MANUAL AMALAN PERTANIAN YANG BAIK (APB)
DALAM PELAKSANAAN SKIM AMALAM LADANG BAIK MALAYSIA (SALM)
http://doa.skali.my/c/document_library/get_file?uuid=87e02fc1-93d5-4b65-ac56-38b0cc5e58c3&groupId=10131
Apa dia Amalan Pertanian Baik? (APB)
Amalan Pertanian yang Baik adalah satu sistem pengurusan yang mengamalkan amalan-amalan pertanian
yang baik yang dilaksanakan mengikut standard dan undang-undang/peraturan bagi mengawal dan
mengurangkan hazard, risiko dan impak terhadap aktiviti pengeluaran pertanian. Sistem pengurusan
ini akan dapat meningkatkan produktiviti, menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja, keselamatan
makanan dan pemuliharaan alam sekitar. Usaha ini adalah ke arah pembangunan pertanian lestari.
Hubungkait APB dan SALM
APB adalah proses pengurusan dan amalan-amalan yang perlu dilaksanakan dalam sistem pengeluaran
ladang, manakala SALM adalah sistem pensijilan bagi memastikan segala peraturan dan standard APB
dipatuhi oleh pengusaha.
Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)
Objektif
Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) adalah satu skim yang diwujudkan oleh Jabatan Pertanian
bagi mengiktiraf ladang-ladang yang mengamalkan amalan pertanian yang baik, mesra alam sekitar,
menghasilkan produk berkualiti, selamat dan sesuai untuk dimakan.
Kaedah Pelaksanaan SALM
Semua pengusaha ladang yang ingin memohon untuk pensijilan SALM dikehendaki mematuhi garis
panduan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
A. Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pertanian. Setiap permohonan akan diberi nombor pendaftaran SALM yang khas untuk ladang itu sahaja.
Semua surat-menyurat mengenai ladang tersebut perlu menggunakan nombor pendaftaran ini.
B. Kesesuaian Ladang dan Persekitaran
Pemeriksaan ke atas ladang akan dijalankan oleh pegawai dari Jabatan Pertanian selepas ladang
tersebut diberi nombor pendaftaran.
B.1 Pemeriksaan Tapak
Pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian akan membuat lawatan ke ladang bagi menilai dan
memastikan ladang-ladang mematuhi perkara-perkara berikut:
i. Ladang mesti mempunyai rekod mengenai sejarah penggunaan tanah, pelan lakar
kawasan dan jenis tanaman yang ditanam.
ii. Bagi pembukaan kawasan baru, kajian mengenai risiko kawasan perlu dilakukan dengan
mengambil kira penggunaan tanah sebelumnya, kesan aktiviti pertanian terhadap tanah
dan kawasan sekeliling dan aktiviti yang dijalankan di kawasan sekeliling. Semua maklumat
mengenai risiko ini perlu direkod.
SALM 15-3
SKIM AMALAN LADANG BAIK MALAYSIA - 270 -iii. Pelan tindakan pembetulan hendaklah disediakan untuk mengurang/mengelak segala
risiko yang dikenal pasti.
iv. Ladang diusahakan secara sah, dengan meneliti geran tanah atau surat perjanjian sewa
atau lain-lain dokumen bagi membuktikan penggunaan tanah yang sah.
v. Ladang mempunyai laporan kesesuaian tanah, jika tidak Jabatan Pertanian akan
menjalankan bancian dengan mengenakan bayaran yang minimum.
vi. Ladang menjalankan amalan pemuliharaan tanah, jika terdapat tanda-tanda hakisan
berlaku di kawasan ladang yang akan mencemarkan/mengganggu alam sekitar.
vii. Ladang tidak terdedah kepada pencemaran seperti terletak berdekatan kilang kelapa
sawit atau tempat pembuangan sampah dan lain-lain.
viii. Ladang yang diusahakan selepas tahun 2002 tidak terletak diparas melebihi 1,000 meter
di atas paras laut (MAPL).
ix. Jika ladang terletak di kawasan bercerun, langkah-langkah pemuliharaan tanah hendaklah
dilaksanakan bagi mengelak kejadian tanah runtuh (erosion), silt deposition di kawasan
laluan air.
Ladang-ladang yang telah memenuhi syarat-syarat di atas akan disyorkan untuk dijalankan
pemeriksaan verifikasi amalan ladang. Jika tidak pihak Jabatan Pertanian akan mengesyorkan
langkah-langkah pembaikan/pemuliharaan yang perlu dilaksanakan di ladang tersebut.
B.2 Amalan Ladang
Verifikasi Amalan Ladang akan dibuat dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek utama
seperti berikut:
i. Penyimpanan Rekod Ladang
ii. Penggunaan Bahan Tanaman
iii. Pengurusan Tanah/Substrate
iv. Pengurusan Pembajaan
v. Pengairan dan Fertigasi
vi. Pengurusan Perosak Tanaman
vii. Penyimpan Input Pertanian
viii. Amalan Kultura
ix. Penuaian Hasil
x. Pengendalian Pascatuai
xi. Pengurusan Bahan Buangan/Sisa Ladang
xii. Keselamatan dan Kebajikan Pekerja
Pemeriksaan dijalankan melalui kaedah menemubual tuan punya ladang atau wakil, menyemak
rekod ladang serta kaedah pemerhatian atau pemeriksaan premis tertentu di ladang.
i. Penyimpanan Rekod Ladang
Pengusaha dikehendaki menyimpan ke semua rekod-rekod seperti berikut:
a. Rekod pembelian input seperti baja, penggalak tumbuhan, substrates, soil conditioner,
bahan tanaman, racun makhluk perosak, peralatan ladang dan jentera ladang.
b. Rekod penggunaan baja, penggalak tumbuhan, soil conditioner, rawatan/fumigasi tanah
atau media/substrate, bahan tanaman, racun makhluk perosak dan air untuk sistem
pengairan dan fertigasi.
SALM 15-3
SKIM AMALAN LADANG BAIK MALAYSIA - 271 -c. Rekod amalan kultura dan rekod pengawasan perosak yang dilakukan.
d. Rekod hasil dari segi pengeluaran, penggredan, penjualan, serta rawatan hasil yang
dijalankan.
e. Rekod pembuangan sisa ladang/ kitar semula sisa ladang.
f. Rekod latihan pekerja.
g. Rekod mengenai pekerja ladang.
Rekod-rekod ini hendaklah diisi di dalam buku Rekod Ladang dan sentiasa dikemas kini.
ii. Penggunaan Bahan Tanaman
a. Mengguna bahan tanaman dari varieti yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian atau
agensi kerajaan yang lain. Varieti atau klon mesti terdapat dalam senarai klon atau varieti
tanaman buah-buahan dan sayuran yang disyorkan.
b. Mengguna bahan tanaman yang bebas penyakit. Pokok penanti yang digunakan yang
tahan penyakit terutama bagi tanaman limau.
c. Penggunaan bahan tanaman dari jenis GMO (genetically modified organism) perlu
dielakkan.
iii. Pengurusan Tanah dan Substrat
a. Tentukan jenis media atau substrat yang digunakan di ladang. Digalakkan menggunakan
substrate dari jenis organik seperti cocopeat, tandan kelapa sawit, sekam padi dan
lain-lain dalam pengurusan tanaman.
b. Tentukan jenis rawatan yang dilakukan terhadap media/substrate dan jenis kimia yang
digunakan.
c. Jika menggunakan teknik-teknik lain penanaman seperti fertigasi, aeroponik dan
sebagainya, tentukan bagaimana media tanaman atau larutan yang gunakan
dibuang.
iv. Pengurusan Pembajaan
a. Dilarang menggunakan baja daripada najis manusia dan khinzir untuk pembajaan.
b Rekodkan penggunaan baja, bahan penggalak tumbuhan dan soil conditioner jika
menggunakannya.
c. Menggunakan baja mengikut jenis dan kadar yang disyorkan mengikut keperluan tanaman
dan memastikan sumber baja tersebut.
d. Jika menggunakan baja jenis organik, sumber bahan tersebut hendaklah dipastikan dan
hendaklah disimpan di tempat yang tidak akan menyebabkan berlakunya pencemaran.
e. Analisis kandungan nutrien dan logam berat di dalam baja organik hendaklah dilakukan
sebelum digunakan. Sumber baja organik yang digunakan hendaklah direkod.
f. Mesin dan peralatan yang digunakan untuk menyembur/menabur baja hendaklah berada
dalam keadaan baik.
SALM 15-3
SKIM AMALAN LADANG BAIK MALAYSIA - 272 -v. Pengairan dan Fertigasi
a. Penggunaan air untuk tujuan pengairan dan fertigasi hendaklah bergantung kepada
keperluan dan menggunakan sistem yang sesuai.
b. Penggunaan air daripada loji yang tidak dirawat (untreated sewage water) tidak
dibenarkan.
c. Bekalan air hendaklah dari sumber yang berkekalan dan bersih dan hendaklah dibuat
analisis sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mengelakkan pencemaran.
vi. Pengurusan Perosak Tanaman
Penggunaan racun kimia bagi kawalan perosak tanaman hendaklah dikurangkan, jika racun
makhluk perosak perlu digunakan syarat-syarat berikut perlu dipatuhi:
a. Menggunakan racun makhluk perosak yang berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk
Perosak (LRMP).
b. Menggunakan racun makhluk perosak (serangga, kulat dan rumpai) yang disyorkan untuk
tanaman yang berkenaan yang terdapat pada label.
c. Menggunakan racun mengikuti kadar yang disyorkan seperti yang ditulis pada label. Kadar
yang betul untuk digunakan mengikut label boleh dibuat dengan membuat pengiraan
yang tepat.
d. Mengikuti sepenuhnya bilangan semburan maksimum yang disyorkan dan tempoh selamat
memetik hasil (PHI) pada label.
e. Penggunaan jenis racun yang sama untuk mengawal perosak hendaklah dielakkan bagi
mengelakkan perosak menjadi rintang.
f. Mengamalkan pengurusan perosak bersepadu (IPM) dengan mengamalkan dua atau
lebih kaedah kawalan perosak seperti kawalan kimia, kawalan biologi, kawalan kultura,
kawalan mekanikal dan kawalan fizikal. Antara kaedah IPM yang boleh digunakan ialah
penggunaan perangkap lampu, perangkap feromon, tanaman perangkap, ‘repellent plant’,
membalut buah dan mengumpul hasil yang rosak.
g. Pekerja ladang hendaklah memakai pakaian keselamatan yang sempurna semasa
menyembur racun seperti penutup muka, penutup mulut, sarung tangan, seluar panjang,
baju berlengan panjang, kasut but dan topi. Peralatan ini hendaklah dibersihkan selepas
diguna dan disimpan berasingan dari tempat simpanan racun makhluk perosak.
h. Pekerja yang menggunakan racun makhluk perosak hendaklah dilatih mengenai
penggunaan dan pengendalian racun makhluk perosak secara selamat.
i. Kawasan yang baru diracun hendaklah ditanda dengan jelas.
j. Peralatan yang digunakan untuk penyemburan hendaklah bersesuaian dengan tanaman
dan sentiasa berada dalam keadaan baik.
k. Bancuhan racun yang berlebihan selepas penyemburan dan air bilasan tangki penyembur
racun hendaklah diguna untuk penyemburan di kawasan tanah lapang atau di kawasan
tanaman yang belum disembur.
l. Botol-botol racun kosong tidak boleh diguna semula dan cara pelupusan hendaklah
dengan cara yang tidak membahayakan manusia dan alam sekitar. Pusat pengumpulan
dan pelupusan yang telah dikenal pasti digunakan jika ada.
SALM 15-3
SKIM AMALAN LADANG BAIK MALAYSIA - 273 -m. Bekas racun yang telah diguna perlu dibilas sebanyak tiga kali atau ‘triple rinsing’.
Kaedah ‘triple rinsing’ dilakukan dengan memasukkan air ke dalam bekas racun dan
menggoncangkan bekas tersebut dan air bancuhan dimasukkan semula ke dalam tong
semburan racun. Proses ini diulang sebanyak tiga kali dan bekas racun tersebut jika
bekas plastik hendaklah dibocorkan.
n. Bekas-bekas kosong perlu disimpan di tempat selamat sehingga ianya dilupuskan.
Pelupusan hendaklah mengikut Akta Racun Makhluk Perosak atau peraturan-peraturan
lain sedia ada.
o. Racun makhluk perosak yang telah luput dan tidak boleh digunakan lagi hendaklah
dilupus melalui kontraktor yang berlesen atau saluran yang dibenarkan.
vii. Penyimpanan Input Pertanian
a. Tempat penyimpanan baja dan racun makhluk perosak hendaklah berasingan jika tidak,
sekatan perlu disediakan untuk mengasingkan kedua-kedua bahan tersebut dan dilabel
dengan jelas.
b. Tempat penyimpanan racun makhluk perosak yang sempurna perlu disediakan. Tempat
tersebut hendaklah berasingan, berkunci, mempunyai tanda merbahaya di pintu masuk,
mempunyai cahaya dan pengudaraan yang cukup dan menyediakan baldi yang berisi
pasir bagi merawat tumpahan racun perosak jika berlaku tumpahan. Rak-rak hendaklah
menggunakan bahan yang tidak menyerap (non absorbent material).
c. Tempat penyimpanan baja mestilah berbumbung, bersih, kering dan tidak mendatangkan
risiko kepada punca air. Tempat penyimpanan baja boleh digunakan juga untuk menyimpan
peralatan ladang.
d. Tempat penyimpanan baja dan racun makhluk perosak tidak boleh digunakan untuk
menyimpan hasil dan bahan tanaman lain.
e. Kunci untuk tempat penyimpanan racun hendaklah dipegang oleh pekerja/individu yang
terlatih untuk mengendalikan racun makhluk perosak.
f. Prosedur yang jelas hendaklah disediakan jika berlaku kemalangan atau kecemasan,
seperti pondok telefon terdekat dan nombor telefon pegawai yang perlu dihubungi.
g. Inventori racun makhluk perosak di tempat simpanan hendaklah dikemaskini.
h. Racun hendaklah disimpan di dalam bekas asal. Racun dan bahan kimia yang didaftar
untuk tanaman yang diusahakan sahaja dibenar disimpan di ladang tersebut.
i. Racun jenis debu powder hendaklah simpan di rak di tingkat atas racun jenis cecair.
viii. Amalan Kultura
a. Amalan kultura yang dijalankan hendaklah bersesuaian dengan tanaman yang diusahakan
bermula dari peringkat menanam sehingga memungut hasil. Pertumbuhan tanaman
hendaklah sentiasa subur dan tidak menunjukkan kekurangan unsur-unsur nutrien dan
serangan penyakit. Amalan kultura bagi meningkatkan kesuburan dan kualiti hasil seperti
membuat sungkupan, cantasan, membalut buah dan lain-lain perlu direkodkan.
ix. Penuaian Hasil
a. Prosedur kebersihan mengenai pengendalian hasil perlu disediakan untuk mengelakkan
berlakunya kontaminasi fizikal, mikrobial atau kontaminasi kimia.
SALM 15-3
SKIM AMALAN LADANG BAIK MALAYSIA - 274 -b. Setiap pekerja perlu diberi latihan mengenai kebersihan asas dan aspek keselamatan
makanan sebelum mengendalikan hasil.
c. Pekerja dikehendaki memaklumkan kepada pihak pengurusan jika mereka jatuh sakit
atau dijangkiti penyakit berjangkit yang menyebabkan mereka tidak sihat dan tidak sesuai
untuk bekerja.
d. Pekerja hendaklah disediakan dengan kemudahan tandas dan air bersih untuk mencuci
tangan di kawasan bekerja.
e. Perlu mempunyai sistem penuaian hasil yang baik. Sistem penuaian mestilah mengikut
indeks kematangan yang bersesuaian dengan tanaman. Hasil yang dipungut hendaklah
diisi di dalam bekas yang sesuai, cara pengangkutan di ladang bersesuaian serta ada
pusat pengumpulan dan sistem penggredan yang baik.
f. Perlu mempunyai sistem rawatan lepas tuai yang baik, mempunyai tempat khas untuk
membersih dan merawat hasil. Jika hasil dibasuh, tempat khas untuk pengeringan
hendaklah disediakan. Jika rawatan buah dijalankan, hendaklah menggunakan kaedah
rawatan yang dibenarkan.
g. Perlu mengamalkan penggredan hasil yang baik. Membuat penggredan di ladang dan
mematuhi hygiene condition di mana menggunakan tempat yang bersih, peralatan yang
bersih dan tempat membasuh tangan yang bersih. Antara standard penggredan yang
boleh digunakan ialah Malaysian Standard (MS) dan Standard FAMA.
h. Bekas/kotak (packaging material) hendaklah disimpan di tempat yang bersih bagi
mengelak kontaminasi fizikal dan kimia dan terkawal dari serangan tikus, burung dan
haiwan lain.
i. Jika hasil dibungkus di ladang, jangan tinggalkan hasil tersebut di ladang untuk semalaman
bagi mengelakkan pencemaran.
j. Bekas-bekas/bakul yang diguna semula untuk pungutan hasil hendaklah dibersihkan dari
masa ke masa.
x. Pengendalian Pasca tuai
a. Penggunaan bahan kimia untuk rawatan hasil jika boleh hendaklah dielakkan. Jika perlu
digunakan hendaklah mengikut arahan dilabel dan mematuhi Akta Makanan dan Akta
Racun Makhluk Perosak.
b. Untuk hasil yang akan dieksport, penggunaan bahan kimia hendaklah mematuhi undangundang negara pengimport.
c. Rekod mengenai rawatan hasil hendaklah disimpan.
d. Air bersih hendaklah digunakan untuk rawatan hasil. Sumber air yang digunakan perlu
dibuat analisis sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan ia bersih.
xi. Pengurusan Bahan Buangan/Sisa Ladang
a. Mengamalkan cara pengurusan pembuangan sisa ladang yang baik. Sisa tanaman (crop
residue) digalakkan untuk digunakan semula atau dijadikan kompos. Bagi bekas racun,
media tanaman seperti rockwool, polybeg, bekas baja dan lain-lain perlu dikitar semula,
digunakan semula atau ditanam. Bekas racun boleh dibersihkan melalui kaedah bilas
tiga kali (triple rinsing) sebelum dikitar semula.
SALM 15-3
SKIM AMALAN LADANG BAIK MALAYSIA - 275 -xii. Keselamatan dan Kebajikan Pekerja
a. Hendaklah menggaji pekerja yang sah iaitu mempunyai permit/pasport yang sah bagi
pekerja asing.
b. Pekerja yang diupah mestilah berumur lebih daripada 16 tahun.
c. Kemudahan asas seperti tandas, bekalan air bersih, tempat membasuh tangan yang
sesuai, sabun, tempat mandi, tempat berehat, first aid box dan alat pemadam api mesti
disediakan kepada pekerja. Jika pekerja disediakan tempat tinggal di kawasan ladang,
tempat itu hendaklah berasingan dengan stor simpanan input terutamanya racun makhluk
perosak.
d. Latihan perlu diberi kepada pekerja ladang mengenai mengendalikan peralatan dan
mesin/jentera ladang, serta mengenai kebersihan dan pengendalian hasil yang betul.
Semua rekod latihan perlu disimpan.
e. Prosedur jika berlaku kecemasan dan kemalangan perlu disediakan dan dipamerkan di
tempat kerja.
f. Pemeriksaan kesihatan perlu dijalankan mengikut peraturan kerajaan bagi pekerja yang
mengendalikan racun makhluk perosak.
C. Analisis Sampel Hasil dan Air
a. Sampel hasil ladang yang telah sedia untuk dijual akan diambil untuk dibuat analisis bagi
menentukan kandungan sisa baki racun makhluk perosak, logam berat dan kontaminasi
mikrobial. Sampel ini akan diambil sebanyak tiga kali mengikut protokol yang telah
ditetapkan.
b. Sampel air yang digunakan untuk pengairan akan juga diambil untuk dibuat analisis bagi
menentukan kandungan sisabaki racun makhluk perosak dan logam berat. Sampel ini
akan diambil sekali sahaja.
c. Analisis hasil dan air hendaklah menunjukkan bahawa kandungan sisa baki racun
makhluk perosak dan logam berat adalah di bawah paras yang dibenarkan mengikut
Akta Makanan 1983.
Syarat Pensijilan
Rujuk kepada ‘Malaysian Farm Certification Scheme For Good Agricultural Practice (SALM)
Standard’
Di dalam panduan Standard SALM, terdapat 29 elemen/syarat yang dikategorikan sebagai syarat wajib
utama (major must), 77 wajib bukan utama (minor must) dan 57 syarat di bawah kategori digalakkan
(encouraged).
Syarat Wajib Utama ialah Syarat yang mesti dipatuhi, jika tidak, menyebabkan impak yang serius
kepada alam sekitar, keselamatan makanan dan kebajikan pekerja.
Syarat Wajib Bukan Utama ialah Syarat yang mesti dipatuhi, tapi impaknya tidak begitu serius.
Syarat Digalakkan ialah Syarat yang tidak diwajibkan tetapi adalah disyorkan dalam standard.
SALM 15-3
SKIM AMALAN LADANG BAIK MALAYSIA - 276 -Dua peringkat pensijilan akan diperkenalkan iaitu:
Peringkat 1: Ladang-ladang telah mematuhi kesemua syarat wajib utama.
Pada peringkat ini ladang akan diberi surat perakuan.
Peringkat 2: Ladang mematuhi kesemua syarat wajib utama dan 95% syarat wajib
bukan utama dan 50% syarat yang digalakkan
Ladang yang telah mencapai peringkat ini akan dianugerahkan Sijil dan layak menggunakan logo
SALM.
Ladang yang telah diberi pensijilan SALM boleh menggunakan logo SALM. Pensijilan adalah sah untuk
tempoh dua tahun dan pembaharuan pensijilan akan dikeluarkan jika ladang dapat mematuhi syaratsyarat yang ditetapkan. Pensijilan juga boleh ditarik balik dalam tempoh sah laku jika dalam tempoh itu
ladang didapati gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan.
Rekod Aduan
Semua aduan mengenai hasil yang tidak mematuhi standard yang ditetapkan dan prosedur mengatasi
masalah tersebut hendaklah direkodkan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Urus Setia SALM
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Jabatan Pertanian
Aras 7, Lot 4G2, Wisma Tani, Presint 4
62632 Putrajaya
Tel : 03-8870 3448/3570/3583 Fax : 03-8888 7639
SALM 15-3
SKIM AMALAN LADANG BAIK MALAYSIA - 277 -