Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

KAMI DARI
BLOOGER KHABARPERTANIAN
MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

KEPADA SEMUA
WARGA PERTANIAN

MOHON MAAF DAN AMPUN
DIATAS KETERLANJURAN
BAHASA & TABIAT & PERANGAI


JUTAAN TERIMAKASIH JUGA
DIATAS SOKONGAN
DAN
YANG PALING PENTING SEKALI

KAMU SENTIASA MELAYARI
KHABARPERTANIAN.BLOGSPOT

SENYUM SELALU
DARI:
ABUBAKAR JUTOM ONGKOSING.
MOHD FAHMI BABA
RAFIZAN ADDIN
FEI
BAD
&
SEMUA WARGA KERJA
khabarpertanian.blogspot


WASALAM

kemerdekaan


Perjuangan belum selesai

“Perjuangan Belum Selesai”

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)







Tahniah kepada warga Pertanian
yang cukup tangkas dan dedikasi
dalam melestarikan kemerdekaan

Tuesday, September 7, 2010

SUPER EGO


Tuesday, September 7, 2010

XPDC ALAM RAYA


Adakalanya
kita lupa ... siapa sang pencipta
adakalanya
kita terlalu taksub
dengan super ego kita

adakalanya
kita terlalu enteng dengan alam
kita bantai....
kita khianati....
kita lewa
.... kita Demolition Man
.... destroyer

hijau itu tiada apa-apa
pasak bumi itu tiada fungsi

adakalanya
segala-gala ditibai

ah... betapa angkuhnya kita!!!!

anugerah Sang Pencipta




kelestarian



bumi merkah....
menangis luka?????




malar hijau
.... sampai bila?


mungkinkah kita melestarinya....



survival




humanisme.....


rakusnya kita kepada alam!!!!


Sunday, September 5, 2010

masak ampap


Masak sampai air kering

bahan-bahan:

ikan tamban 1 kg
asam jawa 10 biji
sebuk kunyit sesedap rasa
garam
Haji tiada mata @ ajinomoto
lada porok
bawang
haliah

skil masak:
kasih gaul semua
masak sampai kering air
tapi AWAS
jangan sampai kogutan

tapi jangan kasih kering sangat
supaya itu kuah
boleh taru di nasi

...sadap butul
mentua limpaspun... tak namapak
selamat mencuba...



bersihkan ikan sampai pucat



taruh lada supaya pedas.....
kalau ikan dia sikit
lagi taruh banyak lada
supaya orang tidak berebut



taruh rempah ratus
tapi bunga lawang... langang



taruh kunyit




sotong pun boleh



kerajakan ikan tu




bagus dihidang kepada dara sunti.... hehe

Friday, August 27, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DI IATC PENAMPANG






























SAHABAT

SAHABAT SEJATI

Kawan semangkuk sepiring makan
Kawan sebantal seketiduran
Kawan sebaya sepermainan

Ke hulu sama ke hulu
Ke hilir sama menghilir
Satu sakit dua terasa
Yang tahan asak dengan banding
Yang tahan berpahit-pahit
Kalau koyak tampal menampal
Kalau condong sokong menyokong
Terbakar sama hangus
Terendam sama basah
Luka tidak dipampas
Mati tidak diungkit
Sakit tidak disebut
Salah tidak ditimbang
Hutang tidak dibayar
Bagai seibu seayah kandung
Bagai simpai sepenjalinan
Bagai Kulit dengan isi
Bagai lukah dalam air
Itulah kawang yang dicari
kawan sempit kawan berlapang
Gentingnya tidak memutus
Simpul tidak terungkai lagi.


Ungkapan Tradisional Melayu Riau
Tenas Effendy

Labels: