Saturday, January 22, 2011

Furcreace Pemusnah Siput Gondang Emas!


New Sabah Times, jumaat 21 Januari 2011 telah menerbitkan artikel tentang keberkesanan furcrearce untuk mengawal populasi SGE.























artikel berkaitan:


artikel dibawah dipetik dari website:




SERANGAN SIPUT GONDANG DISAWAH PADI


.
SIPUT GONDANG EMAS ( Pomacea s.p )


.
Pengenalan
Siput Gondang Emas (SGE) merupakan perosak tanaman padi yang utama di Malaysia. SGE ini berasal daripada kawasan paya dan sungai di Argentina dan Brazil di Amerika Selatan. Ia juga dikatakan sebagai perosak utama kepada kawasan padi di Negara Taiwan, Jepun, Filipina, Thailand dan Indonesia. Di kawasan Muda terdapat 2 jenis SGE yang dikesan iaitu
Pomacea canaliculata (warna keemasan) dan Pomacea incerlarus (warna kehitaman).



SGE sejenis herbivor, kerosakannya pada tanaman padi adalah secara menyerang pangkal anak pokok padi sebelum memusnahkan pada bahagian lain. Ianya menyerang dan merosakan anak-anak padi yang berumur sehingga 30 hari selepas menabur dan ianya boleh menyebabkan kehilangan 93% hasil padi.


.

Tanda- tanda kehadirannya menyebabkan tompok-tompok dalam sawah seperti anak benih tidak tumbuh dan kehadiran telur pada batas sawah dan rumpai. Dengan ini tinjauan bendang secara berterusan perlu dilakukan jika terdapat SGE.
Kawalan siput gondang emas terbahagi kepada 4 kaedah iaitu:



Kawalan Kultura dan Fizikal
Kawalan ini melibatkan kerja-kerja mengutip dan memusnahkan telur dan siput. Pancang-pancang kayu diletakkan di tempat yang terdapat siput untuk menjadi tempat bertelur. Rumpai di sawah perlu dibersihkan pada peringkat padi membesar.


.
Kaedah Mekanikal
Pasang jaring di gelung air keluar dan masuk bagi menghalang siput ini masuk ke dalam sawah.


.
Kaedah Biologi
Ternakan itik Khaki Campbell dan Muscovy boleh digunakan sebagai agen kawalan. Itik akan memakan telur dan siput di dalam bendang.


.
Kaedah Kimia
Terdapat beberapa jenis racun yang disyorkan untuk kawalan SGE. Antara racun yang boleh digunakan ialah niclosamide, saponin dan lain-lain.
- Risalah MADA

Thursday, January 20, 2011

ONLY YOU CAN MAKE IT HAPPEN!!!!

Pemimpin & Pemikir...
.
Berikut sebahagian sedutan ucapan Yg. Bergahagia MC Ismail Salam, Pengarah Jabatan Pertanian Sabah semasa Majlis Pelancaran MS ISO 9001:2008.

  • Selaras dengan penambahbaikan standard oleh International Organisation for Standardization (ISO) pada bulan Oktober tahun 2008, ISO telah mengeluarkan Standard ISO 9001:2008 yang merupakan penambahbaikan kepada standard ISO 9001:2000.

  • penambahbaikan ini meliputi penerangan dan penjelasan yang lebih terperinci terhadap beberapa keperluan standard tertentu.
  • Berikutan itu, Jabatan Standard Malaysia telah mengeluarkan Standard MS ISO 9001:2008 untuk diterima pakai oleh semua organisasi di Malaysia termasuklah agensi-agensi Sektor Awam. Dengan pengeluaran Standard ISO 9001:2008 dan MS ISO 9001:2008 semua persijilan berasaskan MS ISO 9001:2000 telah luput pada akhir tahun 2010.

  • Oleh itu, agensi-agensi Sektor Awam Malaysia diminta untuk beralih kepada persijilan MS ISO 9001:2008.



  • Sehubungan dengan arahan peralihan tersebut maka Jabatan ini mengambil inisiatif untuk beralih kepada persijilan MS ISO 9001: 2008. hari ini, 17 Januari 2011, adalah hari ini yang bersejarah bagi Jabatan Pertanian Sabah, oleh kerana sebentar lagi, MS ISO 9001:2008 akan dilancarkan.


  • Standard MS ISO 9000 bukanlah sesuatu yang baru kepada warga Jabatan kerana terdahulu ini kita telah pun berjaya memperolehi sijil MS ISO 9000 tersebut iaitu MS ISO 9001:2000, namun sijil tersebut telah luput.

  • Oleh itu, majlis pada pagi ini, iaitu Pelancaran MS ISO 9001:2008, adalah amat bertepatan sekali sebagai tanda komitmen Jabatan ke arah meningkat sisitem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berterusan.

  • Jabatan telah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan kualiti sisitem penyampaian perkhidmatan, salah satu program tersebut adalah pelaksanaan MS ISO 9000 dengan tujuan memantapkan tadbir urus sistem penyampaian perkhidmatan yang memberi focus kepada kehendak dan ekspektasi pelanggan.

  • Ia merupakan satu standard bertulis yang menetap dan menyenaraikan keperluan-keperluan asas yang ada dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Jabatan.




  • Pelaksanaan MS ISO 9000 membawa satu peralihan di dalam budaya pengurusan Jabatan. Ia menghendaki Jabatan mengenalpasti kehendak pelanggan, merancang dan mengawal proses yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi kehendak mereka.






  • Tanggungjawab Pengurusan adalah memperincikan tugas yang perlu dijalankan oleh pihak pengurusan atasan.

  • Ini menghendaki pihak pengurusan atasan menetapkan dasar dan objektif kualiti yang jelas, mendokumen dan menyebarkan dasar dan objektif kualiti tersebut ke seluruh organisasi; menentukan tanggungjawab mengenai kualiti;

  • memperuntukkan sumber yang mencukupi untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kualiti, melantik pegawai khas bagi mempastikan sistem kualiti memetuhi standard; dan mengkaji semula secara berkala kesesuian dan keberkesanan sistem kualiti tersebut.




  • Bagi membolehkan pihak pengurusan membuat kawalan ke atas sistem kualiti, pihak pengurusan atasan juga adalah dikehendaki oleh MS ISO 9000 untuk menjalankan Audit Kualiti Dalaman mengikut kekerapan yang ditetapkan.

  • Pengauditan akan memberi peluang kepada pengurusan atasan untuk mengenalpasti sama ada aktiviti-aktiviti di dalam sisitem kualiti adalah memenuhi keperluan standard serta berkesan dalam mencapai dasar dan objektif yang ditetapkan atau sebaliknya.

  • Jika terdapat ketidakpatuhan dalam sistem kualiti, langkah pembetulan boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut.





Seterusnya latihan yang secukupnya perlu disediakan bagi mereka yang terlibat dalam melaksanakan tugas-tugas tersebut untuk memastikan tugas tersebutdijalankan dengan cekap dan berkesan.
















Wednesday, January 19, 2011

SOIL BELASAH PATOLOGI!!

Sejajar dengan objektif Kelab Pertanian, maka KSR Tuaran telah mengorak langkah untuk memperhebatkan aktiviti pada tahun ini. Sebagai langkah awal, siri perlawanan Pra Musim Futsal Kompleks Pertanian Tuaran telah dimulakan pada Selasa, 18 Januari 2011, bertempat di Gelanggang Futsal ARC Tuaran.



Siri Perlawanan Pra Musim dimulakan dengan pertembungan diantara Unit Soil vs Unit Patologi.

Soil telah membalasah Patologi


11 berbalas 9!!!!





















Monday, January 17, 2011

MAJLIS PELANCARAN MS ISO 9001:2008 JABATAN PERTANIAN SABAH

Ketibaan Yang Berbahagia Tuan MC Ismail Salam, Pengarah Pertanian Sabah ke Majlis Pelancaran MS ISO 9001:2008 yang diadakan di Dewan Serbaguna KPIM, KOTA KINABALU.
17 Januari 2011.
























".... Pelancaran MS ISO 9001:2008, adalah amat bertepatan sekali sebagai tanda komitmen Jabatan ke arah meningkat sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berterusan..." sebahagian dari sedutan ucapan Tuan pengarah pada pagi tersebut.