Friday, March 2, 2012

FELCRA


Kita baru saja menjalinkan perjanjian dengan FELCRA. Apakah sejarah penubuhan FELCRA?


Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan.Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.

Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang.

Akhirnya, FELCRA Berhad berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjaya di samping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan menguntungkan selaras dengan strategi operasi berimbangnya di antara program berorientasikan keuntungan dan program obligasi sosial.


Misi & Visi

Misi Korporat

Memegang falsafah Peserta Bersyukur No. 1 dan terus berkembang bersama mereka dengan growth with equity; di samping mengurus, menjaga serta memegang kepentingan amanah kumpulan sasar iaitu masyarakat peserta.

Melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR ) melalui pembangunan ladang-ladang dan aktiviti yang berkaitan dengan lebih efisyen dan menguntungkan.

Melaksanakan program diversifikasi yang menguntungkan dan di dalam masa yang sama merancang dan melaksanakan program berorientasikan eksport di samping berazam mencapai identiti konglomerat yang berjaya.

Visi Korporat

Kekal sebagai plantation house yang terkemuka dan berkembang sebagai sebuah konglomerat yang Berjaya.

SUMBER:http://www.felcra.com.my/misi-visi

No comments:

Post a Comment