Thursday, May 27, 2010

PERUTUSAN PENGERUSI, EN. SHARIN USIDI

PERUTUSAN

PENGERUSI KELAB SUKAN DAN REKREASI

CAWANGAN TUARAN

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana sambutan Hari Keluarga yang telah lama dirancang kini menjadi kenyataan. Oleh kerana kesibukan Hari Terbuka ARC 2009, Hari Keluarga yang dirancang untuk di laksanakan pada tahun lalu terpaksa ditangguhkan ke tahun ini dan Alhamdulillah kita berjaya melaksanakannya.

Penganjuran sambutan Hari Keluarga ini merupakan salah satu aktiviti yang besar bagi tahun 2010. Tujuan kelab mengadakan Hari Keluarga ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan memupuk semangat muhibah di kalangan keluarga, ahli-ahli kelab dan anggota kerja Jabatan Pertanian Sabah. Pada hari ini juga, unit terkecil keluarga iaitu keluarga kakitangan individu bergabung sebagai 1 keluarga Pusat Penyelidikan Pertanian. Di harap sambutan seumpama ini sedikit sebanyak dapat menyumbang kearah membangunkan masyarakat bersifat penyayang.

Kejayaan hari ini adalah hasil usaha gigih semua Ahli Jawatankuasa Penganjur yang tidak mengenal penat lelah untuk menjayakan acara yang meriah ini. Saya sangat berbangga dan berterima kasih di atas sokongan padu yang tidak terhingga terhadap mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Kepada semua penderma dan penaja, terima kasih kerana mengulurkan sumbangan yang membolehkan kelab menjayakan acara gilang-gemilang ini dengan lancar.

Akhir kata, semoga Hari Keluarga 2010 menjadi kenangan yang indah untuk semua. Selamat menyambut Hari Keluarga!

Sekian dan terima kasih.

No comments:

Post a Comment