PERUTUSAN
PRESIDEN
KELAB PERTANIAN SABAH
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNYA jua kita dapat menjayakan Sambutan Hari Keluarga bagi tahun 2010.
Selaku Presiden Kelab Pertanian Induk, saya amat berbangga dengan penganjuran Hari Keluarga oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Cawangan Tuaran. Sememangnya penganjuran aktiviti-aktiviti seumpama ini sangat digalakkan selaras dengan objektif penubuhan kelab dalam memupuk semangat kerjasama, disiplin dan komitmen di kalangan anggota-anggota kelab melalui penglibatan dalam kegiatan-kegiatan sukan, rekreasi, sosial dan kebajikan. Melalui acara sebeginilah kita dapat menyemarakkan lagi hubungan silaturrahim, persefahaman serta kerjasama yang sedia wujud di kalangan para pegawai, kakitangan dan keluarga pusat ini demi mengharmonikan perhubungan yang sudah terjalin. Dengan adanya nilai-nilai murni ini dapat mewujudkan suasana kerja yang ceria dan membantu meningkatkan mutu perkhidmatan kerja dengan lebih efisen dan efektif.
Sesungguhnya Hari Keluarga ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak terutama Jawatankuasa Tertinggi Kelab Sukan dan Rekreasi Cawangan Tuaran, khususnya Jawatankuasa Penganjur yang telah bekerja keras dan bertungkus lumus untuk persiapan Sambutan Hari Keluarga 2010 ini. Jutaan terima kasih diucapkan dan diharapkan usaha murni seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur dan semua yang terlibat untuk menjayakan Hari Keluarga 2010.
Sekian, terima kasih.
Idrus Bin Shafie
Presiden
No comments:
Post a Comment