KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Sejumlah RM6 bilion diperuntukkan untuk sektor pertanian tahun depan dengan transformasi sektor itu akan dipergiatkan lagi bermula daripada peringkat tanaman sehingga pemasaran hasil pertanian.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata proses transformasi itu melibatkan program untuk menarik lebih ramai usahawan tani muda, menggalakkan amalan pertanian baik dan menaik taraf prasarana pertanian.
Bajet 2010 untuk sektor itu, antara lain:
* Menaik taraf dan membaik pulih sistem infrastruktur pengairan dan saliran di dalam dan luar jelapang padi melibatkan 180,000 petani dengan peruntukan sejumlah RM137 juta.
* Melaksanakan projek Empangan Paya Peda di Terengganu, yang akan meningkatkan kapasiti bekalan air Skim Pengairan Padi di Besut membabitkan sejumlah RM70 juta.
* Memodenkan industri akuakultur dan pelaksanaan skim latihan keusahawanan bagi pengusaha dan penternak akuakultur dengan tumpuan kepada pembenihan perikanan dan penternakan ikan hiasan. Skim itu akan memberi faedah kepada 1,150 peserta melibatkan peruntukan sejumlah RM82 juta.
* Membangunkan industri tanaman makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung walit dengan peruntukan sejumlah RM149 juta.
* Membangunkan prasarana keperluan asas ladang ternakan dan mewujudkan rantaian bekalan dalam industri pengeluaran daging lembu dan kambing dengan peruntukan sejumlah RM58 juta.
* Melaksanakan program inkubator untuk melatih dan membimbing belia serta graduan untuk menjadi usahawan tani berjaya.
Membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat, Najib berkata kerajaan akan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.
Antara subsidi dan insentif yang akan disediakan termasuk subsidi harga padi berjumlah lebih RM400 juta dan subsidi baja padi hampir RM300 juta.
Insentif untuk meningkatkan pengeluaran hasil padi dan subsidi beras pula membabitkan hampir RM220 juta manakala RM170 juta diperuntukkan untuk menyediakan elaun sara hidup nelayan, katanya.
Katanya usaha sedang dilakukan untuk menjadikan kawasan penempatan Felda sebagai gedung makanan negara yang mampu mengeluarkan hasil tanaman berskala besar.
Tanah lapang di penempatan Felda akan ditanam dengan tanaman seperti lada, terung, bunga kantan dan pisang dan FAMA akan membantu memasarkan hasil tanaman tersebut, katanya.
Najib berkata konsortium Felda, Felcra (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan) and Risda (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil) dengan modal berbayar sebanyak RM300 juta akan diwujudkan menjelang akhir 2009 untuk melaksanakan pelbagai projek hiliran dan huluan berimpak tinggi.
Setiap agensi akan menyumbang RM100 juta dan konsortium itu akan terlibat dalam perkongsian teknologi, pengurusan perladangan, kerjasama perniagaan termasuk aktiviti pembekalan dan pemprosesan keluaran pertanian.
Katanya MASKargo akan meningkatkan kapasiti kemudahan kargo udara bagi pengedaran hasil pertanian yang mudah rosak untuk dieksport dan langkah itu akan dapat membantu pengusaha untuk mengeksport lebih banyak hasil pertanian.
Perdana Menteri berkata pertanian merupakan antara sektor yang menjadi sumber penting pendapatan rakyat di luar bandar dan pertumbuhan ekonomi negara.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment