Tuesday, June 15, 2010

Bomoh Kawang: Mengacip Fatimah

Bila sudah umuran ni, power kurang. cengkaman pun kurang. cepat letih. kadang2 lupa. Kena lagi piala Dunia, lagilah lupa tanggungjawab. jadi supaya selalu tagap, cuba ramuan ini. Kacip Fatimah;


Kacip Fatimah cukup terkenal di kalangan masyarakat Melayu setanding dengan beberapa jenis herba yang popular pada masa ini dan mula diterima oleh kumpulan etnik lain di Malaysia. Pelbagai produk berbentuk minuman, kapsul dan jamu dijual secara besar-besaran.
Buat masa sekarang bekalan untuk industri ini datangnya daripada kutipan hasil hutan oleh orang asli dan mereka yang tinggal berdekatan dengan hutan.



Malangnya hasil hutan akan berkurangan dan bekalan pokok ini mungkin sukar didapati satu masa nanti dan ia akan menjadi tanaman yang mahal harganya. Maka adalah wajar tumbuhan ini ditanam mulai sekarang supaya sumber hutan tidak kehabisan disamping dapat meningkatkan pendapatan para petani. Penyelidikan sekarang menjurus kepada pengiktirafan nilai perubatan pokok Kacip Fatimah dan diramal keuntungan yang lumayan menanti mereka yang menanam pokok ini dalam sekala besar.





KEGUNAAN PERUBATAN



Kacip Fatimah (Labisia pumila) juga dikenali di sesetengah tempat sebagai selusuh Fatimah, pokok pinggang dan belangkas hutan. Dalam perubatan Melayu tradisional akar pokok Kacip Fatimah direbus dan airnya digunakan untuk merawat sakit puan, seperti mengurangkan sakit semasa kitaran haid, membetulkan kitaran haid dan ketidaksuburan serta meningkatkan libido perempuan.



Masyarakat Melayu juga menggunakan pokok ini untuk rawatan selepas bersalin bagi mengelak terkena angin meroyan dan mengecutkan rahim ibu. Selain itu, rebusan akar digunakan untuk merawat cirit-birit, kembung perut dan sakit tulang. Orang asli pula menggunakan akar pokok ini untuk menghentikan kanak-kanak daripada menghisap susu botol.


Dalam perubatan moden pula, kajian sedang giat dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan untuk mengenalpasti kandungan bahan aktifnya serta aplikasi klinikal dan farmaseutikal. Kajian terbaru kepada tikus yang diberi ekstrak pokok ini menunjukkan peningkatan hormon seks di dalam badan. Tambahan ekstrak pokok Kacip Fatimah pad kultur sel manusia juga menunjukkan sedikit peningkatan hormon seks. Walaubagaimanapun, perlu diingat kajian ini belum selesai dan masih belum dibuktikan secara saintifik.



Kacip Fatimah hidup subur di bawah naungan pokok besar, maka wajarlah ia ditanam sebagai tanaman sampingan di bawah poko di lading kelapa sawit dan kelapa. Ini bukan sahaja mengurangkan kos mendirikan rumah lindungan tetapi juga menambahkan pendapatan pekebun kecil.



Pokoknya bersaiz kecil dan hidup di kawasan hutan tropika yang redup, lembap dan sensitif terhadap cahaya matahari. Ia akan mati di bawah sinaran matahari yang penuh dan tidak sesuai di kawasan bertakung air.


ada sambungan lagi lain kali...

sumber: Agromedia

by Pharm Me & Sitom

No comments:

Post a Comment