Tuesday, May 31, 2011

PESTA KAAMATAN KELAB PEETANIAN TUARAN

Ratu Tuaran!



Yg. Bgh Tn. William Wong, Ketua Penolong Pengarah menyampaikan hadiah kepada pemenang pakaian tradisi terlengkap.



Jelitawan ARC....!!!





BONTUGAN...







aramaaaaitiiiiiii......





















Persembahan pelajar latihan industri













sumandakkkkkkk...















Enigma.... superior disebalik tabir

















Entertainer ARC




















Sunday, May 22, 2011

Sunday, May 15, 2011

Persediaan Seminar Kecergasan 2011

Siapa bakal JUARA?...



Bapak Presiden.... sentiasa memantau kelancaran temasya tahun ini.



Tuan Pengarah.... pasti mengharapkan yang terbaik dari anak-anak buahnya...

"Majulah Sukan Untuk Jabatan"







Selatan vs KK!.. siapa lagi teror...?







Nah... ambil kooooo









Pengurus Bola Jaring Zon Selatan

... adakah mereka dapat menghalang Pn. Julia meneruskan legasinya???











Mungkin juara tahun ini....?













sukan ini tidak dipertandingkan....

kalau tidak....tatap SELATAN punya makanan..














kata-kata semangat

















Penyokong..... penuh emosi



















Mungkinkah kali ini Tropi bola jaring bukan miliknya lagi???





















bulldozer tatap mengganasssss























Aziah.... taruhan SELATAN

























TIDAK gentar



























dulu...

dan

kini

perjuangan harus diteruskan

LAWAN TETAP LAWAN






























BAZAAR SAUDARA KITA











































Kami memerlukan sumbangan anda untuk membiayai :
#Aktiviti dakwah dan kebajikan mualaf yang masih ketinggalan di seluruh Sabah
#Pembayaran elaun tenaga pengajar (ustaz / Ustazah) Pusat Bimbingan
#Sewa bulanan dan perbelanjaan harian Rumah Kebajikan / Perlindungan Mualaf Kg. Likas, Kota Kinabalu.
#Pembelian peralatan pembelajaran.
#Kos pengankutan dan makan minum untuk pelajar.
#Pembinaan bangunan tetap Pusat Bimbingan Saudara Kita “Mualaf Centre”.
#Mini perpustakaan / rujukan agama.
#Pembelian Al-Quran dan terjemahannya.
#Bancian mualaf seluruh Sabah / pengkalan data Saudara Kita.
#Pembelian kenderaan 4WD dan van untuk dakwah seluruh Sabah.
#Pengurusan Jenazah & derma.
#Pembelian sebidang tanah untuk usahawantani / SME mualaf.
#‘Upgreade’ Taman Persemadian Mualaf.
#Penerbitan buletin bulanan dan majalah tahunan.
#Majlis sambutan hari kebesaran Islam (Aidil Fitri, Aidil Adha, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nisfu Sya’ban, Ramadhan dan lain-lain.
#Ziarah & menyusuli Saudara Kita yang mengalami musibah.
#Kempen ‘Save Our Aqidah’ kepada mereka yang ‘Silent Murtad’.
#Aktiviti rutin / khidmat sosial.

Saturday, May 14, 2011

Once upon a time



Once upon a time there was a painter who had just completed his course. He took 3 days and painted beautiful scenery. He wanted people's opinion about his caliber and painting skills.He put his creation at a busy street-crossing. And just down below aboard which read -"I have painted this piece. Since I'm new to this profession I might have committed some mistakes in my strokes etc. Please put a cross wherever you see a mistake."While he came back in the evening to collect his painting he was completely shattered to see that whole canvass was filled with Xs(crosses) and some people had even written their comments on the painting.Disheartened and broken completely he ran to his master's place and burst into tears.This young artist was breathing heavily and master heard him saying "I'm useless and if this is what I have learnt to paint I'm not worth becoming a painter. People have rejected me completely. I feel like dying"Master smiled and suggested "My Son, I will prove that you are a great artist and have learnt a flawless painting. Do as I say without questioning it. It WILL work."Young artist reluctantly agreed and two days later early morning he presented a replica of his earlier painting to his master. Master took that gracefully and smiled."Come with me." master said.They reached the same street-square early morning and displayed the same painting exactly at the same place. Now master took out anotherboard which read -"Gentlemen, I have painted this piece. Since I'm new to this profession I might have committed some mistakes in my strokesetc. I have put a box with colors and brushes just below. Please do a favor. If you see a mistake, kindly pick up the brush and correct it."Master and disciple walked back home.They both visited the place same evening. Young painter was surprised to see that actually there was not a single correction done so far. Next day again they visited and found painting remained untouched. They say the painting was kept there for a month for no correction came in! Moral of the story:It is easier to criticize, but DIFFICULT TO IMPROVE!So don't get carried away or judge yourself by someone elses criticism and feel depressed... JUDGE YOURSELF! YOUR ARE YOUR BEST JUDGE!!!

Wednesday, May 11, 2011

BEFORE TSUNAMI















BEFORE TSUNAMI
(Satoyama Initiative – Ishikawa Prefecture)



Having seen landscapes and seascapes of Satoyama-Satoumi, and having understood the meaning and origin of the concept, I've been thinking all the time that the true meaning of this word is another: a more powerful and less easy to be defined. It goes beyond thinking that is a conceptual framework, a well-coordinated initiative, or a socially accepted model for territories management. Satoyama-Satoumi can have any face that you want. Its meaning is complicated but beautiful, for me, is a material expression of an untouchable and pure sense.

I began to think it when we visited Noto Peninsula. Everyone that we met has that untouchable sense: farmers, charcoal-makers, salt-makers, professors, students, community leaders. Everyone has the meaning of Satoyama-Satoumi as an inscription, but anyone explained it with words. The whole was greater than the sum of their parts, I understood that Satoyama means ‘mind’.

When we went to temple Shoganji, everything became clear. Matsubara sensei told us about the spiritual culture of Noto. He mentioned two aspects that define the essence of Satoyama: (a) the phrase 'One in All, All in One', and (b) the word 'Kokoro'. The first talks about how these landscapes are more than the sum of their parts (they are functional, rich and complex), while the second refers to the mind as a concept that expresses relationships with heart
and spirit as an underlying harmonic
core that shapes territories. Thus, Satoyama is a ‘Mindscape’ that everyone has, that everyone needs to find.

Japan, as a developed country, is understood as an international economic power. We are always thinking that everything is going very fast in countries like this, and also that the only way to be developed is to put everything in the hands of a cost-efficient, mechanical and inhuman rationality that serves the economic growth ensuring. Among other things, I've learned from Japan that economic growth and developing processes should have sensitivity and ability to appreciate the value of local cultures.

Reflections as deep as those that support Satoyama’s model for environmental management should be considered like elements of learning for our countries, particularly in the design process of public policy. As far as I could, I will work on it. The challenge is to find and develop our own mindscape; to learn from local and ancient cultures, and then to find pathways to build our own way of development.

Sebastián Restrepo-Calle & J. Ong.
Kanazawa, XII/1/2010

Tuesday, May 10, 2011

Azama Tani HEBAT



PROGRAM 1 AZAM (AZAM TANI) 2010
BIMBINGAN JABATAN PERTANIAN SABAH

1. PENDAHULUAN

Program 1 AZAM digubal bertujuan untuk menghapuskan kadar kemiskinan tegar sepenuhnya menjelang tahun 2010 dan Kerajaan Negeri Sabah telah menerima peruntukan sejumlah RM40 juta dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluargan dan Masyarakat untuk melaksanakan program ini. Jabatan Pertanian Negeri Sabah merupakan salah satu daripada agensi pembimbing dalam program ini.

Jabatan Pertanian Sabah telah mengenal pasti dua jenis projek iaitu, pertama projek bidang pemprosesan makanan dan kedua, projek bidang pengeluaran tanaman. Seramai 150 orang peserta terdiri dari Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai dalam e-Kasih telah dikenalpasti. Daripada jumlah itu seramai 110 orang KIR terlibat dalam bidang Pemprosesan Makanan dan 40 orang KIR dalam bidang pengeluaran tanaman meliputi 21 daerah di seluruh Sabah. Mereka ini akan menerima bantuan peralatan pemprosesan makanan atau peralatan kecil ladang mengikut kesesuian bidang usaha masing-masing selain diberi Kursus Asas dan Kursus Kemahiran.

2. OBJEKTIF PROGRAM 1 AZAM (AZAM TANI)

Objektif pelaksanaan Program 1 AZAM adalah untuk meningkatkan pendapatan golongan Miskin Tegar dan Miskin yang berdaftar dalam e-kasih melalui penglibatan mereka di dalam projek-projek ekonomi khususnya pengeluaran tanaman dan pemprosesan makanan yang berupaya meningkatkan pendapatan, taraf hidup dan kualiti hidup mereka.

3. KUMPULAN SASAR 1 AZAM (AZAM TANI)

Kumpulan sasar 1 AZAM (Azam Tani) terdiri dari Suri Rumah, Ahli Isi Rumah dan Ketua Isi Rumah keluarga tani yang mengusahakan pemprosesan makanan atau pengeluaran makanan yang berdaftar dalam senarai e-kasih.

4. SKOP DAN BANTUAN

Program ini tebahagi kepada dua skop: Pertama, skop bidang Pemprosesan Makanan dan kedua, skop bidang Pengeluaran Tanaman. Bidang Pemprosesan makanan mempunyai enam (6) pakej iaitu, Perusahaan Bakeri; Pemprosesan Kuih Muih Tradisional dan Makanan Ringan; Pemprosesan Mi Basah; Pemprosesan Minuman Kacang Soya dan Tauhu; Perusahaan Makanan Gerai dan Pemprosesan Air Tebu. Bidang pengeluaran Tanaman pula mempunyai lima (5) pakej iaitu, Pengeluaran Tanaman Sayur-sayuran (jenis daun dan buah); Pengeluaran Cili Padi; Pengeluaran Keladi; Pengeluaran Pisang dan Pengeluaran Tebu.





AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR

PENASIHAT

Tuan M.C Ismail Salam
Pengarah Jabatan Pertanian Sabah

PENGERUSI

Encik Idrus Shafie
Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan)

TIMBALAN PENGERUSI

Puan Hjh. Dg. Rayanih Hj. Ag. Hamit
Penolong Pengarah (Seksyen Industri Asas Tani)

Encik Noelle Bachi
Penolong Pengarah (Pengembangan Pertanian)

SETIAUSAHA

Puan Noor Hasnizah Ali Hassan

URUSETIA

Ketua
Encik Alidin Hj. Abd. Mohid

Ahli-ahli
Puan Janet Grace Asing
Puan Jainah Makajin
Puan Lily Sibining
Encik Harry Anthony
Encik Ahmed Kamal Bin Amir (Konsultan)
Puan Jainah Dahan
Puan Lailah Abd. Ghani

PENYEDIAAN TEKS UCAPAN

Ketua
Encik Abd. Fattah Awg. Yaakub

Ahli
Puan Hjh. Dg. Rayanih Hj. Ag Hamit


PUBLISITI DAN PERCETAKAN

Ketua
Encik Nasip Amat (Publisiti)
Puan Rita Chang Lan Moi (Percetakan)
Cik Herniezeiana Binti Tumijoh
Encik Ahmed Bin Kamal Amir

PENGURUSAN DAN HIASAN PENTAS

Ketua
Encik Ahmed Bin Kamal Amir

Ahli
Encik Turmudzi C. Purnomo
Encik Jumaat Ibrahim
Cik Masni Mustamin
Cik Deza Redzuanie Rasmadin

PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK

Ketua
Encik Bakar Jaludin

Ahli
Puan Sufiana Koh
Puan Dg. Rosliah Ag. Ahmadi
Encik Constantine Ian Francis

PENGINAPAN DAN JAMUAN

Ketua
Encik Alidin Hj. Abd. Mohid

Ahli
Puan Lily Sibining
Puan Deza Redzuanie Rasmadin

KONSULTAN (PELAKSANA KURSUS / FASILITATOR)

Ketua
Encik Zaharuddin Yahya

Ahli
Encik Ahmed Kamal Amir
Puan Deza Redzuanie Rasmadin

Monday, May 9, 2011

Hadiah paling bermakna buat Dayang Salamah








Tahniah kepada Tuan Pengarah dan Cik Fariza Ismail atas penganugerahan 'IBU RATU HATIKU' kepada bonda dan nenda mereka. Hebat!


Hadiah paling bermakna buat Dayang Salmah.

.
Faridah Tussin (kiri) diiringi Azizah Mohd. Dun (dua dari kiri) menyampaikan anugerah Ibu Ratu Hatiku kepada Dayang Salmah Tamin (dua dari kanan) di Kota Kinabalu, semalam.

.
KOTA KINABALU 8 Mei - Seorang bekas wartawan, Dayang Salmah Tamin, 81, menyifatkan anugerah Ibu Ratu Hatiku yang diterimanya hari ini sebagai hadiah paling bermakna sepanjang hidupnya.
Beliau yang juga bekas wartawan wanita pertama di negeri ini berkata, anugerah daripada kerajaan negeri sempena Hari Ibu menunjukkan penghargaan besar kerajaan terhadap jasa para ibu.
"Saya amat terharu sekali apabila dinobatkan anugerah ini dan saya merasakan segala perjuangan saya selama ini dihargai," katanya ketika ditemui pada majlis jamuan teh meraikan para ibu sempena Hari Ibu di sini hari ini.
Turut hadir isteri Ketua Menteri, Datin Seri Faridah Tussin dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun.
Pada majlis itu, turut menerima anugerah 'Ibu Ratu Hatiku' ialah Yu Choi Lan, 76, yang berasal dari Kudat.
Penerima anugerah berkenaan menerima piala, sijil pengiktirafan, jambangan bunga dan wang tunai RM3,000 yang disampaikan oleh Faridah.
Dayang Salmah yang berasal dari Kota Kinabalu aktif dalam penulisan pembangunan wanita dan telah berjaya menubuhkan taman bimbingan kanak-kanak, Sabah Kindergarten di Sembulan.
Menurut Dayang Salmah, meskipun berasal daripada keluarga yang miskin dia tetap meletakkan pendidikan sebagai keutamaan kepada semua anaknya dan ia dapat dilihat apabila kesemuanya berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara.
"Jadi saya menasihatkan kepada semua ibu yang mahu mengejar apa sahaja cita-cita supaya mengutamakan urusan rumah tangga dan anak-anak daripada perkara lain," katanya.

.
Sementara itu anak beliau yang juga Pengarah Jabatan Pertanian negeri, M.C Ismail Salam berkata, pengorbanan ibunya amat besar kerana dapat mengubah hidup mereka menjadi insan yang berguna.
Katanya, sehingga ke hari ini semua adik beradiknya sentiasa mendapat nasihat dan pandangan ibunya dalam menjalani kehidupan seharian.

*Rencana diambil dari web:


Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU

Terbaca sajak ini oleh Bazz di Sabah Times Sunday + ms 8,
di 'post' oleh PINK RIBBON Kota Kinabalu (persatuan untuk kesedaran kanser payudara):
.
Blessed be the mother
The Purest of gifts from above
Her tears for us are like no other...
No woman shows more love
Blessed be the sisters
Beside them I forever stand
Protecting each other, a sister and a brother
For them I am A better man
Blessed be the daughter
Princess of the earth
My pride and my joy
For her my life has worth
Blessed be the wifeWith whom I shall grow old
To her I owe my lifeWithout, I'd be alone and cold
Blessed be the women
For all that they have given
For them I stand, and in my hand
I hold this wishful pink ribbon
SELAMAT HARI IBU...




*dipetik dari notification fb mel celestial



Para Ibu dan Bakal Ibu...



Pengorbanan Sang Ibu... srikandi perjuangan







Friday, May 6, 2011

ACARA RASMI HARI KELUARGA JABATAN PERTANIAN SABAH 2011

!! JEMPUTAN UNTUK SEMUA WARGA JABATAN PERTANIAN SABAH !!

TEMA: "Beyond the Others, Family First"
TARIKH: Sabtu, 07 Mei 2011
TEMPAT: Dewan Serbaguna KPIM, Wisma Pertanian Sabah (Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah)

Senarai Acara:
01. Pendaftaran Warga Jabatan [07:00-07:30 a.m.]
02. Pertandingan Mewarna (7 tahun & ke bawah sahaja) [07:30 a.m.]
03. Pertandingan Jalan Atas Bata (2 Kategori) [07:30 a.m.]
04. Pertandingan Membawa Bola Ping-pong (2 Kategori) [08:00 a.m.]
05. Pertandingan Meniup Belon (1 Kategori) [08:00 a.m.]
06. Pertandingan Karaoke (Terbuka) [08:00 a.m.]
07. Pertandingan Memancing Botol (1 Kategori) [08:30 a.m.]
08. Pertandingan Lari Dalam Guni (Relay berkumpulan) [08:30 a.m.]
09. ACARA PERASMIAN HARI KELUARGA JABATAN PERTANIAN SABAH 2011 [09:00 a.m.]
10. Jamming Bersama Pengarah [09:00 a.m.]
11. Cabutan Nama Bertuah [09:10 a.m.]
12. Jamuan Makan (Potluck) [09:30 a.m.]
13. Pertandingan Hole-in-One (Golf) (Terbuka) [10:00 a.m.]
14. Pertandingan Lukis & Menang [10:30 a.m.]
15. Pertandingan Ratu Pakaian Tradisi (12 tahun ke bawah) [11:00 a.m.]
16. Penyampaian Hadiah & Cabutan Nama Bertuah [11:30 a.m.]
17. Bersurai [12:00 a.m.]

Senarai Jawatankuasa Pelaksana Hari Keluarga Jabatan Pertanian Sabah 2011:
Pengerusi Penganjur Hari Keluarga = En. Shafie Janati
01. Pendaftaran & Perhimpunan: Cik Herniezieana Tumijoh & En. Philip Conrad
02. P.A. System: En. Roslee Amit
03. Jamuan Makan & Minum: Pn. Rita Chang
04. Penyediaan/Susunatur Tempat: En. Meiji Amit & En. Joseph Fung
05. Sukaneka: En. Shafie Janati
06. Hamper: Pn. Christina Liaw & Cik Jude Grace M.
07. Mewarna: Cik Fariza Ismail Celestial & Cik Nurdiyana Yusoff
08. Sebaran Am: En. Jutom Ongkosing
09. Lukis & Menang: : Cik Fariza Ismail Celestial & Cik Nurdiyana Yusoff
10. Cabutan Nama Bertuah: Pn. Christina Liaw & Cik Jude Grace M.
11. Ratu Pakaian Tradisi: Pn. Batress Okong & Pn. Iennis Simbangan
12. Karaoke: Pn. Batress Okong & Cik Rozilah Saimin
13. Nasi Satu Jabatan: Pn. Nornizah Abdullah
14. Bazaar: En. Muhammad Fahmi Baba & En. Mohd. Wan Sweehaimi
15. Senaman Pagi: Pn. Mimi Dimis
16. Emcee: En. Nasib Amat & En. Jutom Ongkosing
17. First-aid Kit (Keselamatan): Ci Masni Mustamin
18. Healer (3 unit): En. Shafie Janati
19. Gerai KSR HQ: Hjh. Resnah (IAT)
20. Jurugambar & Video + Backdrop: En. Harry Anthony
21. Perasmian: Pn. Daisy Francis Kim Sung
22. Floor Manager: En. Shafie Janati & Cik Herawati Arang

Tuesday, May 3, 2011

HARI KELUARGA





HARI KELUARGA



JABATAN PERTANIAN SABAH 2011



.



BUTIRAN PENGANJURANTarikh : 7hb. Mei 2011 (Sabtu)



Masa : 07.30 am – 12.00 tgh



Tempat : ...Dewan KPIM, Wisma Pertanian KOTA KINABALU



Aktiviti :A) AKTIVITI HIBURAN/SUKANEKABIL.






AKTIVITI KATEGORI1. Mewarna A. 10 tahun ke bawah


B. 11 tahun ke atas


2. Bawa Bola Ping Pong A. 7 tahun ke bawahB. 13 tahun ke atas


3. Tiup Belon 8 – 12 tahun


4. Hole In One (Golf) Terbuka


5. Jalan Atas Bata A. 13 – 18 tahunB. 19 tahun ke atas


6. Lari Dalam Guni (Relay) Berkumpulan


7. Pancing Botol 8 – 12 tahun


8. Cabutan Nama Bertuah Berkumpulan


9. Bahasa Isyarat Berkumpulan


10. Karaoke Dewasa


11. Ratu Pakaian Tradisi Setiap Cawangan



.



AKTIVITI PENJUALAN (GARAGE SALE)• Dibuka kepada ahli-ahli Kelab Cawangan•


Yuran : RM10/tapak


• Lokasi tapak penjualan di Parking Lot berdepan dengan Pintu Masuk Wisma Pertanian Kota KinabaluMakan :



.



Makan secara potluck (dibawa oleh setiap Kelab Pertanian Cawangan)Pegawai Perhubungan : 1) En. Shafie Bin Janati (088 – 283280)



.



2) Cik Fariza Ismail Celestial (088 – 283248)



.



3) Cik Herawati Arang (088 – 283227)



.



4) Pn. Batress Okong (088 – 283231)

RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN KUARANTIN




TEKS UCAPAN YB MENTERI
RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN KUARANTIN
DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2O1O






.
8 MAC 2011 (SELASA), JAM 8.30 MALAM
DI HOTEL SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR
YB Dato’ Wira Johari Bin Baharom dan YB Tuan Chua Tee Yong,
Timbalan-timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,
YB Dato’ Seri dan Dato’ Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara
YBhg. Dato’ Mohd Hashim Bin Abdullah,
KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
YBhg. Dato’ Dr. Baharom Bin Jani,
TKSU Pembangunan
YBrs. Tn. Hj. Raihan Bin Sharif,
TKSU Perancangan
Yang Berbahagia Dato-Dato’, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kementerian,
Setiausaha-setiausaha Bahagian dan hadirin-hadirat sekalian,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam
Satu Malaysia



.
MUKADDIMAH
1. Bersyukur saya ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan
keizinan-Nya kita dapat berkumpul bersama-sama hari ini dalam majlis taklimat
Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia
2O1O.
2. Saya mengalu-alukan kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat Ahli-Ahli
Parlimen dan Ahli Dewan Negara, pada sesi taklimat ini bagi memaklumkan
mengenai Rang Undang-undang baru di bawah Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani yang akan dibentangkan pada sesi Mesyuarat Pertama,
Penggal Keempat dalam sidang Parlimen kedua belas ini bagi bacaan kali kedua
dan ketiga untuk dibahas dan diluluskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat,
2
3. YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
telah menyatakan bahawa sektor pertanian tidak boleh dipinggirkan. Kerajaan
ingin memajukan sektor pertanian serta menggembeleng segala potensi yang
ada supaya kemajuan sektor yang amat penting lagi strategik ini adalah selaras
dengan agenda negara. Sejajar dengan usaha memajukan pertanian, maka
bidang ini mesti menjadi satu sektor yang sama menjayakan ke arah mencapai
pendapatan tinggi atau sederhana tinggi untuk rakyatnya. Oleh yang demikian,
YAB Perdana Menteri menggariskan beberapa elemen penting untuk
memajukan bidang pertanian, diantaranya mewujudkan transformasi, daripada
bidang berproduktiviti rendah kepada berproduktiviti tinggi. Selain itu,
transformasi dalam bidang pertanian perlu berlaku dari segi penggunaan
teknologi iaitu daripada menggunakan teknologi rendah kepada aplikasi
teknologi tinggi. Ini antara perubahan paradigma yang mesti dilakukan untuk
mencapai apa yang digariskan dalam Model Baru Ekonomi (MBE).
4. Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi tempoh 2011 hingga 2015
mengunjurkan sektor pertanian akan menyumbang sebanyak 6.6 peratus kepada
Keperluan Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan Model Ekonomi Baru
(MEB) mensasarkan sumbangan sebanyak 5.2 peratus kepada KDNK pada
2020. Dalam keadaan ini sektor agro makanan dianggarkan menyumbang 2.6
peratus kepada KDNK menjelang 2020. Untuk merealisasikan hasrat
berkenaan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menggubal
Dasar Pertanian Keempat/Dasar Agro Makanan dimana objektif pertama adalah
untuk meningkatkan pendapatan kumpulan sasar dan sumbangan kepada
pendapatan negara dan kedua untuk menjamin bekalan makanan yang
mencukupi dan selamat untuk dimakan. Dasar Pertanian Negara ini akan
dilancarkan tidak lama lagi pada tahun ini. Ini juga selari dengan dasar yang
digubalkan oleh kerajaan mengenai pertanian seperti NKEA bidang pertanian
yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.
5. Pelbagai isu dan cabaran yang melanda sektor ini telah dikenalpasti dan
strategi-strategi serta pendekatan baru telah digubal bagi memperkasakan sektor
ini agar sasaran yang telah ditetapkan dapat dicapai. Salah satu strategi yang
telah diberi penekanan ialah meningkatkan eksport produk pertanian, sama ada
hidup, segar atau yang diproses serta produk industri asas tani. Peningkatan
eksport bagi produk-produk berkenaan bukan hanya akan menyumbang kepada
penambahan hasil eksport negara dan peningkatan pendapatan peladang,
nelayan, penternak dan pengusaha industri asas tani, malah dapat juga
menangani isu peningkatan defisit bagi produk pertanian dan produk industri
asas tani yang kini mencecah RM6.6 bilion pada tahun 2010 (Januari-Jun).
6. Pada masa yang sama juga, bagi memastikan pembangunan sektor
pertanian dan industri asas tani terus berkembang secara progresif dan mapan,
kawalan terhadap pengimportan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran
pertanian, tanih dan mikroorganisma perlu dipertingkatkan dan diperketatkan
untuk mencegah kemasukan dan ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar
yang berbahaya dari luar negara yang boleh menjejaskan sektor pertanian
negara.
3
7. Diantara penyakit dan perosak yang berbahaya, sekiranya masuk dan
bertapak di negara ini yang akan menjejaskan industri pertanian dengan teruk
adalah Penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (South American Leaf Blight –
SALB) pada tanaman getah yang terdapat dikawasan Amerika Tropik yang
menyebabkan sehingga sekarang tanaman getah di rantau tersebut tidak dapat
dimajukan. Begitu juga penyakit Layu Fusarium yang menjangkiti tanaman
kelapa sawit di Afrika Tengah, juga merupakan sebagai faktor penghalang
utama kepada kemajuan tanaman kelapa sawit di rantau berkenaan.
8. Malaysia juga telah melalui beberapa pengalaman kesan daripada
kemasukan penyakit atau perosak dari luar yang masuk ke negara ini. Kerajaan
terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit untuk membendung dan menghapuskan
penyakit berkenaan untuk mencegah ianya daripada terus merebak ke kawasan
lain dan juga untuk memastikan industri berkenaan berdaya maju dan tidak
menjejaskan eksport. Bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi malahan ianya
mengambil masa yang lama dan sukar untuk dikawal. Diantara nya:
a) Pada tahun 2006 dan 2007, Semenanjung Malaysia telah mengalami
serangan penyakit Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) atau dikenali
sebagai penyakit Selsema Burung terhadap industri ternakan ayam.
Serangan penyakit ini berlaku di Selangor dimana sebanyak 60 ekor ayam
di Kampung Paya Jaras Hilir Hujung, Sungai Buluh mati akibat diserang
penyakit ini. Dalam usaha mencegah kemerebakan ke kawasan ternakan
ayam yang lain, selain ayam, itik, angsa dan burung merak juga telah
dimusnahkan melibatkan kerugian dianggarkan bernilai lebih RM2 juta.
b) Penyakit Swine Flu atau Selsema Babi yang melanda negara pada tahun
2009 telah menyebabkan ancaman wabak Selsema Babi. Ia merupakan
penyakit jangkitan virus Influenza A dan biasanya dari sub jenis H1N1,
H1N2 dan H3N3. Virus influenza selalu ditemui pada babi, tetapi turut
ditemui pada spesies lain seperti ayam belanda, itik dan manusia. Manusia
yang terdedah kepada babi yang telah dijangkiti , berpotensi untuk turut
dijangkiti. Sehingga 11 Ogos 2009, seramai 32 orang disahkan mati di
Malaysia akibat selesema babi ini. Ini telah menyebabkan industri ternakan
babi di Negeri Sembilan terjejas teruk.
c) Siput Gondang Emas yang berasal dari Amerika Selatan yang menyerang
tanaman padi sudah merebak di kawasan Jelapang padi negara dan ianya
sukar dikawal,
d) Penyakit Mati Rosot pada tanaman betik disebabkan oleh bakteria Erwinia
papayae telah menyebabkan industri ini terjejas. Ia mula dikesan di Batu
Pahat, Johor pada tahun 2003 dan kemudian merebak ke kawasan
penanaman betik di negeri-negeri seperti Perak, Melaka, Selangor, Negeri
Sembilan, Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang. Penyakit ini boleh
memusnahkan 100% keluasan tanaman betik dan telah diisytihar sebagai
penyakit berbahaya di bawah Akta Kuarantin tumbuhan 1976. Penyakit Mati
Rosot Betik (Papaya Dieback) telah menjejaskan industri tanaman tersebut
dan menjejaskan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar utama betik di
dunia.
4
Ahli-ahli Yang Berhormat,
9. Oleh yang demikian, kerajaan perlu mengambil langkah yang serius dan
proaktif dalam memastikan industri pertanian negara bebas perosak, penyakit
dan bahan cemar. Aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah mengenai
perlaksanaan dan pematuhan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan
serta pemerakuan dalam perdagangan import produk pertanian di pintu-pintu
masuk bagi memastikan pengimportan berkenaan menepati syarat-syarat import,
kualiti dan standard yang ditetapkan dan seterusnya terjamin dari segi
keselamatan dan kesihatan terhadap tumbuhan, haiwan, ikan dan manusia.
Kemasukannya daripada negara tertentu perlu dikawal untuk memastikan sektor
pertanian negara ini boleh berkembang dan bergerak maju. Seterusnya
kelemahan dalam penyediaan perkhidmatan tersebut boleh menjejaskan usaha
bagi mempertingkatkan perdagangan pertanian dan industri asas tani ke luar
negara.
10. Dalam melaksanakan urusan kuarantin, pemeriksaan dan
penguatkuasaan serta pemerakuan bagi tumbuhan, binatang, ikan, karkas,
keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma dan juga makanan, beberapa
masalah dan kelemahan telah dikenal pasti di peringkat pelaksanaan yang
melibatkan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani, serta kementerian/jabatan/agensi lain yang berkaitan. Pada masa
kini, urusan-urusan tersebut dikendalikan secara berasingan oleh jabatan/agensi
yang berkaitan mengikut subsektor iaitu Jabatan Pertanian, Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Kementerian Kesihatan bagi
sektor tumbuhan dan tanaman; Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM) dan Kementerian Kesihatan bagi sektor perikanan; dan Jabatan
Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan bagi sektor ternakan.
Ahli-ahli Ahli-ahli Yang Berhormat,
11. Berdasarkan bidang tugas dan tanggungjawab kementerian/jabatan/
agensi yang terlibat dalam industri pertanian dan makanan seperti yang
disenaraikan di atas, dapat dirumuskan bahawa kekerapan serta pertindihan
aktiviti pemeriksaan ke atas dokumen dan konsainmen, kekurangan
penyelarasan dalam urusan pengeluaran lesen atau permit import dan eksport,
sementara pengambilan sampel untuk ujian dijalankan secara berasingan,
seringkali berlaku. Perkara ini telah menimbulkan rungutan di kalangan
pengimport dan pengeksport kerana tatacara ini memerlukan mereka berurusan
dengan lebih daripada satu agensi dan tempoh masa yang diambil boleh
merosakkan dan menjejaskan kualiti produk pertanian dan makanan. Proses
pemeriksaan yang bertindih dan berulang-ulang juga secara langsung
meningkatkan kos pengurusan, pengendalian serta kos-kos yang berkaitan yang
sudah tentunya tidak menguntungkan para pengeksport/pengimport. Situasi ini
juga jelas tidak kondusif kepada usaha Kerajaan untuk menjamin kelancaran
proses sistem dan penyampaian bagi pengimportan serta pengeksportan produk
pertanian dan produk industri asas tani. Di samping itu juga, penggunaan
infrastruktur, peralatan dan sumber manusia yang terdapat di jabatan/agensi
tidak digunakan pada tahap optimum. Maka adalah wajar perkara ini diberi
5
perhatian agar fungsi antara kementerian, jabatan dan agensi dapat
diperkemaskan untuk memudahkan pengimport-pengimport dan pengeksportpengeksport
mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan dan ikan
dan keselamatan makanan.
Ahli-ahli Yang Berhormat,
12. Berdasarkan isu-isu yang telah dinyatakan tadi, sudah tiba masanya
pengendalian urusan kuarantin, pemeriksaan, pemerakuan dan pengeluaran
permit, lesen dan perakuan yang diperlukan dalam import atau eksport
tumbuhan, binatang, ikan, karkas, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma
dan juga makanan dilaksanakan dengan lebih bersepadu, cepat, cekap dan
berkualiti oleh satu badan tunggal di pintu masuk negara. Untuk itu, Jemaah
Menteri telah membuat keputusan pada 29 Mac 2006 untuk menubuhkan satu
badan tunggal di Malaysia yang dinamakan sebagai Perkhidmatan Kuarantin
dan Pemeriksaan Malaysia atau dalam bahasa Inggeris (dengan izin)
Malaysian Quarantine and Inspection Services atau nama singkatannya
"MAQIS”. Pewujudan agensi penguatkuasaan sebagai one-stop centre di pintu
masuk adalah satu trend yang sedang berlaku di seluruh dunia, sebagai contoh
di Republik Rakyat China badan tunggal agensi penguatkuasaan tersebut
dinamakan Administration of Quality Supervision, Inspection and Quarantine
(AQSIQ), di Taiwan pula ia dinamakan Bureau of Animal and Plant Health
Inspection and Quarantine manakala di Australia dinamakan Biosecurity Group.
Ahli-ahli Yang Berhormat,
13. Objektif penubuhan MAQIS adalah untuk-
(i) memastikan industri pertanian negara bebas daripada ancaman
perosak dan penyakit tumbuhan, binatang dan ikan melalui aktiviti
pemeriksaan dan kuarantin yang lebih berkesan;
(ii) memastikan produk pertanian dan makanan yang diimport
mematuhi aspek keselamatan makanan dan kesihatan manusia,
binatang, ikan dan juga tumbuhan melalui penguatkuasaan semua
Akta dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan;
(iii) membantu pengeksport dalam segala isu berkaitan dengan laluan
pasaran dan pematuhan syarat-syarat negara pengimport melalui
perkhidmatan yang bersepadu;
(iv) menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada
pelanggan melalui penggunaan sumber yang lebih cekap dan
bersepadu.
Ahli-ahli Yang Berhormat,
14. MAQIS telah mula beroperasi secara pentadbiran sebagai badan tunggal
bagi menjalankan aktiviti kuarantin dan pemeriksaan di pintu masuk dan stesen
kuarantin di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan
6
pada 1 Ogos 2008. Ini melibatkan 53 pusat pemeriksaan di pintu masuk negara
dan 7 stesen kuarantin binatang. MAQIS telah menyediakan perkhidmatan
sehenti di setiap pintu masuk untuk aktiviti-aktiviti pemeriksaan dan pelepasan
import dan eksport konsainan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, tanih,
mikroorganisma, keluaran pertanian; pemeriksaan bagasi penumpang dan mel,
pengambilan sampel, pengeluaran permit import dan eksport ikan hidup,
penyeliaan rawatan kuarantin, dan perkhidmatan kuarantin untuk binatang yang
diimport.
15. Operasi MAQIS pada masa ini hanya melibatkan lima (5) Akta di bawah
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sahaja iaitu Akta Kuarantin
Tumbuhan 1976 [Akta 167], Akta Perikanan 1985 [Akta 317], Akta Binatang 1953
[Akta 647], Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971[Akta 49] dan Akta
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 141]. Sejumlah 443
pegawai penguat kuasa/pemeriksa dan kakitangan sokongan dari Jabatan
Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, FAMA dan LKIM
yang bertugas di pintu masuk dan stesen kuarantin telah dipindahkan secara
pentadbiran ke MAQIS dan diturunkan kuasa di bawah Akta-Akta berkaitan.
Ahli-ahli Yang Berhormat,
16. Penggubalan Rang Undang-Undang MAQIS yang dicadangkan ini akan
mewujudkan MAQIS sebagai sebuah Jabatan untuk menjalankan
penguatkuasaan dan melaksanakan perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan di
pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin. bagi import dan eksport
tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma
dan termasuk pemeriksaan dan penguatkuasaan yang berhubungan dengan
makanan di negara ini. Walaubagaimana pun, dari segi kawalan pengimportan
makanan, YB Menteri Kesihatan akan melantik pegawai MAQIS sebagai
pegawai diberi kuasa dibawah Akta Makanan 1983 untuk menjalankan
pemeriksaan makanan di pintu-pintu masuk negara.
17. Pewujudan MAQIS ini juga adalah dicita-citakan supaya menjadi sebuah
Jabatan yang berwibawa dengan kepakaran profesional yang membolehkan
penguatkuasaan dijalankan dengan teratur dan selaras dengan perundangan
negara. Di antara aktiviti-aktivit utama yang dijalankan adalah pemeriksaan
dokumen dan fizikal konsaimen, pemeriksaan bagasi, pengeluaran permit dan
lesen, persampelan, mengkuarantinkan, penyeliaan rawatan kuarantin di pintu
masuk dan pendakwaan. Namun begitu, dasar, arahan dan syarat-syarat import
dan eksport masih di tentukan oleh jabatan dan agensi. MAQIS hanya bertindak
sebagai jabatan pelaksana dan penguatkuasaan.
Ahli-ahli Yang Berhormat,
18. Dengan adanya Jabatan seumpama ini, segala urusan dapat
dilaksanakan dengan lebih bersepadu, teratur, cekap dan cepat di bawah satu
bumbung sahaja. Ini boleh mengelakkan pertindihan aktiviti yang dijalankan oleh
lebih daripada satu agensi, penggunaan dokumentasi yang merumitkan, proses
7
pemeriksaan yang berulang, penggunaan infrastruktur dan tenaga kerja yang
tidak optimum serta pengurusan pusat kawalan pintu masuk/keluar yang kurang
berkesan. Penguatkuasaan yang lebih berkesan ini boleh mengurangkan
kebanjiran produk pertanian yang diimport di pintu masuk.
19. Kawalan di pintu masuk merupakan tanggungjawab dan urusan Kerajaan
Persekutuan Malaysia. Oleh itu, sewajarnya MAQIS bertanggungjawab
menguruskan penguatkuasaan pemeriksaan dan kuarantin terhadap tumbuhan,
haiwan, ikan, keluaran pertanian dan makanan di Malaysia. Saya
mencadangkan supaya RUU MAQIS akan berkuat kuasa sepenuhnya sebagai
permulaan di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi negeri
Sabah dan Sarawak pula saya ingin mencadangkan supaya MAQIS beroperasi
di kedua-dua negeri berkenaan hanya yang melibatkan fungsi pemeriksaan dan
penguatkuasaan di pintu di bawah Akta LKIM, Akta FAMA dan Akta Makanan
kerana Akta-Akta berkenaan telah pun berkuat kuasa di negeri tersebut. MAQIS
akan beroperasi sepenuhnya di Sabah dan Sarawak, setelah kedua-dua negeri
tersebut bersedia untuk menyerahkan fungsi pemeriksaan dan kuarantin di pintu
masuk.
20. Pada masa ini, terdapat jabatan/agensi yang mengenakan fi/caj dimana
kutipannya dimasukkan kedalam akaun negeri atau persekutuan atau tabung
amanah agensi. Saya amat prihatin dengan perkara ini. Oleh yang demikian,
satu peruntukan dalam RUU MAQIS telah diadakan supaya fi dan caj yang
dikutip oleh MAQIS boleh disalurkan kepada negeri atau jabatan/agensi
berkaitan seperti mana yang terdapat dalam Undang-undang bertulis. Oleh yang
demikian, pewujudan MAQIS ini di pintu-pintu masuk tidak akan menjejaskan
hasil pendapatan negeri atau agensi yang terlibat seperti LKIM dan FAMA.
21. Dari segi perundangan pula, hal perkara di dalam RUU MAQIS ini adalah
diperuntukkan di dalam Senarai I – Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan di
butiran 20 iaitu Pengawalan makhluk perosak pertanian; perlindungan daripada
makhluk perosak itu; pencegahan penyakit tumbuhan; Senarai III – Senarai
Bersama di Butiran 4 iaitu penternakan; pencegahan perbuatan menganiaya
binatang; perkhidmatan veterinar; kuarantin binatang; dan Senarai IIIA – Senarai
Tambahan kepada Senarai Bersama bagi Negeri Sabah dan Sarawak di butiran
14 iaitu Penyelidikan pertanian dan perhutanan, pengawalan makhluk perosak
pertanian; dan perlindungan daripada makhluk perosak itu; pencegahan penyakit
tumbuhan, dan tidak melibatkan sebarang hal perkara di dalam Senarai II –
Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Butiran 3 (a) iaitu Pertanian dan pinjaman
pertanian. Pertanian yang dimaksudkan di bawah Senarai II – Senarai Negeri
adalah merujuk kepada pertanian per se. Dalam hal ini juga, kementerian telah
mengadakan mesyuarat rundingan dengan wakil-wakil PUU negeri mengenai
RUU MAQIS. Dari segi perlembagaan persetujuan dari negeri adalah tidak
diperlukan tetapi hanya memadai dengan mengadakan rundingan sahaja.
22. Selain itu, pewartaan RUU MAQIS ini apabila diluluskan oleh Parlimen
kelak akan menimbulkan beberapa implikasi perundangan dari segi pertindihan
kuasa terhadap beberapa Akta sedia ada iaitu Akta Kuarantin Tumbuhan 1976
[Akta 167], Akta Perikanan 1985 [Akta 317], Akta Binatang 1953 [Akta 647], Akta
8






ucapan di download dari:



Sunday, May 1, 2011

Kursus Polisi & Prosedur Pelaksanaan Projek Komoditi

Ucapan perangsang oleh Yg. Berbahagia Tn. Idrus Shafie, Timbalan Pengarah (Pembangunan) semasa penutupan kursus. Turut memberi sokongan moral ialah En. Kaliwon Edi, Norizan Shafie dan Ag. Fattah Hj. Yacob.