Tuesday, February 5, 2013

PEMBEKALAN BAHAN TANAMAN Jabatan Pertanian Sabah


PEMBEKALAN BAHAN TANAMAN

sumber:http://www.sabah.gov.my/tani/s2_perkhidmatan/bekal_bahan.html

          1. Pengenalan
Jabatan Pertanian Sabah melalui Seksyen Pengeluaran Bahan Tanaman bertanggungjawab dalam  mengeluarkan bahan-bahan tanaman bermutu untuk memenuhi keperluan dan kepentingan para petani di Negeri Sabah. Bahan-bahan tanaman yang dikeluarkan adalah seperti buah-buahan cantum dan anak semaian terpilih dan kopi melalui stesen - stesen pertanian di daerah. Di samping itu benih-benih bermutu seperti padi, jagung, kacang tanah dan sayur-sayuran adalah dikeluarkan melalui pusat-pusat pengeluaran benih di Kimanis, Kota Belud dan Tenom. Manakala  anak benih kelapa bermutu seperti Pandan dan MATAG dikeluarkan melalui Stesen Kelapa Menumbok.
2. Matlamat
  • Mengeluarkan dan membekalkan bahan-bahan tanaman bermutu buah-buahan, kopi dan tanaman lain untuk keperluan petani dan peladang di Negeri Sabah.
  • Mengeluarkan dan membekalkan benih padi bermutu, benih-benih bermutu  tanaman kontan seperti jagung, kacang tanah, kacang soya dan sayur-sayuran terpilih untuk keperluan petani di Negeri Sabah
3. Bidang Tanaman
Perkhidmatan membekal bahan-bahan tanaman berkualiti seperti berikut:
  • Benih Padi sah
  • Kacang Tanah
  • Jagung
  • Sayuran terpilih
  • Buah-buahan terpilih
  • Kopi
  • Kelapa
  • Sawit

4. Bentuk Bantuan
Pembekalan bahan tanaman
5. Kelayakan
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia bermastautin di Sabah dan berumur 18 tahun ke atas. Keutamaan diberikan kepada Bumiputera.
  • Mempunyai tanah bergeran.
  • Menjadi Ahli Kumpulan Tani
6. Cara Memohon
Semua permohonan haruslah dikemukakan kepada Pegawai Pertanian/Pegawai Penguasa Pertanian Daerah berdekatan.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Pertanian,
Seksyen Pengeluaran dan Pemprosesan Bahan Tanaman, Aras 7, Ibu Pejabat Pertanian Wisma Pertanian Sabah  
Tel: 088-283231  Faks : 088-239046

No comments:

Post a Comment