SKIM ORGANIK MALAYSIA (SOM) 1. Pengenalan SOM adalah satu program persijilan untuk mengiktiraf pemilik ladang yang mengusahakan penanaman di ladang secara organik mengikut keperluan-keperluan yang ditetapkan dalam piawaian (standard) organik negara. MS 1529: 2001 The Production, processing, labelling and marketing of plant-based organically produced foods.
2. Skop Skim ini memberi tumpuan kepada pengeluaran, pengendalian termasuk pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan dan jualan bahan makanan tanaman organik.
3. Asas Persijilan Skim ini adalah berasaskan pematuhan kepada ciri-ciri yang telah ditetapkan dalam piawaian organik negara. Piawaian ini menggariskan keperluan yang berkaitan dengan pengeluaran, pembungkusan, pemyimpanan, pengangkutan dan jualan bahan makanan tanaman organik. Di antara perkara-perkara yang diambil kira dalam penilaian skim ini ialah:- - Kebolehkesanan (Traceability)
- Penyimpanan Rekod
- Pengurusan Pengeluaran
- Integriti Organik
- Tempoh Peralihan
- Tanaman Pemisah dan Jarak Pemisah
- Pengurusan Tapak
- Pengurusan Air
- Pengeluaran Tanaman
- Pengendalian Hasil
- Penyimpanan
- Pembungkusan
- Pengangkutan
- Kebajikan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
- Analisis Hasil
- Pengurusan Sisa Ladang
- Isu Alam Sekitar
- Rekod Aduan
4. Pelaksanaan Skim Skim ini dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian. Pemeriksaan ladang dijalankan oleh inspektor dan keputusan untuk meluluskan sesebuah ladang sebagai organik atau tidak akan dibuat oleh Jawatankuasa Persijilan.
5. Faedah Kepada Pengeluar Hasil yang dikeluarkan dari ladang yang telah diberi persijilan boleh dilabelkan sebagai organik dan berhak menggunakan logo Organik Malaysia di atas produk mereka. Dengan label ini, produk tersebut boleh dipasarkan sebagai produk organik dengan harga yang setimpal.
6. Faedah Kepada Pengguna Pengguna mendapat keyakinan bahawa produk yang dibeli adalah benar-benar organik dan tidak mengandungi sisa-sisa kimia yang tidak diingini kerana telah mematuhi piawaian organik Malaysia.
7. Faedah Kepada Alam Sekitar dan Pekerja Oleh kerana baja dan racun perosak kimia dilarang penggunnaanya di bawah sistem perladangan organik, secara langsung pencemaran kepada alam sekitar atau berlaku kes-kes keracunan di kalangan pengusaha dan pekerja-pekerja dapat dikurangkan.
8. Siapa Yang Boleh Menyertai Skim Persijilan ini terbuka kepada semua pengusaha yang terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan secara konvensional untuk persijilan SALM dan pengeluaran secara organik untuk persijilan SOM.
|
No comments:
Post a Comment