Saturday, April 2, 2011

wow BEST!.... TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN - TKPM TAWAU

















Artikel ini diambil dari website berikut:


Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)

.

Pendahuluan

. Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan merupakan satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan di dalam negara serta menggalakkan penglibatan pihak swasta untuk berkecimpung di dalam bidang pertanian.Projek ini telah mula diperkenalkan sejak tahun 2000 dan sehingga tahun 2005, sebanyak 32 TKPM yang merangkumi kawasan seluas 4,085 hektar telah diwujudkan dan beroperasi di seluruh negara. Anggaran pengusaha yang terlibat adalah seramai 338 orang dengan kuantiti pengeluaran tanaman pada tahun 2005 mencapai 16 juta tan metrik yang bernilai RM18.49 juta.


. Objektif Projek

. Antara objektif projek TKPM adalah: Mewujudkan zon pengeluaran makanan yang kekal; Menggalakkan penyertaan usahawan tani dan swasta dalam pengeluaran makanan dan; Penanaman berterusan dan pengeluaran tanaman makanan yang berkualiti.

.

Konsep dan Ciri-Ciri Projek Konsep dan ciri-ciri projek TKPM yang telah dirangka adalah: Melibatkan MOU antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kerajaan Persekutuan akan menyediakan kemudahan asas/ infrastruktur ladang Kerajaan Negeri akan menyediakan tanah yang perlu digazet sebagai TKPM Lokasi projek hendaklah sesuai dari segi tanah dan tapak Lot tanah disewakan kepada pihak swasta untuk satu jangka masa panjang dengan bayaran yang rendah .


. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyelaras perkhidmatan MoA. Inc Keluasan komersial untuk tanaman sayur adalah seluas 30 hektar Keluasan komersial untuk tanaman buah adalah seluas 50 hektar Mengguna pakai amalan teknologi terkini.


. Penanaman dan pengeluaran berterusan dan berkualiti (GAP/SALM) Sasaran pendapatan peserta adalah melebihi RM3000 sebulan Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang berpengalaman Peserta perlu menyediakan pelan bisnes yang lengkap termasuk kesesuaian tanah dan cuaca serta mengambil kira BOT dan Kluster.

No comments:

Post a Comment