Wednesday, September 15, 2010

DERMA DARAH







Derma Darah : Kepentingan dan Keperluannya




Kepentingan menderma darah


Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya :

* Mangsa kemalangan
* Pesakit yang menjalani pembedahan
* Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
* Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
* Ibu yang mengalami tumpahan darah

Anda layak menderma sekiranya

* Berumur 18 tahun ke atas
*Berat badan 45 kg dan ke atas
* Sihat tubuh badan
*Sihat pada hari menderma
*Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
*Tidak mengambil ubat aspirin,antibiotik atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
*Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
*Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
*Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
*Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
*Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
*Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
*Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
*Tidak mempunyai ahli keluarga yang mengidapi Hepititis B atau C


PENTING !!!
Bagaimanapun,sebelum menderma darah anda perlu memastikan diri anda
tidak mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) seperti berikut :

* Menggunakan dadah secara suntikan
* Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks
* Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
* Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
* Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS

Jika terdapat ya bagi perkara di atas,anda DILARANG sama sekali untuk menderma darah.Ini kerana darah anda akan memudaratkan kepada orang yang menerima darah anda.



Proses menderma darah

1. Pergi ke Tabung Darah
2. Isi borang
3. Pemeriksaan tekanan darah & berat badan
4. Ujian kumpulan darah & tahap hemoglobin
5. Pengambilan darah
6. Rehat & jamuan ringan


Apakah alasan anda tidak menderma darah ?

1. Saya telah pun menderma darah sekali

Terima kasih atas sumbangan anda. Teruskan khidmat baik anda. Untuk pengetahuan anda, seseorang boleh menderma darah sekali dalam 3 bulan

2. Darah saya bukan jenis yang betul

Jumpa doktor kami untuk mendapatkan kepastian

3. Orang lain sudah pun menderma, jadi kenapa pula saya lagi ?

Benar, tetapi kini lebih ramai penderma diperlukan setiap tahun. Jadi setiap penderma dikira mustahak

4. Saya takut sakit apabila dicucuk jarum

Jangan bimbang ! ada berita baik ! sekarang kami menggunakan pelali, tidak sakit pun

5. Saya terlalu lemah

Kita akan memeriksa berat badan, tahap hemoglobin dan tekanan darah sebelum menderma darah. Bagaimanapun jumlah darah yang akan diambil akan digantikan melalui proses semulajadi dalam tubuh anda dalam beberapa jam sahaja

7. Saya terlalu sibuk

Orang lain pun begitu. Sudah tentu anda boleh meluangkan setengah jam atau lebih untuk menyelamatkan satu nyawa


Pandangan Dr. Yusuf Qaradhawi mengenai derma darah

Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan atau untuk membantu dan menggantikan darah yang begitu banyak keluar.

Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud : “ Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” ( Al-Maidah : 32 )

Andainya sedekah harta itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama, mendapat ganjaran pula dari sisi Allah sehingga Allah Taala menerimanya dengan tangan kanan dan Allah menggandakan sehingga 700 kali gandaan bahkan sampai kepada kadar yang Allah inginkan ( tak terhad ),maka bersedekah atau menderma darah tentulah lebih tinggi lagi kedudukannya dan lebih besar ganjaran pahala, lantaran darah itu adalah penyebab kelangsungan hidup.

Jadi,tunggu apa lagi?Dermalah darah sekarang kerana setitis darah yang anda sumbangkan Darah anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan darah orang lain pula mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda.

Sumber Disunting daripada: Jabatan Pendidikan Pesakit, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dengan kerjasama Unit Pendidikan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Sabah.

No comments:

Post a Comment