Tuesday, September 28, 2010
NOSTALGIA 2008.... Coretan Pak Presiden
Tahun 2008 bermula dengan keterujaan. Rakyat
Pada bulan April, satu kejutan besar lagi berlaku apabila negeri menghadapi krisis makanan akibat kekurangan bekalan beras dunia. Pihak-pihak berkenaan (termasuknya Jabatan) telah bertungkus-lumus merangka strategi dan perlaksanaan bagi mengatasi masalah ini sehingga kini. Dalam kesibukan menangangi krisis tersebut kita dikejutkan lagi dengan kenaikan harga minyak secara mendadak di luar jangkaan kita.
Semua perancangan dan strategi terpaksa disemak semula untuk disesuaikan dengan dengan keadaan semasa. Pada bulan jun kakitangan awan juga berdepan dengan persoalan samada mahu kekal berkhidmat apabila kerajaan memberi opsyen perlanjutan persaraan sehingga 58 tahun. Pergolakan politik semasa dalam negara dan antarabangsa juga menarik perhatian kita. Pertukaran dan pergolakan ketua negara juga sedang berlaku seperti di
Kita masih berada di sukutahun Ketiga 2008, perkembangan terbaru ekonomi dunia menyaksikan kejatuhan mendadak saham di Wall Street New York, apabila syarikat gergasi Merill Lynch, Lehman Brothers dan AIG, akan dibail out kerana muflis. Walau bagaimanapun pelan bantuan USD 700 billion dipertikaikan oleh congress. Situasi ini sangat menggerunkan. Adakah tsunami tersebut akan melanda kita? Pencemaran Susu di China setakat ini melibatkan 53,000 orang kanak-kanak, kejadian terburuk yang pernah berlaku. Adakah kita akan menerima tempiasnya?
Sepanjang tahun 2008, juga menyaksikan kesan perubahan cuaca yang berlaku. Hujan sepanjang masa dan tidak ada musim panas yang ketara. Di Amerika kesan taufan ‘Ike’ amat dahsyat.
Pada sukutahun Keempat 2008, akan adakah lagi kejutan yang mengegarkan kita?
Monday, September 27, 2010
Saturday, September 18, 2010
Mesej Presiden , En. Idrus Shafie
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli KSR. Ini merupakan julung kali satu buletin kelab dikeluarkan sejak wujudnya KSR. KSR Jabatan Pertanian pada mulanya wujud sebagai KSR Kementerian Pertanian, namun pada lewat 1980’an Jabatan Pertanian telah mewujudkan kelabnya sendiri apabila berpisah dari KSR Kementerian.
Sejak tempoh tersebut hingga ke hari ini KSR telah berkembang dan menempuh pelbagai cabaran dalam usaha mengadakan aktiviti-aktivitinya. Sebahagian besar aktiviti KSR sebelum ini adalah dalam kegiatan sukan dan lawatan sambil belajar, khususnya Sukan dalam Jabatan, Sukan dalam Kementerian dan Sukan Peringkat Kebangsaan. Pihak Kelab juga tidak pernah gagal dalam menganjurkan majlis makan malamnya pada setiap tahun. Secara peribadi, saya telah terlibat dalam kegiatan kelab sejak di KSR Kementerian, dan pewujudan KSR Jabatan sejak tahun 1980’an.
Secara umumnya, KSR jabatan telah berjaya mengendalikan aktiviti-aktivitinya setiap tahun. Namun dari aspek kewangan, KSR tidaklah begitu kukuh. Oleh itu AJK tahun ini telah mula menggerakkan usaha drastik meningkatkan tabung kewangan sekaligus meningkatkan keahlian kelab. Kelab bagi pihak jabatan juga telah berjaya dalam penyertaannya ke Seminar Kecergasan ke 9 di Johor dan seterusnya akan mengadakan Majlis Hari keluarga Jabatan serta Malam Pertanian di hujung penggal akhir tahun ini.
Akhir sekali, pihak KSR ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada pihak pengurusan khususnya Pengarah Pertanian Encik M.C. Ismail Salam di atas sokongan dan keprihatinan beliau yang amat padu terhadap KSR Jabatan. Pihak kelab juga mengucapkan tahniah di atas perlantikan beliau selaku Pengarah Peryanian sekaligus selaku penasihat kelab. Semoga ahli-ahli terus menyokong KSR.
Idrus Shafie Presiden
**** Mesej untuk warta kelab 2008. |
Thursday, September 16, 2010
Wednesday, September 15, 2010
DERMA DARAH
Derma Darah : Kepentingan dan Keperluannya
Kepentingan menderma darah
Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya :
* Mangsa kemalangan
* Pesakit yang menjalani pembedahan
* Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
* Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
* Ibu yang mengalami tumpahan darah
Anda layak menderma sekiranya
* Berumur 18 tahun ke atas
*Berat badan 45 kg dan ke atas
* Sihat tubuh badan
*Sihat pada hari menderma
*Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
*Tidak mengambil ubat aspirin,antibiotik atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
*Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
*Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
*Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
*Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
*Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
*Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
*Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
*Tidak mempunyai ahli keluarga yang mengidapi Hepititis B atau C
PENTING !!!
Bagaimanapun,sebelum menderma darah anda perlu memastikan diri anda
tidak mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) seperti berikut :
* Menggunakan dadah secara suntikan
* Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks
* Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
* Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
* Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS
Jika terdapat ya bagi perkara di atas,anda DILARANG sama sekali untuk menderma darah.Ini kerana darah anda akan memudaratkan kepada orang yang menerima darah anda.
Proses menderma darah
2. Isi borang
3. Pemeriksaan tekanan darah & berat badan
4. Ujian kumpulan darah & tahap hemoglobin
5. Pengambilan darah
6. Rehat & jamuan ringan
Apakah alasan anda tidak menderma darah ?
1. Saya telah pun menderma darah sekali
Terima kasih atas sumbangan anda. Teruskan khidmat baik anda. Untuk pengetahuan anda, seseorang boleh menderma darah sekali dalam 3 bulan
2. Darah saya bukan jenis yang betul
Jumpa doktor kami untuk mendapatkan kepastian
3. Orang lain sudah pun menderma, jadi kenapa pula saya lagi ?
Benar, tetapi kini lebih ramai penderma diperlukan setiap tahun. Jadi setiap penderma dikira mustahak
4. Saya takut sakit apabila dicucuk jarum
Jangan bimbang ! ada berita baik ! sekarang kami menggunakan pelali, tidak sakit pun
5. Saya terlalu lemah
Kita akan memeriksa berat badan, tahap hemoglobin dan tekanan darah sebelum menderma darah. Bagaimanapun jumlah darah yang akan diambil akan digantikan melalui proses semulajadi dalam tubuh anda dalam beberapa jam sahaja
7. Saya terlalu sibuk
Orang lain pun begitu. Sudah tentu anda boleh meluangkan setengah jam atau lebih untuk menyelamatkan satu nyawa
Pandangan Dr. Yusuf Qaradhawi mengenai derma darah
Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan atau untuk membantu dan menggantikan darah yang begitu banyak keluar.
Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud : “ Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” ( Al-Maidah : 32 )
Andainya sedekah harta itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama, mendapat ganjaran pula dari sisi Allah sehingga Allah Taala menerimanya dengan tangan kanan dan Allah menggandakan sehingga 700 kali gandaan bahkan sampai kepada kadar yang Allah inginkan ( tak terhad ),maka bersedekah atau menderma darah tentulah lebih tinggi lagi kedudukannya dan lebih besar ganjaran pahala, lantaran darah itu adalah penyebab kelangsungan hidup.
Jadi,tunggu apa lagi?Dermalah darah sekarang kerana setitis darah yang anda sumbangkan Darah anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan darah orang lain pula mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda.
Sumber Disunting daripada: Jabatan Pendidikan Pesakit, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dengan kerjasama Unit Pendidikan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Sabah.