Sunday, August 15, 2010

NKRA MOA

Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian di Putra Banquet Hall, Universiti Putra Malaysia Pada 08 Mac 2010


Bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan sektor pertanian sebagai penyumbang utama ekonomi negara, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menetapkan 3 NKRA dan 6 KPI yang perlu dicapai. Antaranya ialah peningkatan pendapatan golongan sasar dari kumpulan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah serta pengukuhan sistem penyampaian kepada kumpulan sasar melalui penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP).


Mengenai KRA kementerian, semua jabatan dan agensi perlu bersatu dan berkerjasama dalam usaha mencapai matlamat ini. Dalam ucapan Perhimpunan Bulanan Kementerian, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata Kementerian memperuntukkan RM 300 juta dan dari jumlah itu sebanyak RM 180 juta untuk menampung elaun sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan serta RM 120 juta lagi sebagai insentif tangkapan ikan dengan anggaran seramai lebih 80,000 nelayan dan pemilik bot mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut.


Pelaksanaan Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan bertujuan memberi sumbangan dan bantuan segera dalam bentuk kewangan kepada nelayan yang terlibat dalam kemalangan atau bencana alam.
Bagaimanapun bantuan ini hanya diberi kepada nelayan yang betul-betul layak tanpa mengira latar belakang. ”Mereka yang mendapat bantuan ini adalah benar-benar mereka yang menghadapi bencana alam bukannya sengaja nak rosakkan bot dan pukat semata-mata hendakkan bantuan yang kita sediakan, ini semua kita boleh buat sekiranya kita menjalankan tugas kita dengan ikhlas ,adil dan tidak pilih kasih dalam kita menentukan golongan sasar ini”tambah Datuk Seri Noh Omar. Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Rohani Karim, Ketua Setiausaha, Datuk Mokhtar Ismail, ketua-ketua jabatan dan Agensi serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.


Selaras dengan NKRA kerajaan iaitu membantu meningkatkan pendapatan golongan miskin, Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menyediakan peruntukan yang banyak dan ini tidak akan mendapatkan kesannya sekiranya pihak Kementerian tidak memilih golongan sasar yang sepatutnya, tambah Datuk Seri Noh Omar. Dalam usaha tambah nilai pendapatan petani,penternak dan nelayan, Datuk Seri Noh menyeru semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencari jalan supaya golongan ini tidak bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Sebagai contoh LKIM telah mewujudkan Ladang Ikan dengan jumlah unjam sebanyak 549 tapak yang melibatkan perbelanjaan pembinaan sebanyak RM 99.2 juta. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mempunyai dasar dan hala tuju pembangunan agro makanan. Kementerian juga telah mengenal pasti kegiatan agro-makanan dan bukan makanan yang bakal menjanakan pertumbuhan. Dengan penglibatan semua pihak iaitu petani,penternak dan nelayan penting dalam mencapai sasaran yang ditetapkan melalui program-program yang dilaksanakan oleh setiap jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.


Kerajaan juga akan menubuhkan Kelab Komuniti Tabung Ekonomi kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di setiap kawasan Parlimen bagi memastikan pembiayaan dana tersebut mencapai objektif. Kelab berkenaan akan berkerjasama dengan kerajaan bagi mengenal pasti peminjam suapaya mereka benar-benar layak mendapat kemudahan tersebut. Pihak Kementerian akan lebih serius dalam memberi pinjaman Tekun supaya tiada pihak menyalahgunakan kemudahan itu bagi tujuan lain. Datuk Seri Noh juga melancarkan Direktori Usahawan Industri Asas Tani dan Directory of Malaysian Importers/Exporters of Seafood and Fish Products 2010 yang diterbitkan oleh LKIM.



dipetik dari:
http://moa.gov.my/web/guest/perhimpunan_putra_banquet_hall

No comments:

Post a Comment