Sunday, June 13, 2010

RMK10 .... WARGA KELAB APA SUMBANGAN KITA?

Sebelum kita menjawab soalan diatas, adalah lebih baik kita memahami fakta-fakta berikut:


Intipati RMK-10 2010/06/10
*Dana Pemudah Cara untuk membiayai projek-projek kewangan dengan kos modal minimum atau pelaburan RM100 juta.
*Kerajaan akan melaksanakan gelombang baharu penswastaan dan melupuskan aset-aset dan tidak kompetitif.
*Kerajaan akan melaksana pembidaan kompetitif untuk lebuh raya bertol dan loji tenaga. *Malaysia akan merangsang keluaran industri miyak sawit kepada KDNK kepada RM21.9 bilion, dengan RM69.3 bilion dalam pendapatan eksport.
*Memajukan Kelompok Industri Minyak Sawit ke tapak bersepadu bagi menggalakkan aktiviti hiliran seperti biofuel, oleokimia, biobaja, makanan khusus dan produk biomass, nutraseutikal dan farmaseutikal.




*Sebelas sektor sebagai Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) dikenal pasti. Ia termasuk minyak dan gas. minyak sawit dan produk berkaitan, perkhidmatan kewangan, peruncitan dan pemborongan, pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi, pendidikan, elektrik dan elektronik serta perkhidmatan perniagaan.
*Satu kawasan geografi -- Kuala Lumpur -- juga dikenal pasti sebagai NKEA; *Industri minyak dan gas akan menyumbang kira-kira 20 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang dan mencecah RM81.9 bilion atau 11.1 peratus kepada KDNK; *Pelaburan dalam industri petrokimia ditetapkan sebanyak RM11.3 bilion setahun dan eksport mencecah RM27.7 bilion pada 2015; *200 jenama Malaysia yang diperakui di peringkat antarabangsa akan dihasilkan menjelang 2015; *Penubuhan Institut Eksport Malaysia untuk menjana 4,000 eksport baharu; *Eksport kasar akan meningkat sekali ganda kepada RM2.19 trilion pada 2015 berbanding RM1.16 trilion pada 2009; *Malaysia akan menyasarkan peraturan perdagangan bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah, Usaha sama Strategik Transpasifik, Asean+3 dan beberapa pasaran membangun; *Penswastaan dan usaha sama awam-swasta akan ditingkatkan dengan 52 projek dianggarkan bernilai RM62.7 bilion; *Strategi baharu untuk mengukuhkan penswastaan dan usaha sama awam-swasta; *Sektor kewangan dan insurans akan berkembang 8.3 peratus dan menyumbang 12.7 peratus kepada KDNK.





*Pelan tindakan baharu sektor kewangan untuk melaksanakan strategi-strategi bagi menggerakkan sektor kewangan Malaysia; *Perdagangan pengedaran akan mencatat pertumbuhan 8.3 peratus setahun dan menyumbang 15.1 peratus kepada KDNK pada 2015; *Perusahaan Kecil dan sederhana (PKS) dikecualikan daripada peraturan perniagaan yang mahal; *Kerajaan akan mewujudkan 2,000 perniagaan PKS baharu oleh pelajar dan graduan; *Kerajaan akan meningkatkan Program Internship Universiti dengan penuntut universiti yang memiliki kemahiran khusus akan disediakan perniagaan untuk tempoh tertentua; *1-InnoCERT akan diperkenal untuk mengesahkan PKS pada asas pencapaian inovasi dan pengkomersilan; *Lima ratus PKS disasar memperoleh sijil I-InnoCERT menjelang 2015.




*SME Corp Malaysia akan menambah pejabat lapangan dengan pusat-pusat perniagaan di semua negeri; *Platform maklumat dagangan berpusat secara dalam talian disediakan untuk meningkatkan akses kepada peluang-peluang perniagaan di luar negara; *RM7 bilion Skim Jaminan Modal Kerja akan diperkenalkan semula; *Sekurang-kurangnya 16,000 PKS akan meningkatkan perniagaan dan memperbaiki penarafan bintang menerusi sistem Penarafan Kompetitif PKS untuk peningkatan (SCORE); *Kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk Dana Inovasi Mudharabah (MIF); *Kerajaan akan menubuhkan Dana Pertumbuhan Perniagaan bernilai RM150 dengan peruntukan RM150 juta untuk merapatkan jurang antara inovasi dan pengkomersilan produk berteknologi tinggi;




*Satu pelaburan teknologi baharu akan diwujudkan untuk mengurus dana; *Syarikat pelaburan akan diwujudkan bagi mengendali dana dan pemindahan pelaburan dari Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia dan Khazanah Nasional; *Industri ICT akan untuk menyumbang 10.2 peratus kepada KDNK menjelang 2015; *Perkhidmatan pengkomputeran "awam" akan dimajukan bagi menyediakan PKS dengan aplikasi perisian kritikal; *Peluang-peluang dalam aplikasi automasi, digital dan multimedia akan diteruskan; *Pengkhususan ke atas semikonduktor, sistem tertanam, optoelektonik, frekuensi radio dan tanpa wayar akan digalakkan; *Industri perkhidmatan perniagaan akan menyumbang 3.3 peratus kepada KDNK menjelang 2015.




*Kerajaan akan meminda perundangan bagi memudahkan komitmen pada peringkat dua hala, serantau, dan pelbagai hala, dalam meliberalisasikan industri serta mewujudkan peluang-peluang baharu perniagaan; *Kerajaan akan menggalakkan proses pertumbuhan dan pengeluaran berasaskan inovasi yang menggunakan teknologi ladang moden dan ICT termasuk Projek Perdana Pertanian berasaskan ICT; *Kerajaan akan menubuhkan konsortium dan koperasi pertanian; *Reformasi kawal selia akan memberi tumpuan terhadap mewujudkan struktur untuk mengasingkan pembuat dasar daripada kawal selia dan akauntabiliti yang lebih jelas dan mewujudkan struktur dalam menangani bidang kuasa yang bertindih; *Pelaburan baharu kerajaan akan digunakan untuk meningkatkan dan memudahkan pengkhususan, terutama menerusi pelaburan semula dengan industri dari segi latihan kemahiran, penyelidikan dan pembangunan dan membolehkan infrastruktur; *Proses penyepaduan infrastruktur ICT kerajaan dianggarkan menelan belanja RM650 juta;



*Ekonomi negara akan berkembang enam peratus dalam RMK-10 (2011-2015); *Peruntukan RM230 bilion dalam RMK-10, seperti RMK-9. Daripada jumlah itu, 55 peratus atau RM126.5 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi, RM69 bilion untuk sektor sosial, RM23 bilion untuk sektor keselamatan dan RM11.5 bilion untuk pentadbiran am; *Pelaburan swasta akan berkembang 12.8 peratus setahun dan menyumbang 13.9 peratus kepada KDNK pada 2015; *Pekerjaan akan berkembang 2.4 peratus setahun untuk mencapai 13.2 juta pekerjaan; *Pendapatan perkapital negara akan meningkat kepada US$15,000 (RM50,000) pada 2015 berbanding US$7,000 (RM23,345) pada masa ini; *Penggunaan swasta berkembang 7.7 peratus setahun, menyumbang 58 peratus kepada KDNK pada 2015 berbanding 53.6 peratus pada 2010; *Lebihan dagangan RM142.2 bilion dijangkakan pada 2015; *Imbangan bayaran yang memihak, dengan lebihan akaun 10.5 peratus pendapatan kasar negara (GNI) pada 2015;





*Defisit keseluruhan kerajaan akan dikurangkan kepada 2.8 peratus pada 2015 berbanding 5.3 peratus KDNK pada 2010; *Hutang kerajaan persekutuan susut kepada 49.9 per KDNK pada 2015 berbanding 52.9 peratus pada 2010; *Kerajaan akan mengurangkan defisit bajet kepada 5.3 peratus pada 2010 daripada 7.0 peratus tahun lepas; *Liberalisasi selanjutnya bagi kesemua 128 perkhidmatan subsektor dilaksanakan bagi membolekan sekurang-kurangnya 70 peratus pemilikan ekuiti Asean menjelang 2015; *Sektor perkhidmatan akan berkembang 7.2 peratus setahun, menyumbang 61 peratus kepada KDNK pada 2015. Kira-kira RM44.6 bilion dalam pelaburan baharu diperlukan untuk sektor perkhidmatan mencapau sasaran sumbangan kepada KDNK dengan peningkatan daripada sumbangan FDI; *Malaysia akan muncul sebagai 10 negara utama dalam melaksanakan perniagaan menjelang akhir tempoh RMK-10; *Subsidi dan kawalan harga akan dirasionalisasikan secara berperingkat-peringkat bagi menangani gangguan pasaran. Subsidi kini bersamaan 4.7 peratus kepada KDNK atau kira-kira RM12,900 isi rumah setahun; *Subsidi semasa kepada pengeluar akan dialihkan kepada insentif berasaskan produktiviti.




Sebagai contoh, insentif dalam industri perikanan bagi menambah pendaratan ikan; *Kawalan harga yang ditujukan terus kepada industri dan pengguna akan dimansuhkan bagi mencerminkan harg apasaran; *Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) akan meliputi minyak dan gas, minyak sawit dan produk berkaitan, perkhidmatan kewangan, peruncitan dan pemborongan, pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi, pendidikan, elektik dan elektronik, perkhidmatan perniagaan, penjagaan kesihatan swasta, pertanian dan Greater Kuala Lumpur; *Industri minyak dan gas bukan sahaja memajukan perkhidmatan medan minyak dan peralatan, malah logistik; *Kerajaan akan meningkatkan akses pasaran antarabangsa,





meningkatkan latihan kemahiran dengan usaha sama industri dan meningkatkan hubungan dalam industri hiliran bagi mengoptimum sumber, kemudahan dan perkhidmatan; *Kerajaan akan meningkatkan peluang dalam aktiviti perniagaan logistik dan maritim selain mengukuhkan perkhidmatan profesional yang berkaitan serta mewujudkan juara antarabangsa; *Mempromosi Malaysia sebagai hab global untuk minyak sawit dan destinasi pilihan pelaburan asing dalam bidang seperti produk berasaskan oleokimia, kemudahan pukal dan penyelidikan serta pembangunan; *Kerajaan akan merangka formula baharu dalam pelan tindakan kewangan bagi menggalakkan sektor kewangan serta menangani isu-isu struktural dalam industri insurans am menerusi penyepaduan dan rasionalisasi; *Industri pelancongan akan menyumbang RM115 bilion kepada KDNK dengan dua juta pekerjaan diwujudkan pada 2015; *Dalam ICT, MSC Malaysia akan mengenal pasti dan menyokong bidang khusus dalam perisian dan e-penyelesaian, multimedia kreatif, perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar dan e-perniagaan;



*Kerajaan akan memberi tumpuan terhadap pemboleh utama pembangunan elektrik dan elektronik (E&E), seperti meningkatkan bakat sedia ada dan membekalkan bakat perlu, mengukuhkan ekosistem R7D, meningkatkan asas vendor domestik serta mewujdukan infrastruktur; *Perkhidmatan perniagaan akan menyumbang 3.3 peratus kepada KDNK menjelang 2015; *Perolehan daripada perjalanan penjagaan kesihatan akan meningkat 10 peratus setahun; *Dalam pertanian, tumpuan khusus akan diberikan terhadap aktiviti bernilai tinggi, termasuk penternakan burung walit, akuakultur, herba dan rempah, bagi meningkatkan sumbangan sektor kepada KDNK kepada KDNK kepada 2.0 peratus menjelang 2015; *Jaminan makanan akan distrategikan bagi memastikan kesediaan, akses dan mampu beli makanan, terutama beras, untuk orang ramai; *Memastikan Greater Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia, mewujudkan Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan global untuk kewangan Islam dan mengubah pengangkutan awam bandar. -Bernama


so... apa warga kelab harus BUAT?

1 comment:

  1. saya akan pastikan kerja saya di Research dijalankan penuh dedikasi. kita buat penemuan yang betul2 boleh digunapakai,

    ReplyDelete