Monday, January 31, 2011

LAWATAN KE MANILA, FILIPINA

MABUHAY MANILA

.
(LAWATAN KE MANILA, FILIPINA)
.
.
Bila? : 17 – 20 Mei 2011 (Selasa – Jumaat)
.
.
Kos?: RM: 1000.00

.
.
Deposit: RM 250.00 (Tidak akan dikembalikan)

.
Cara Bayaran: Jan (RM250), Feb (RM250), Mac (RM250) & April (RM250) atau sekali gus!!

.
Perbelanjaan termasuk tiket kapal terbang, hotel, makan dan bayaran tour.

.
SYARAT-SYARAT:
.
· Deposit (RM250.00) hendaklah dibayar semasa mendaftar.
.
· Tarikh Akhir Pendaftaran: 7 Feb 2011 ·
.
.
Bilangan Peserta: Maksima – 16 orang sahaja.

.
.




.
.
.
Keterangan Lanjut, Sila hubungi:
.
· Agnes Bosi: ext 226 ·
Dena Edmund: ext 356
· Nur Diyana Yussoff: 301






.
.
FIRST COME ..... FIRST SERVE!!!!!




Promosi oleh Unit Publisiti Kelab Pertanian Tuaran (ext 225)/JO. 26 Feb 2011

Sunday, January 30, 2011

Anda... semasa muda.....

muda
.
bila...
banyak masalah
tidak senyum
....
bila dah TUA..























































Saturday, January 29, 2011

Sekitar Pelancaran Facebok Kelab Pertanian Tuaran

Sejajar dengan kemajuan Teknologi Maklumat, Kelab Pertanian Tuaran telah mengambil inisiatif untuk menjadikan facebook sebagai wadah interaksi diantara AJK Kelab dan juga ahli-ahlinya.

apa yang menarik tu....?
.
En. Shahrin Usidi Pengerusi Kelab Pertanian Tuaran dan En. Jutom Ongkosing Penyelaras Unit Penerangan & Publisiti KSR Tuaran memerhati sesuatu pada paparan facebook Kelab Pertanian Tuaran.

En. Badrin Yandha, Penolong Setiausaha KSR Tuaran sedang mendeklemasi sajak yang terpapar pada facebook.


Pn. Nur Diyana Yussoff, Setiausaha KSR Tuaran

























































Bagus!... hebat KSR
















Jurukamera: En. Ladislaus Yapp dan Farizan @ Bob Madrin
Blogger: J. Ong.






















Friday, January 28, 2011

Kuarantin Turun Padang



pantau dan teliti!


Lapangan Terbang KKIA



Pemeriksaan Kargo



buat yang terbaik...




siap sedia berkhidmat!!!





pengecaman...






kuarantin lepas masuk


.
Info Kuarantin, seperti yang dipetik dari website Jabatan Pertanian Sabah di bawah:
.
.
.

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN DENGAN PERTANIAN
.
1. Matlamat
· Untuk mengurangkan risiko kemasukan serangga-serangga dan penyakit-penyakit berbahaya termasuk rumpai-rumpai berbahaya ke Negeri Sabah dari luar negeri.
· Untuk mengawal pergerakan tumbuh-tumbuhan demi mencegah kemerebakan dan membasmikannya, di mana boleh, serangga dan penyakit atau rumpai-rumpai berbahaya bilamana terdapat serangan dalam sesuatu kawasan.
· Untuk menguatkuasakan Sistem Penanda bagi memantau penggunaan racun perosak oleh para petani ke atas sayur-sayuran segar dan buah-buahan agar tidak mengandungi racun sisabaki perosak yang berlebihan pada hasil-hasil pertanian untuk dimakan.
.
2. Perkhidmatan Yang Disediakan
Jabatan Pertanian Sabah melalui Seksyen Penguatkuasaan dan Perlindungan Tanaman menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti pengeluaran Permit Import, Perakuan Phytosanitary, Sijil Perihal Konsaimen dan Lesen Eksport.
.
.
3. Cara Mendapatkan Perkhidmatan
.
3.1 Permit Import
Para pembawa/pengimport yang ingin membawa masuk tumbuhan ke Sabah dari Seberang Laut, Semenanjung Malaysia, Labuan dan Sarawak;
· Permit mengimport tumbuh-tumbuhan hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Pengarah Pertanian.
· Pengimport hendaklah mengisi borang permohonan untuk pengimportan tumbuhan yang boleh didapati dari Ibu Pejabat dan Pejabat Pertanian Daerah.
· Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pertanian untuk kelulusan.
· Pengimport hendaklah menghantar satu salinan permit kepada pengeksport di negeri pengeksport dan mestilah memenuhi semua keperluan yang dicatitkan dalam permit.
· Setiap konsaimen yang diimport hendaklah disertakan dengan Permit Import yang sah, dan Perakuan Phytosanitari yang dikeluarkan tidak lebih dari 14 harisebelum menghantar konsaimen itu.
· Bahan tumbuhan yang diimport mestilah bebas dari tanah dan perosak yang berbahaya.
· Pengimportan bahan-bahan dari Afrika Barat dan Amerika Tropikal memerlukan permit tertakluk kepada syarat-syarat khas.
· Semua bahan tumbuhan yang diimport adalah tertakluk kepada pemeriksaan pada masa ketibaan.
· Sesiapa yang melanggar sebarang peruntukan peraturan-peraturan ini jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
· Bayaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan untuk setiap permit yang dikeluarkan bagi setiap konsaimen. Permit adalah sah bagi tempoh tiga bulan dari tarikh dikeluarkan
.
4. Prosedur Permohonan Untuk Mengeksport
· Pengeksport hendaklah memperolehi salinan permit dari negara pengimport dan memahami syarat-syarat fitosanitasi yang sedang dikuatkuasakan di negara tersebut.
· Pengeksport hendaklah memastikan tumbuh-tumbuhan yang dieksport memenuhi keperluan-keperluan fitosanitasi negara pengimport, dan jika perlu, membawa tumbuh-tumbuhan tersebut ke Jabatan Pertanian (Seksyen Kuarantin Tumbuhan) untuk tindakan selanjutnya.
· Sila dapatkan nasihat daripada Jabatan Pertanian (Seksyen Kuarantin Tumbuhan) samada Permit CITES (Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora) atau Lesen Eksport diperlukan.
.
5. Prosedur Permohonan Untuk Sijil Fitosanitasi
Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan untuk perakuan Phytosanitary dan dikemukakan kepada Jabatan Pertanian (Seksyen Kuarantin Tumbuhan) Ibu Pejabat untuk pertimbangan berserta Permit Import dari negara yang mengimport jika ada.
.
6. Pengeluaran Perihal Konsaimen
· Para pengeksport sayur-sayuran ke Negeri Sarawak dan Negara Brunei Darussalam termasuk Labuan boleh mendapatkan Perihal Konsaimen dari Jabatan Pertanian Ibu Pejabat, Sipitang dan Kuala Penyu.
· Jenis sayur-sayuran yang dieksport adalah tertakluk kepada kelulusan dari FAMA Sabah dan Jabatan Pertanian Sabah.
· Pembungkusan sayur-sayuran yang hendak dieksport hendaklah mengikut spesifikasi FAMA.
· Setiap kotak/bungkusan sayur-sayuran hendaklah dilekatkan dengan label/tagging yang betul dan lengkap, dengan maklumat-maklumat pengeksport dan pembekal serta beratnya.
· Bayaran sebanyak RM5.00 akan dikenakan untuk setiap Sijil Perihal Konsaimen. Sijil tersebut adalah sah pada hari yang dikeluarkan.
.

7. Penjualan Tagging / Label Sayur
· Penanda untuk mengeksport sayur-sayuran ke Negara Brunei Darussalam dan Negeri Sarawak boleh didapati dari Ibu Pejabat Pertanian Kota Kinabalu (Seksyen Kuarantin) dengan kadar RM10.00 bagi setiap satu buku (satu buku mengandungi 100 keping label) bagi petani berdaftar yang layak.
· Pengeksport hendaklah mempastikan semua sayur-sayuran yang dieksport dilekatkan dengan penanda (yang telah dilengkapkan) akan dilekatkan oleh pengusaha sayur ke atas kotak / bungkusan sayur-sayuran sebelum dieksport.
Sistem Tagging diujudkan sebagai satu usaha Jabatan Pertanian untuk mengesan para penanam / pengusaha sayur-sayuran yang mengeluarkan sayur-sayuran yang melebihi tahap MRL, supaya dapat dipantau dari segi penggunaan racun perosak.
.
.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Pertanian,
Seksyen Kuarantin, Aras 1, Ibu Pejabat Pertanian Wisma Pertanian Sabah
Tel : 088-283268
Faks: 088-239046
.
Top
http://www.sabah.gov.my/tani/s2_perkhidmatan/penguatkuasaan.html






Mukadima Oleh Yg. Berusaha Tuan Idrus Shafee pada majalah Jubli Perak Kelab Pertanian Sabah

Pemacu Kegemilangan Kelab!

.
.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Seulas pinang, sekapur sirih; harap bersenang, di majlis berseri.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita semua berkumpul di majlis malam bersejarah ini di dalam suasana yang gilang gemilang.

Bagi pihak Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Pertanian Sabah, saya ingin mengalukan-alukan dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran dan sokongan semua yang turut sama dalam Majlis Malam Pertanian 2010 serta sambutan Jubli Perak Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Pertanian Sabah.

Pencapaian sepanjang tempoh 25 tahun memberikan berbagai-bagai kenangan yang dilalui untuk menuju satu perjalanan demi memperjuangkan penyatuan ahli kelab dalam menyokong hasrat dan misi kerajaan di industri pertanian. Beraneka program serta aktiviti berjaya dikendalikan seperti :-

@Penganjuran Seminar Kecergasan Jabatan Pertanian sekali dalam dua tahun;
@Penyertaan dalam pelbagai jenis sukan anjuran peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah;
@Penyertaan dalam Seminar Kecergasan peringkat kebangsaan;
@Penubuhan cawangan-cawangan Kelab Sukan dan Rekreasi untuk 6 zon (Ibu Pejabat, Utara, Pedalaman, selatan Sandakan dan Tawau;
@Penerbitan Warta Kelab
@Penganjuran program dan lawatan-lawatan amal/kebajikan;
@Penganjuran program lawatan sambil belajar; dan
@Penganjuran aktiviti sosial dan rekreasi.
@Aktiviti menambah kewangan tabung kelab.

Penganjuran dalam apa jua aktiviti kelab ini walaubagaimanapun, tidak akan berjaya tanpa adanya penglibatan daripada semua ahli kelab. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mendokong dan menjayakan apa jua program anjuran kelab untuk meningkatkan produktiviti dan dapat mengukuhkan lagi imej Jabatan yang sedia ada ke arah kejayaan yang lebih cemerlang samada di dalam mahupun di luar aktiviti Jabatan Pertanian.

Di samping itu, semangat persaudaraan dan rasa setiakawan yang terjalin merupakan dua faktor penting bagi menentukan masa depan pelapis para peneraju Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Pertanian untuk terus menikmati suasana kehidupan yang harmoni serta memperkembangkan lagi lebih jauh dalam penganjuran apa jua aktiviti kelab ini. Inilah formula bagi keamanan serta kemajuan kelab kita.

Akhir kata, ucapan penghargaan dan terima kasih turut dihulurkan khususnya ahli-ahli jawatankuasa penganjur, ahli-ahli kelab pertanian, semua jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat sama serta para penderma yang telah sudi memberikan sumbangan, bantuan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan majlis malam ini.

Marilah kita bersama-sama mencari persamaan, elakkanlah perbezaan dan terimalah kepelbagaian dalam Satu Malaysia.

Sekian dan terima kasih.

dipetik dari Majalah Jubli Perak Kelab Pertanian Sabah

Wednesday, January 26, 2011

PELANCARAN FACEBOOK KELAB PERTANIAN TUARAN

FACEBOOK KELAB PERTANIAN TUARAN
.
Facebook Kelab Pertanian Tuaran akan dilancarkan oleh En. Shahrin Usidi, Pengerusi Kelab Pertanian Tuaran pada Khamis, 27 Januari 2011, 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran.
.
.
Tujuan utama wadah baru ini ialah memudahkan lagi Pihak Kelab menyalurkan info kepada ahli-ahli dan pada masa yang sama memudahkan ahli berinteraksi dengan semua Majlis Tertinggi Kelab Pertanian Tuaran.
.
.
Ruangan yang disediakan ialah interaksi dengan:
  • Pengerusi
  • Timbalan Pengerusi
  • Setiausaha
  • Penolong Setiausaha
  • Bendahari
  • Unit Penerangan & Publisiti
  • Unit Menambah Tabung
  • Unit Kebajikan
  • Unit Rekreasi
  • Unit Sukan
  • Unit Peralatan
  • dll

.

ANDA JUGA BOLEH MENGHANTAR KARYA KE Facebook Kelab Pertanian Tuaran :

  • Isu2 semasa
  • sukan
  • Pertanian
  • Penyelidikan
  • Sastera
  • Motivasi
  • dll

.

.


Yg. Berusaha En. Shahrin Usidi, Pengerusi Kelab Pertanian Tuaran dijangka melancarkan Facebook Kelab Pertanian Tuaran

Tuesday, January 25, 2011

AMARAN!!!! KAMI PERLUKAN KARYA ANDA!


Kami Sidang Ridaksi khabarpertanian.blogspot mengharapkan artikel/rencana dalam berbagai bentuk:


  • AGROMAKANAN: Cabaran & Peluang?

  • sosial

  • pertanian

  • kartun

  • sukan

  • SAJAK

  • menu

  • sejarah

  • motivasi

  • laporan kelab pertanian cawangan & INDUK

  • EKONOMI

  • Penyelidikan
  • Photo / gambar aktiviti
  • cerita dulu-dulu - zaman persekolahan, awal alam pekerjaan dll
  • teka teki
  • silang kata

  • DAN APA-APA SAHAJA

Sila hantar kepada :


Mesyuarat Pertama Kelab Pertanian Tuaran 2011

BOSKU...
Yg. Berusaha En. Shahrin Usidi, Pengerusi Kelab Pertanian Tuaran sedang mempengerusikan mesyuarat pertama KSR tahun ini.

Pn. Dena (Menambah Tabung) dan Agnes Bosi (Rekreasi)





Pn. Valerie Kilus (Bendahari)




Jutom Ongkosing (Publisiti)

















En. Shamzan (Kebajikan)







Pn. Dina Yusof (Setiausaha)





























Badrin Yandha (Penolong Setiausaha / Penyelaras Futsal)


Senarai Kegiatan Tahun 2011:
  • Lawatan ke Manila
  • Lawatan ke Masilou
  • Lawatan amal ke rumah kebajikan Suria
  • Malam pertanian
  • Car Wash
  • Facebook Kelab Pertanian Tuaran
  • Khabarpertanian.blogspot
  • Warta Kelab
  • Futsal
  • Pertandingan Bolasepak Terbuka Tuaran
  • Derma darah
  • Lawatan amal ke Blind Centre
  • Derma perubatan Thaselmia
  • Koir ARC
  • DLL










Saturday, January 22, 2011

Furcreace Pemusnah Siput Gondang Emas!


New Sabah Times, jumaat 21 Januari 2011 telah menerbitkan artikel tentang keberkesanan furcrearce untuk mengawal populasi SGE.























artikel berkaitan:


artikel dibawah dipetik dari website:




SERANGAN SIPUT GONDANG DISAWAH PADI


.
SIPUT GONDANG EMAS ( Pomacea s.p )


.
Pengenalan
Siput Gondang Emas (SGE) merupakan perosak tanaman padi yang utama di Malaysia. SGE ini berasal daripada kawasan paya dan sungai di Argentina dan Brazil di Amerika Selatan. Ia juga dikatakan sebagai perosak utama kepada kawasan padi di Negara Taiwan, Jepun, Filipina, Thailand dan Indonesia. Di kawasan Muda terdapat 2 jenis SGE yang dikesan iaitu
Pomacea canaliculata (warna keemasan) dan Pomacea incerlarus (warna kehitaman).



SGE sejenis herbivor, kerosakannya pada tanaman padi adalah secara menyerang pangkal anak pokok padi sebelum memusnahkan pada bahagian lain. Ianya menyerang dan merosakan anak-anak padi yang berumur sehingga 30 hari selepas menabur dan ianya boleh menyebabkan kehilangan 93% hasil padi.


.

Tanda- tanda kehadirannya menyebabkan tompok-tompok dalam sawah seperti anak benih tidak tumbuh dan kehadiran telur pada batas sawah dan rumpai. Dengan ini tinjauan bendang secara berterusan perlu dilakukan jika terdapat SGE.
Kawalan siput gondang emas terbahagi kepada 4 kaedah iaitu:



Kawalan Kultura dan Fizikal
Kawalan ini melibatkan kerja-kerja mengutip dan memusnahkan telur dan siput. Pancang-pancang kayu diletakkan di tempat yang terdapat siput untuk menjadi tempat bertelur. Rumpai di sawah perlu dibersihkan pada peringkat padi membesar.


.
Kaedah Mekanikal
Pasang jaring di gelung air keluar dan masuk bagi menghalang siput ini masuk ke dalam sawah.


.
Kaedah Biologi
Ternakan itik Khaki Campbell dan Muscovy boleh digunakan sebagai agen kawalan. Itik akan memakan telur dan siput di dalam bendang.


.
Kaedah Kimia
Terdapat beberapa jenis racun yang disyorkan untuk kawalan SGE. Antara racun yang boleh digunakan ialah niclosamide, saponin dan lain-lain.
- Risalah MADA

Thursday, January 20, 2011

ONLY YOU CAN MAKE IT HAPPEN!!!!

Pemimpin & Pemikir...
.
Berikut sebahagian sedutan ucapan Yg. Bergahagia MC Ismail Salam, Pengarah Jabatan Pertanian Sabah semasa Majlis Pelancaran MS ISO 9001:2008.

  • Selaras dengan penambahbaikan standard oleh International Organisation for Standardization (ISO) pada bulan Oktober tahun 2008, ISO telah mengeluarkan Standard ISO 9001:2008 yang merupakan penambahbaikan kepada standard ISO 9001:2000.

  • penambahbaikan ini meliputi penerangan dan penjelasan yang lebih terperinci terhadap beberapa keperluan standard tertentu.
  • Berikutan itu, Jabatan Standard Malaysia telah mengeluarkan Standard MS ISO 9001:2008 untuk diterima pakai oleh semua organisasi di Malaysia termasuklah agensi-agensi Sektor Awam. Dengan pengeluaran Standard ISO 9001:2008 dan MS ISO 9001:2008 semua persijilan berasaskan MS ISO 9001:2000 telah luput pada akhir tahun 2010.

  • Oleh itu, agensi-agensi Sektor Awam Malaysia diminta untuk beralih kepada persijilan MS ISO 9001:2008.



  • Sehubungan dengan arahan peralihan tersebut maka Jabatan ini mengambil inisiatif untuk beralih kepada persijilan MS ISO 9001: 2008. hari ini, 17 Januari 2011, adalah hari ini yang bersejarah bagi Jabatan Pertanian Sabah, oleh kerana sebentar lagi, MS ISO 9001:2008 akan dilancarkan.


  • Standard MS ISO 9000 bukanlah sesuatu yang baru kepada warga Jabatan kerana terdahulu ini kita telah pun berjaya memperolehi sijil MS ISO 9000 tersebut iaitu MS ISO 9001:2000, namun sijil tersebut telah luput.

  • Oleh itu, majlis pada pagi ini, iaitu Pelancaran MS ISO 9001:2008, adalah amat bertepatan sekali sebagai tanda komitmen Jabatan ke arah meningkat sisitem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berterusan.

  • Jabatan telah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan kualiti sisitem penyampaian perkhidmatan, salah satu program tersebut adalah pelaksanaan MS ISO 9000 dengan tujuan memantapkan tadbir urus sistem penyampaian perkhidmatan yang memberi focus kepada kehendak dan ekspektasi pelanggan.

  • Ia merupakan satu standard bertulis yang menetap dan menyenaraikan keperluan-keperluan asas yang ada dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Jabatan.




  • Pelaksanaan MS ISO 9000 membawa satu peralihan di dalam budaya pengurusan Jabatan. Ia menghendaki Jabatan mengenalpasti kehendak pelanggan, merancang dan mengawal proses yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi kehendak mereka.






  • Tanggungjawab Pengurusan adalah memperincikan tugas yang perlu dijalankan oleh pihak pengurusan atasan.

  • Ini menghendaki pihak pengurusan atasan menetapkan dasar dan objektif kualiti yang jelas, mendokumen dan menyebarkan dasar dan objektif kualiti tersebut ke seluruh organisasi; menentukan tanggungjawab mengenai kualiti;

  • memperuntukkan sumber yang mencukupi untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kualiti, melantik pegawai khas bagi mempastikan sistem kualiti memetuhi standard; dan mengkaji semula secara berkala kesesuian dan keberkesanan sistem kualiti tersebut.




  • Bagi membolehkan pihak pengurusan membuat kawalan ke atas sistem kualiti, pihak pengurusan atasan juga adalah dikehendaki oleh MS ISO 9000 untuk menjalankan Audit Kualiti Dalaman mengikut kekerapan yang ditetapkan.

  • Pengauditan akan memberi peluang kepada pengurusan atasan untuk mengenalpasti sama ada aktiviti-aktiviti di dalam sisitem kualiti adalah memenuhi keperluan standard serta berkesan dalam mencapai dasar dan objektif yang ditetapkan atau sebaliknya.

  • Jika terdapat ketidakpatuhan dalam sistem kualiti, langkah pembetulan boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut.





Seterusnya latihan yang secukupnya perlu disediakan bagi mereka yang terlibat dalam melaksanakan tugas-tugas tersebut untuk memastikan tugas tersebutdijalankan dengan cekap dan berkesan.