Wednesday, February 20, 2013
gunung KINABALU XPDC
SYUKUR!!
Sangat memenatkan.
sepanjng turun kembali ke Timpuhun gate
aku berjanji tidak mendaki lagi
memang sengsara
terlalu sengsara!
tapi
gunung kinabalu memang ada magic
realisma magis!
anda akan tergoda (terpugai)
dengan fenomena ciptaan Mahakarya
tidak tertulis dengan kata2.
16 -17 Mac 2013
penerokaan alam indah
suatu yang tragis
lebih lagi
XPDC 2011 tersadai di ketinggian 11000 kaki
hampir mengalah
tapi
tahun 2013
memang ada magisnya
Tuesday, February 5, 2013
PEMBEKALAN BAHAN TANAMAN Jabatan Pertanian Sabah
PEMBEKALAN BAHAN TANAMAN
sumber:http://www.sabah.gov.my/tani/s2_perkhidmatan/bekal_bahan.html
1. Pengenalan
Jabatan Pertanian Sabah melalui Seksyen Pengeluaran Bahan Tanaman bertanggungjawab dalam mengeluarkan bahan-bahan tanaman bermutu untuk memenuhi keperluan dan kepentingan para petani di Negeri Sabah. Bahan-bahan tanaman yang dikeluarkan adalah seperti buah-buahan cantum dan anak semaian terpilih dan kopi melalui stesen - stesen pertanian di daerah. Di samping itu benih-benih bermutu seperti padi, jagung, kacang tanah dan sayur-sayuran adalah dikeluarkan melalui pusat-pusat pengeluaran benih di Kimanis, Kota Belud dan Tenom. Manakala anak benih kelapa bermutu seperti Pandan dan MATAG dikeluarkan melalui Stesen Kelapa Menumbok.2. Matlamat3. Bidang Tanaman
Mengeluarkan dan membekalkan bahan-bahan tanaman bermutu buah-buahan, kopi dan tanaman lain untuk keperluan petani dan peladang di Negeri Sabah. Mengeluarkan dan membekalkan benih padi bermutu, benih-benih bermutu tanaman kontan seperti jagung, kacang tanah, kacang soya dan sayur-sayuran terpilih untuk keperluan petani di Negeri Sabah
Perkhidmatan membekal bahan-bahan tanaman berkualiti seperti berikut:
- Benih Padi sah
- Kacang Tanah
- Jagung
- Sayuran terpilih
- Buah-buahan terpilih
- Kopi
- Kelapa
- Sawit
4. Bentuk BantuanPembekalan bahan tanaman5. Kelayakan
Pemohon mestilah warganegara Malaysia bermastautin di Sabah dan berumur 18 tahun ke atas. Keutamaan diberikan kepada Bumiputera. Mempunyai tanah bergeran. Menjadi Ahli Kumpulan Tani6. Cara MemohonSemua permohonan haruslah dikemukakan kepada Pegawai Pertanian/Pegawai Penguasa Pertanian Daerah berdekatan.Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Pertanian,Seksyen Pengeluaran dan Pemprosesan Bahan Tanaman, Aras 7, Ibu Pejabat Pertanian Wisma Pertanian SabahTel: 088-283231 Faks : 088-239046
Subscribe to:
Posts (Atom)