Sunday, July 11, 2010

final piala dunia ..world cup

INI MALAM
JANGAN TIDUR...

TAPI BESOK...
JANGAN LUPA ....
PIGI KERAJA... NANTI PRESIDEN MARAH!!!!


Ini ramalan pemenang, bukan saja di komputer atau BOMOH , sotong sama burung pun mau join sama. Nanti SEMINAR KECERGASAN, siapa juara... mungkin PANTAI BARAT SELATAN!. itupun kalau tidak kena pigi makhamah... kena kumpilin. tapi itu sotong barangkali boleh predict!!!






KUALA LUMPUR: Setelah seekor sotong kurita bernama Paul semakin popular kerana ramalan tepatnya mengenai keputusan kalah menang antara Jerman dan pasukan lawannya, kini muncul pula seekor burung yang membuat ramalan sama dan terbukti turut betul.Namanya, ‘Mani Si Nuri’, seekor burung nuri yang menetas di Malaysia dan kini dipelihara di Singapura, mula menjadi sebutan apabila meneka tepat Belanda menewaskan Brazil pada perlawanan peringkat suku akhir.





Paul juga dilaporkan membuat ramalan bagi menentukan tempat ketiga Piala Dunia antara Jerman dan Uruguay awal pagi esok dan pilihannya ialah Jerman. ‘Mani Si Nuri’ adalah sebagai pembantu tukang tilik kepada seorang tukang tilik dikenali sebagai Muniyappan di Singapura.






Haiwan kecil ini bersama tuannya mencari rezeki di Jalan Serangoon, Little India di Singapura dan pada musim Piala Dunia, kedua-duanya ‘tumpang sekaki’ membuat ramalan keputusan perlawanan Piala Dunia dengan menggunakan daun pakau.Apa yang pasti, perlawanan akhir Piala Dunia 2010 kali ini bukan saja bakal menyaksikan pertembungan antara Belanda dan Sepanyol, malah medan menguji keupayaan haiwan di darat dan di air meramal dengan tepat keputusan perlawanan akhir itu.





Edisi Ke-19 Piala Dunia FIFA di Afrika Selatan ibarat ‘cerita 1,001 malam’ turut diserikan dengan kisah ramalan oleh sotong dan burung.
dipetik: Berita Harian.

No comments:

Post a Comment