Sunday, February 6, 2011

Hari Tanpa Beg Plastik... apa peranan Kelab?


Bersukan sudah, beriadah sudah, makan-makanpun sudah, jadi apa kata kita sama-sama menyahut seruan alam.... sama-sama SELAMATKAN GENERASI DAN BUMI KITA!!!
Untuk rangsangan minda, mari kita fikirkan bersama artikel ini:
.

Rencana ini diambil dari website di bawah:

http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/alam-sekitar/512-mari-bersama-sama-jayakan-kempen-hari-tanpa-bag-plastik


MARI BERSAMA-SAMA JAYAKAN KEMPEN “HARI TANPA BEG PLASTIK”



Written by Sam Wong

.
Wednesday, 05 January 2011 13:53

.
http://www.konsumerkini.net.my/v1/images/stories/image2011/images_20110105_plastic.jpg

.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah melancarkan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” di peringkat kebangsaan.

.
Semua pasar raya besar, pasar raya dan stesen minyak tidak akan memberi beg plastik secara percuma pada setiap hari Sabtu.Dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan kegunaan beg plastik, orang ramai perlu membayar 20 sen bagi setiap beg plastik apabila mereka membeli belah pada hari Sabtu di pasar raya besar, pasar raya dan stesen minyak Petronas.Jumlah wang yang dikutip daripada penjualan beg plastik ini akan disalur kepada dana untuk kebaikan alam sekitar dan komuniti.

.
Walau bagaimanapun, penduduk di Pulau Pinang perlu membayar 20 sen untuk setiap beg plastik setiap hari apabila dasar“Hari Tanpa Beg Plastik” Kerajaan Pulau Pinang dilaksanakan bermula pada 1 Januari 2011Semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, restoran nasi kandar serta stesen minyak perlu melaksanakan kempen “Tiap-tiap Hari Mengurangkan Beg Plastik”.

.
Dasar hari tanpa beg plastik percuma dapat mendorong orang ramai memikir tentang alam sekitar apabila mereka membeli belah. Secara purata, setiap orang menggunakan 8 beg plastik setiap minggu. Kebanyakan beg plastik ini tidak digunakan semula. Jika beg plastik dibuang, ia memerlukan 500 tahun untuk diuraikan. Ini merupakan satu beban kepada bumi.Menurut kajian, penduduk Malaysia memboroskan sebanyak 163 bilion bahan yang dapat dikitar semula dalam masa dua tahun. Jika semua bahan ini diguna atau dikitar semula, ia membawa manfaat yang besar kepada penduduk dan alam sekitar di Malaysia.

.
Di samping itu, kerajaan Pulau Pinang juga melaksanakan kempen tanpa polistrena di semua pusat penjaja kerajaan tempatan. Plastik dan polistrena merupakan bahan yang tidak dapat berurai secara semula jadi. Jadi pengurangan kegunaan polistrena merupakan satu cara yang dapat menjaga alam sekitar.


.
Sam Wong
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

No comments:

Post a Comment