah dianjurkan secara bergilir-gilir iaitu Perlis (1990), Terengganu (1991), Johor (1993), Perak (1996), Pahang (2002), Pulau Pinang (2004), Negeri Sembilan (2006) dan pada tahun ini Seminar Kecergasan Jabatan Pertanian Peringkat Kebangsaan kali ke-9 telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor Darul Takzim pada 15 hingga 20 Jun 2008. Kontigen Jabatan Pertanian Sabah telah mula menyertai seminar ini sejak Seminar Kecergasan Ke-2 pada tahun 1991 lagi.
Pada tahun ini, sekali lagi pihak pengurusan Jabatan Pertanian Sabah telah bersetuju menyertai seminar ini dan telah menambah jumlah peserta kepada 53 orang. Kontigen Jabatan Pertanian Sabah telah diketuai oleh Encik Idrus Shafie, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) selaku Ketua Kontigen dan dibantu oleh Encik Jabi Tananak (Timbalan Ketua Kontigen I) dan Encik Kaliwon Edi (Timbalan Ketua Kontigen II). Walau bagaimanapun atas sebab desakan tugas rasmi Encik Idrus Shafie tidak dapat menyertai rombongan bagi 2 hari yang pertama dan pihak pengurusan bersetuju melantik Encik John S. Gumpil sebagai Ketua Kontigen sementara.
Kontigen Sabah bertolak ke Johor Bahru pada 15hb Jun 2008 jam 10.15 pagi menggunakan pesawat Airasia dan selamat tiba di Lapangan Terbang Senai, Johor Baharu kira-kira jam 12.30 tengahari.
2. MISI KONTIGEN JABATAN PERTANIAN SABAH
Berdasarkan kepada pencapaian kontigen Sabah pada seminar kecergasan tahun 2006 yang lalu, maka pihak jabatan pada tahun ini menetapkan ‘Juara Keseluruhan’ sebagai misi pasukan. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan telah bersetuju untuk menambah jumlah peserta kepada 53 orang berbanding hanya 30 orang pada tahun 2006.
3. OBJEKTIF SEMINAR KECERGASAN PERINGKAT KEBANGSAAN KE-9
a) Mengeratkan tali silaturahim antara kakitangan Jabatan Pertanian di semua peringkat,
b) Memupuk semangat setia kawan di kalangan semua pihak untuk menyumbang ke arah prestasi cemerlang,
c) Memberi pendedahan kepada kakitangan mengenai amalan hidup sihat, cergas dan produktif,
d) Menguji, mengukur dan mengenalpasti tahap asas kesihatan sempurna,
e) Mengwujudkan kemesraan serta integrasi di kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian ke arah persediaan fizikal dan mental dalam melaksanakan Transformasi Pertanian, dan
f) Pemilihan atlit bagi mewakili Jabatan Pertanian dalam Sukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
4. TEMA SEMINAR
Tema seminar adalah “Sihat dan Cergas Asas Kejayaan Transformasi Pertanian”.
5. JADUAL RINGKAS AKTIVITI SEMINAR
Ringkasan semua aktiviti yang melibatkan pasukan
6. JADUAL KEPUTUSAN / PENCAPAIAN KONTIGEN SABAH
Ringkasan keputusan dan pencapaian pasukan
7.
JADUAL 1: RINGKASAN AKTIVITI SEMINAR
TARIKH | MASA | AKTIVITI | PEGAWAI TERLIBAT |
(Ahad) | | Bertolak ke JB | Semua peserta |
12.30 tgh | Selamat tiba di JB dan bertolak ke tempat pendaftaran dan kediaman di IKM, Johor Bahru. | Semua peserta | |
2.30 pm | Mengurus/menyelaras pendaftaran, bayaran yuran, penginapan dan kupon makan | En. Jabi Tananak, En. John S. Gumpil & En. Kaliwon Edi | |
2.30 - 8.00 pm | Acara bebas | Semua peserta | |
8.00 - 10.00 pm | Taklimat ketua kontigen dan pengurus pasukan | Ketua kontigen dan pengurus pasukan | |
16/6/2008 (Isnin) | 8.00 - 11.00 am | Raptai perasmian | En. John S. Gumpil, En. Iman Sebut & En. Sofian Syah |
8.30 - 1.00 pm | Menghadiri seminar (teori) | Pemain bolasepak (15 orang) | |
8.30 - 12.30 pm | Gerak kerja berpasukan / Sukan - Tenis (quarterfinal) | Pasukan Tenis | |
2.30 - 5.00 pm | Menghadiri majlis perasmian | Semua peserta | |
8.00 - 10.00 pm | Gerak kerja berpasukan / Sukan - Dart | Pengurus dan pemain terlibat | |
17/6/2008 (Selasa) | 8.30 am – 10.00 pm | Gerak kerja berpasukan / Sukan - Tenis (semifinal), Badminton (quarterfinal), Bola Tampar (quarterfinal), Bola Jaring (quarterfinal), Sepak Takraw (quarterfinal), Bola Sepak (quarterfinal) & Ping Pong (p/awal) | Semua pengurus pasukan dan pemain terlibat |
18/6/2008 (Rabu) | 8.30 am – 10.00 pm | Gerak kerja berpasukan / Sukan - Tenis (final), Badminton (semifinal), Bola Tampar (semifinal), Sepak Takraw (semifinal), Bola Sepak (semifinal) & Ping Pong (semifinal) | Semua pengurus dan pemain terlibat |
8.30 - 10.00 pm | Gerak kerja berpasukan / Sukan - Badminton (final) | Pengurus dan pemain terlibat | |
19/6/2008 (Khamis) | 8.30 am | Gerak kerja berpasukan / Sukan - Larian Hijau, Bola sepak (final) & Bola tampar (final) | Semua pengurus dan pemain terlibat |
8.00 pm | Menghadiri majlis perasmian penutup di Hotel The Zone Regency | Semua peserta | |
20/6/2008 (Jumaat) | 8.00 - 3.30 pm | Acara bebas | Semua peserta |
6.20 pm | Bertolak kembali ke Kota kinabalu | Semua peserta | |
8.30 pm | Rombongan selamat tiba di KKIA dan kembali ke tempat masing-masing | Semua peserta |
JADUAL 2: KEPUTUSAN / PENCAPAIAN KONTIGEN
JENIS SUKAN | PENCAPAIAN | BUTIRAN PERTANDINGAN | PUNGITAN MARKAH | |
PERINGKAT PERTANDINGAN | KEPUTUSAN PERTANDINGAN | |||
1. Bola Sepak | Johan | Suku Akhir | Sabah (3) vs Terengganu (2) | 5 |
Separuh Akhir | Sabah (3) vs Wilayah (1) | |||
Final | Sabah (2) vs Kelantan (1) | |||
2. Tenis | Johan | Suku Akhir | | 5 |
Separuh Akhir | | |||
Final | | |||
3. Badminton | Johan | Suku Akhir | | 5 |
Separuh Akhir | | |||
Final | | |||
4. Bola Tampar | Naib Johan | Suku Akhir | | 3 |
Separuh Akhir | | |||
Final | | |||
5. Sepak Takraw | Separuh Akhir | Pusingan Awal | | 1 |
Suku Akhir | | |||
Separuh Akhir | | |||
6. Ping-Pong | Separuh Akhir | Pusingan Awal | | 1 |
Pusingan Awal | | |||
Suku Akhir | | |||
Separuh Akhir | | |||
7. Bola Jaring | Sukuakhir | Suku Akhir | | 0 |
8. Dart | Pusingan Awal | Pusingan Awal | | 0 |
9. Bowling | Pusingan Awal | Pusingan Awal | Tidak menyertai atas sebab kekeliruan jadual | 0 |
10. Larian Hijau | | Lelaki Terbuka | En. Rosli Said (ke-6) | 0 |
Wanita Terbuka | Cik Dyg. Norbayah (ke-10) | 0 | ||
Veteran Lelaki | En. Ibrahim Masdik ( ke-7) & En. Mudran Kukoh (ke-12) | 0 | ||
Veteran Wanita | Palinda Iban (ke-6) | 0 | ||
JUMLAH PUNGUTAN MARKAH KESELURUHAN | 20 |
8. ULASAN RINGKAS BEBERAPA KEJADIAN / PERISTIWA TERPILIH
Terdapat beberapa insiden telah berlaku disepanjang tempoh 4 hari seminar iaitu:-
a) Keracunan Makanan
Beberapa orang peserta seminar telah mengalami keracunan makanan pada 16/6/2008 (Isnin) yang mengakibatkan sakit perut dan ceret-beret di kalangan peserta dari semua kontigen. Kejadian ini telah mengganggu prestasi pemain pada keseluruhannya. Pihak Jabatan Kesihatan Johor Baharu telah memeriksa premis/dewan makan dan telah bertindak menghentikan pembekalan makan oleh kontraktor/pembekal tersebut dan digantikan dengan pembekal baru.
b) Pemain Bolasepak Sabah Dipukul
Pada 19/6/2008 jam 9.00 pagi perlawanan akhir acara bolasepak antara pasukan Sabah melawan pasukan Kelantan telah diadakan. Permainan antara kedua-dua pasukan pada separuh masa pertama adalah seimbang dan terkawal. Walau bagaimanapun pada separuh masa kedua, pasukan Kelatan telah mula bermain kotor atau kasar menyebabkan perlawanan menjadi tegang. Pada minit ke-45 (separuh masa kedua), 2 orang pemain Kelantan telah dengan sengaja menendang kaki dan badan pemain Sabah menyebabkan pergaduhan. Akibatnya kedua-dua pemain tersebut dan seorang pemain sabah telah diberikan kad merah. Pada minit ke-53 (7 minit sebelum tamat perlawanan) ketika pasukan Sabah mendahului pasukan Kelantan 2 -1, seorang lagi pemain Sabah (En. Azlan Luloh) telah dikasari dan ditendang oleh 2 orang pemain Kelantan dan disusuli oleh beberapa lagi pemain dan penyokong pasukan Kelantan telah menumbuk pemain tersebut yang menyebabkan beliau rebah dan mendapat kecederaan di muka, badan dan kaki. Pergaduhan ini telah dapat disuraikan oleh pegawai pertandingan/penganjur, pihak pengadil dan beberapa orang pegawai/peserta kontigen Sabah. Seorang pengadil juga mendapat kecederaan akibat dipukul oleh pemain/penyokong Kelantan.
Sehubungan dengan insiden itu, pihak ketua pengadil dan penganjur telah mengambil keputusan untuk menghentikan perlawanan atas sebab perlawanan TIDAK SELAMAT lagi diteruskan (mengikut peraturan FAM) dan telah memberikan kemenangan kepada pasukan Sabah. Dengan itu Pasukan Sabah secara rasminya telah diisthiarkan sebagai pemenang dan menjadi johan.
9. ULASAN / KESIMPULAN
Pada amnya pasukan Sabah telah menunjukkan semangat juang dan disiplin yang tinggi disepanjang seminar ini dijalankan. Semua pemain dan pengurus telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik kepada ketua kontigen dan timbalan ketua kontigen. Walaupun pasukan Sabah gagal mencapai sasaran awal untuk menjadi juara keseluruhan, namun prestasi pasukan Sabah masih ditahap yang memuaskan. Sukan sepak takraw umpamanya walaupun pertama kali mengambil bahagian namun telah menunjukkan prestasi yang baik dan mampu bersaing dengan pasukan yang lebih handal seperti Johor dan Negeri Sembilan.
Pasukan bola sepak juga telah menunjukkan semangat juang dan disiplin yang tinggi semasa pertandingan. Ini dibuktikan dengan berjaya mempertahankan kejuaraan walaupun terpaksa menghadapi pihak lawan yang mempunyai ramai pemain berpengalaman seperti pasukan Wilayah Persekutuan dan Kelantan. Pasukan Sabah juga hanya memperolehi 2 kad kuning disepanjang kejohanan tersebut. Pasukan badminton juga amat membanggakan kerana dapat mempertahankan kejuaraan bagi kali ke-5 berturut-turut iaitu sejak Seminar Kecergasan kali keempat di Perak pada tahun 1996. Sekalung tahniah juga harus diberikan kepada pasukan tenis yang buat julung kali menjadi juara. Semua pemain telah menunjukkan prestasi dan semangat juang yang tinggi.
Bagi pasukan bola tampar pula, walaupun gagal untuk mempertahankan kejuaraan namun prestasi pemain masih ditahap yang baik. Untuk meningkatkan lagi keupayaan, kemungkinan perlu untuk mencari beberapa orang pemain baru yang masih muda. Begitu juga dengan sukan ping-pong dimana pasukan kita sebenarnya mampu masuk ke final dan mungkin menjadi juara sekiranya kita dapat menambah satu atau dua orang lagi pemain. Pasukan bola jaring juga boleh bersaing dengan pasukan lain sekiranya dapat mencungkil beberapa pemain baru yang masih muda. Usaha perlu dibuat untuk mencari bakat-bakat baru ini mulai dari sekarang bagi menghadapi kejohanan yang sama 2 tahun akan datang.
Pasukan Sabah masih mempunyai peluang cerah untuk menjadi juara keseluruhan pada seminar akan datang jika semua pemain yang sedia ada dapat mengekalkan prestasi disamping dapat mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi. Semua pemain disarankan berlatih sendiri untuk mengekalkan kecergasan masing-masing.
Disediakan oleh;
JABI BIN TANANAK
Pengerusi Jawatankuasa Sukan
Kelab Pertanian Sabah
Merangkap Timbalan Ketua Kontigen I.
No comments:
Post a Comment